Teman-teman

Thursday, March 01, 2012

Langkawi Day 1

25 Februari 2012 - Sebelum aku bertolak ke Langkawi dan memandangkan isteriku meniaga, pagi-pagi lagi aku sudah merantau di bukit untuk mengambil gambar pemandangan dan air terjun. Jarak kesana hanya memankan masa 15 minit. Sungai yang banyak menyimpan nostalgia ketika aku di alam remaja. Aku keseorang di dalam hutan mengambil gambar. Marah juga isteriku bila menalipon bertanya di mana aku akhirnya di beritahu yang aku berada di atas bukit keseorangan.
" Nah ingat abang dok tidur. Abang rehat la. Petang nanti nak drive kereta ". Risau isteriku.
" Ya ya abang balik rehat la.. ". Itulah aku yang tak pernah kenal akan letih. Time sihat la yang di maksudkan.

Jetty Langkawi. Dah sampai pun kami

Jam 12.30 tgh aku dan isteri bertolak ke Kuala Perlis. Aku hormati permintaan isteriku untuk berniaga pada hari Sabtu memandangkan dia terpaksa menutup gerai selama 3 hari. Perjalanan dari Penang ke Kuala Perlis hanya memakan masa selama 2 jam saja. Jadi tidak menjadi masalah bagi kami untuk sampai. Feri terakhir ke Langkawi ialah pada jam 7 petang.

Datang dengan membawa 2 beg saja

Aku membiarkan isteriku yang keletihan berniaga tidur maklumlah bangun seawal jam 4 pagi lagi. Hanya lagu yang menemani aku. Entah macam mana aku tersesat dengan meneruskan perjalanan hampir memasuki Bukit Kayu Hitam. Terpaksa aku berpatah balik untuk ke Kuala Perlis. Jam 5 petang kami tiba di jeti Kuala Perlis. Tiket begitu senang di dapati sebab bukan musim cuti sekolah. Kami di maklumkan yang feri akan bertolak ke Langkawi pada jam 6 petang. Jadi sempatlah kami nak melapik perut yang lapar.

Jetty Kuala Perlis

Kami mencari gerai untuk mengalas perut.Aku mengajak isteriku mencari laksa Kuala Perlis. Keadaan Kuala Perlis tidaklah begitu sesak. Akhirnya kami berjumpa dengan sebuah gerai di tepi laut yang menjual laksa Kuala Perlis.

Laksa Kuala Perlis

Isteriku agak keberatan untuk merasa laksa Kuala Perlis. Aku meminta agar dia merasa laksa di sini pula. Kalau ada sesiapa yang menceritakan tentang laksa Kuala Perlis dia sudah dapat membayangkannya. Akhirnya dia akur juga. Aku memesan sepinggan laksa. Dalam sekejap saja sampai. Aku rasa dahulu sedikit. Memang jauh rasanya dengan laksa Penang. Banyak perencah yang tidak terdapat dalam laksa di sini. Aku berikan kepada chef aku pula. Aku sudah tahu apa yang dikata olehnya.
" Nah bagi 30 % saja ". Kata isteriku. Aku tersenyum sebab telah menduganya.
" Janji kita tau macam mana rasa dia. Setiap negeri ada menu-menunya tersendiri tapi laksa Nah memang terbaik ". Aku berkata kepada isteri. Tersenyum isteriku.

Kereta Cherry yang di sewa

Bila tiba di Langkawi kami menyewa sebuah kereta Cherry. Besar sedikit dari kancil. Sewanya hanya RM40 untuk sehari. Memang murah sangat.
" Abang isi minyak sebanyak Rm30 dah cukup pusing Langkawi sampai abang balik. Memang kereta ni jimat minyak bang ". Kata anak muda. Aku terus memecut kereta mencari hotel yang telah di tempah di pekan Kuah. Sedap juga memandu cherry ni walaupun ianya kecil. Terus kami check in di Citin Hotel di Kuah.

Sky Bridge.Pandangan dari dalam kereta kabel

26 Februari 2012 - Kami bertolak untuk menaiki kereta kabel. Tiket begitu mudah didapati berbanding semasa aku datang datang waktu cuti sekolah. Untuk mendapat tiket dah sejam. Beratur untuk menaiki kereta kabel pula mengambil 1 jam setengah. Kali ini selepas mengambil tiket terus kami naik kereta kabel. Bila dah naik kali yang kedua tiada lagi excited berbanding kali pertama.Namun pemandangannya tetap juga indah. Itulah yang membuatkan aku dan isteri masih lagi sudi menaikinya.

Sewaktu sampai di atas bukit

Kami bersama anak saudara yang datang dari Kelantan. Kata mereka nak join bersama. Tiada masalah bagi kami. Seronok juga dapat berkumpul di sini. Anaknya yang merupakan cucu kami juga terus bertanya kepadaku
" Tok Anjang. Bagaimana kalau kita naik kemudian kereta kabel ini putus. Kita jatuh lalu mati ". Isteriku tersenyum mendengar celoteh cucu kami.
" Hish kami ni tak sayang mulut la ". Risau juga takut masin mulutnya. Kereta kabel pula asyik bergoyang saja. Terasa geli perut aku.
Dari jauh kelihatan perhentian yang pertama

Keindahan melihat dari puncak atas kereta kabel amat mempersonakan. Seperti biasa tidak sah kalau tak ke Sky Bridge. Cucu kami begitu gayat sekali berjalan sambil melihat ke bawah. Sayup melihat pokok-pokok di bawah kami. Kalau berhenti untuk mengambil gambar terasa bergoyang bila time orang ramai berjalan. Namun kami begitu enjoy berada di atas. Bila terasa puas barulah kami kembali turun ke bawah untuk ke destinasi yang lain...To be continued

Bergambar di Sky Bridge

Berada di bawah selepas menaiki kereta kabel. Cuaca panas. Terpaksa mencari topi

Aduh gayatnya bila melihat ke bawah

3 comments:

MaYa MustWany said...

fuhh best2.mas insyaAllah may ni baru g 1 family.mas memang target cable car.yes!

abg dapat kete sewa tuh mcm ne?ambik kat jeti or booking awal?de no contact x?

Ariff Budiman said...

Masa letak kereta di Jetty Kuala Perlis dia orang akan tanya nak ke kereta sewa. Kalau musim cuti sekolah harga memang tinggi. Hari biasa dia charge RM40-50 saja. Selamat bercuti Mas

insan_marhaen said...

huih.. bulan madu tak habaq kat IM yer...

IM pun dah terlalu lama tak jejak kaki kat Langkawi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...