Teman-teman

Friday, March 23, 2012

Peperiksaan

Aku berada di PJ semenjak hari Isnin untuk menghadapi peperiksaan yang akan menentukan kenaikan pangkatku. Sudah agak lama aku tidak menulis. Entah kenapa sudah hadir penyakit malas menulis dalam diriku. Perkara pertama yang aku buat selepas check in hotel ialah merayau-rayau ke Midveli.Sebelum ke PJ aku tidak menghiraukan langsung tentang pakaianku. Isterikulah yang bertanya baju dan seluar apa yang hendak aku bawa. Terima kasih kepada isteriku.

Seorang sahabat telah membawa aku ke Amcorp Mall yang berdekatan dengan hotel yang aku tinggal. Ternampak saja kedai kamera apalagi terus aku masuk untuk mencari lens. Ternganga mulut aku bila di beritahu yang harga lens disini begitu murah berbanding Penang.Selesai berjalan-jalan rakanku pulang dengan LRT dan aku berjalan kaki menuju hotel. Pada pandanganku antara Amcorp Mall dengan hotel adalah dekat maka aku mengambil keputusan berjalan kaki saja. Berpeluh aku dibuatnya. Sampai saja di hotel aku terus tidur akibat keletihan berjalan. Macam joging pula.

Keesokan hari pula aku dan sahabat menaiki LRT untuk ke Pertama Complex. Inilah pertama kalinya aku menaiki LRT. Aku melihat cara-cara penumpang lain menggunakan kemudahan LRT. Akhirnya aku malu bila aku tersilap. Kad untuk keluar dimasukkan kedalam lubang tapi aku meletakkan di atas untuk scan. Pintu tak dapat dibuka la. Berkali-kali aku scan. Akhirnya aku telah di perbetulkan oleh penumpang yang menanti di belakang. Malunya...

Aku teruja sekali lagi bila berada di Pertama Complex. Harga lens agak murah juga berbanding Amcorp mall. Namun aku tidak membelinya. Menjamu selera di Sogo begitu sedap dengan Mee Claypot kegemaranku. Akhirnya aku tiba di hotel jam 11 malam. Terasa begitu letih sekali maklumlah lututku pun tidaklah begitu baik. Rakanku asyik bertanya, " Macam mana lutut..Ok ke ".
" Ok ok ". Kataku. Peperiksaan akan diadakan pada hari Jumaat. Buku masih belum di pegang.

Jumaat merupakan hari peperiksaan. Hari Khamis Fasilator kami sambil mengajar sambil memberi soalan-soalan yang akan keluar. Aku menyalinnya agar senang untuk diingati. Balik dari kelas aku dan rakan-rakan ke Giant mencari bekalan untuk berjaga malam dan mentelaah. Sekarang roti dan secawan kopi telah habis. Mata pun sudah mula mengantuk. TV pun menyanyi lagu negaraku. Bagaimana esok....lepas menyerah kertas jawapan kami akan pulang ke Penang. Penang sedang menggamitku

4 comments:

Anonymous said...

kad??bukan token naik lrt?

xpe.jangan malu.tak tahu leh tanya org dibelakang.mas sllu tlong org dpn mas klu yg xthu nk beli token kat mesin.

kalau turun kl,dekat sogo..mas sllu trun tpi kalau makan selalu makan kat jalan tunku abd rahman.sebelah mydin.de gerai. sebelah maybank..de kedai lapik meja ijau/kuning..sedap n banyak..n berbaloi.mas selalu shopping,klu lpor mkan kat situ.

kalau turun low yat, mesti abg akan trkjut hrga2 lens..coz situ ala2 kota gadjet selain pertama.

Anonymous said...

Salam bang,
Kisah abang naik LRT ni macam nak sama pulak dengan posting abang yang dulu pasal kisah penunggang motorsikal yang nak melalui jambatan Pulau Pinang tajuk "Punggong Abang Berbau".....haha jangan marah ya bang :)

Zuluzulu

Ariff Budiman said...

MaYa MusWany...Mungkin komuter yang menggunakan kad. LRT guna token. Saya dah pandai dah. lagi sekali confirm tak malu dah

Ariff Budiman said...

Anonymous...He he betul-betul. Kisah ini mengingatkan saya dengan kisah TGO. Sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...