Teman-teman

Sunday, March 25, 2012

Dia Juga Berhak Untuk Hidup

Aku begitu letih bila sampai kerumah. Perjalanan dari KL ke Penang walaupun mengambil masa 5 jam begitu meletihkan. Itupun bila aku sampai di rumah aku masih mampu lagi keluar menunggang motosikal mencari sup ekor. Malamnya aku tidur begitu nyenyak sekali. Sedar-sedar isteriku telah mengejukkan aku untuk solat subuh dan dia akan kegerai. Setelah selesai solat aku menyambung kembali tidurku. Jam 10 pagi aku bersiap dan terus ke gerai isteriku. Tersenyum manis dia melihat kedatangan aku. Bila sampai aku melihat seorang lelaki yang kurang siuman berdiri di hadapan gerai isteriku.

" Abang boleh tolong bagi roti canai dekat lelaki tu. Kesian dekat dia dari tadi dok tunggu ". Kata isterku. Terus isteriku membungkus 2 keping roti canai dengan kuah sekali lalu diberikannya kepadaku. Bila melihat aku menghulur roti canai bergegas lelaki kurang siuman menerpa dan mengambinya. Gerai sebelah memberi sebungkus teh ais kepadanya. Berselera dia makan tanpa menghiraukan orang ramai yang memerhatikannya. Gambar yang aku ambil pun menggunakan lens zoom. Bila perut terasa kenyang lelaki tersebut bangun dan datang kembali kegerai isteriku.
" Hoiiii... ". Katanya. Mungkin tanda ucapan terima kasih.
" Hoi hoi ". Aku pula menjawab. Dia pergi pula kegerai sebelah.
" Hoiii... ". Teriaknya lalu dijawab dengan hoi juga dari gerai sebelah.

Tersenyum isteriku melihat gelagat aku dan lelaki tersebut. Sikap isteriku membuatkan aku bertambah sayang padanya. Tidak ada sikap mementingkan diri sendiri.
" Nah dapat pahala dari Allah dengan sedekah Nah tadi ". Aku berkata kepada isteriku
" Dia juga berhak untuk hidup bang ". Ringkas jawapan dari isteriku. Terdiam aku membenarkan akan kata-kata isteriku. Semoga jannah untuk isteriku Rosnah

1 comment:

MaYa MustWany said...

kirim salam kat akak..suka sikap akak.

yups kesian sangat.mas pernah tgk vdeo 2 remaja melayu laki pukul kepala org jenis macam ni yang tidur tepi jalan.trkejut orang tuh menangis merayu tak dipukul lagi.menangis mas tengok kebiadapan budak2 bodoh tuh!

mereka siap gelak2.smga mereka dpt blasan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...