Teman-teman

Thursday, March 08, 2012

Pertemuan Yang Tidak Di Sengajakan

Seperti biasa sebelum aku pulang kerumah setelah menghabiskan tugasku, aku pasti mencari sesuatu di padang untuk aku snap. Dalam tercari-cari tiba-tiba aku terlihat rumput jarum emas yang sudah sekian lama mencari. Yang special tentang pertemuan ini ialah bila sudah terlihat maka mata terus terpaku bila begitu banyak rumput ini di depan mata.

Apalagi kamera aku simpan di dalam beg dan mula mencabut rumput ini. Terbongkok-bongkok aku mencabutnya. Begitu banyak pula aku dapat. Tak sangka rupa-rupanya rumput ini boleh didapati di tempat kerjaku. Begitu khusyuk aku mencabutnya. Isteriku memang mengetahui akan khasiat rumput ini. Mengikut kata dari arwah ibu mertuanya, rumput ini amat baik untuk golongan wanita. Aku google tentang rumput ini di Wikipedia dan ketahui akan kebaikannya.

Aku google lagidan dapat lagi info disini. Pembaca boleh kaji sendiri akan kebaikannya. Bila aku tanya isteriku mau atau tidak dengan rumput ini. Cepat-cepat dia mengaku..." Nak Nak Nak ". Apalagi satu plastik aku bawa pulang ke rumah. Tumpang ada. Nanti akan datang gang untuk memotong rumput panjang dan dengan sekali gus rumput ini juga akan lenyap.

Rumput ini perlu di keringkan terlebih dahulu. Macam daun teh juga. Bila sudah kering bolehlah di rebus dan di munum mengikut sukatan seperti yang aku telah google. Rumput ini banyak boleh di dapati di tepi lebuhraya. Ia akan hidup bersama rumput-rumput yang lain. Kena pandai mengenal pasti rumput ini. Kalau tersilap rumput maka tak sempatlah bertemu Jumaat akan datang....

Rumput jarum emas yang telah di keringkan

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Begitu rupanya rumput jarum emas, ya? Nanti kakcik google khasiatnya. :)

Ariff Budiman said...

Kakcik..Silakan menggooglenya

Hajjah Noraini @Nanie said...

Assalam,

Akak tak pernah minum air jarum mas, tapi batu jarum mas akak ada, buat gelang tangan..hihihihi

Akak hadiahkan pada kawan gelang tuh..dia pula bagi akak rantai dan gelang dibuat dari batu larva gunung berapi utk dipakai setiap hari.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Bestnya kalau dapat batu tu

Bearcat said...

kalau betul-betul jarum emas kan bagus...boleh jual hehe.

Ariff Budiman said...

Red Panda...Kalau betul jarum emas pkjang pun tak letak dalam blog. Makan sorang2. He he

Unknown said...

Saya dulu suka kutip jarum mas ni masa balik mengaji sewaktu kecil dulu... bila dah kutip rs ketagih nak cari... tp lepas tu buang je... tak pernah pun nak bg sesiapa cuba, sb tak semua org tahu akan khasiatnya... Bagus En Arif buat post ttg jarum mas ni, mengembalikan memori zaman kecil saya :)

Ariff Budiman said...

MaryaYusuf...Masa remaja saya di perkenalkan tentang jarum ini oleh sepupu saya. Dari situlah saya tahu khasiatnya yang baik untuk wanita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...