Setelah bersiap, aku tercari-cari dimana kunci motosikalku. Semalam berada di atas meja. Pagi ini sudah tiada atau aku yang lupa dimana telah aku simpan kunci motosikalku.
" Assalamualaim Nah. Nampak tak kunci motorsikal abang. Semalam abang letak atas meja ". Aku menalipon isteriku.
" Nah tak nampak pun kunci motosikal abang. Cuba abang cari di tempat lain. Abang ni kadang-kadang pelupa ". Ewah...kita tanya dia dia kata kita pelupa. Akhirnya aku mengambil keputusan tidak membuat OT. Nak makan apa pula pagi ini. Kunci motor tak ada. Akhirnya last choice aku buka almari hikmat lalu aku mengambil maggi kosong. Aku tumis bawang dan cili bo. Aku masukkan maggi kosong bersama perencah yang aku buat sendiri. Masyaallah sedap juga. Makan bersama minuman kopi Tongkat Ali memang best. Aku tinggal sedikit untuk isteriku. Saja nak bagi dia test masakan Mr Mama.
" Assalamualaikum bang. Nah minta maaf banyak-banyak. Kunci motorsikal abang ada dalam beg tangan Nah. Nah terambil ". Tertawa aku bila isteriku beritahu . Terpaksa la aku tunggu dia pulang dari kerja barulah aku ketempat kerja dengan excuse yang memikat hati ketua aku.
" Nak buat macam mana. Dah wife you terambil kunci ". Kata ketua aku.
" Bang maggi yang abang buat sedap la. Pandai abang buat ". Itulah hikmahnya aku tak marah-marah wife tak tentu pasal. Isteriku talipon setelah merasa maggi yang aku buat. Maggi Mr Mama katakan.
4 comments:
Itu kunci motor Jiman kekadang boleh hilang.
Namun kunci hati tetap mantap "Hanya pada yang Satu (Esa)"
hrusli61...Benar cikgu. Itulah kunci yang perlu di jaga dengan betul. Terima kasih kerana ingatkan WN
As salam En Arif,
Meggi tu mmg nampak sedap! Smlm br mkn meggi...hehehe... tp rs nak mkn lg pulak arini lpas tgk meggi tu...
marya Yusof...Kira Wn pembuka selera puan la
Post a Comment