Teman-teman

Monday, March 26, 2012

Kari Kelempung Ikan

Aku dan isteri berlegar-legar di pasar pada hari Ahad. Walaupun dia tidak memasak pada hari Ahad sebab kami akan mula memanggil untuk perkahwinan anak tiriku, jadi kami mengambil keputusan untuk makan di luar. Jadi ikan yang di beli akan di masak pada hari Isnin. Setelag berlegar akhirnya isteriku membeli ikan bawal. Katanya nak buat kari ikan bawal. Aku setuju dan aku terus mencari kelempung ikan untuk dimasukkan sekali kedalam kari. Padaku kalau hanya dengan kelempung ikan saja sudah memadai buat diriku.

Hari Isnin bila isteriku pulang dari gerai maka dia pun terus membuat kari ikan bawal bersama 5 keping kelempung ikan. Tak sabar rasanya menanti kari yang akan di hidangkan. Selepas zohor isteriku terus menghidangkan masakannya iaitu kari ikan bersama kelempung dan kacang buncis goreng bersalut telur. Fullamak ternagkat habis. Sungguh mennyelerakan sekali.
" Kenapa Nah tak makan kelempung ". Aku bertanya isteriku.
" Nah tak suka. Pelik la kegemaran abang ni ". Aku tersenyum dengan kata-kata isteriku.

Arwah Siti Aishah juga tidak menggemari kelempung ikan. Dia hanya masak untukku. Kini isteriku Rosnah juga tidak menyukai ikan sembilang dan kelempung ikan. Apakah ini adalah suratan atau kebetulan. Apapun aku bersyukur dengan anugerah ini..

5 comments:

Anonymous said...

..kelempung tu ape ye? 1st time dgr. Tp kari tu mmg npk & confirm sedap. ;)

Ariff Budiman said...

Anonymous...Kelempung ialah tempat pernafasan ikan. Kalau belah ikan cuba terhati betul2. Itu namanya kelempung ikan. Itu bahasa orang Penang

Anonymous said...

owh...sy pn ttanya2 ape kelempung. mjr dah dterangkn maksudnya. :)

Ariff Budiman said...

MamaZaraa...Dapat juga ilmu ni ya

radziah AR said...

saya paling suka kelempung ikan. kalau masak gulai tu, setakat ada 2 @ 3 shj, en. suami akan biar saya je makan. dia mkn isi ikan. kadang2 payah dapat, pulak kalau dlm kuantiti banyak.

ermmmm sedapnya, lama tak makan ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...