Teman-teman

Friday, August 10, 2012

Kasihan Ibu..Tapi Inilah Yang Terbaik

Sudah 5 hari ibuku berada di dalam ICU. Baru semalam ibuku mulai sedar. Pernafasannya terganggu akibat paru-parunya yang bermasalah. Doktor berkata yang kerongkong ibuku perlu ditebuk dan dimasukkan tiub untuk memudahkan kahak dipam keluar. Bila kahak sudah berkurangan barulah pernafasan ibuku akan stabil kata doktor. Memang betul kata-kata doktor. Pada tahun 2007 ibuku dimasukkan ke ICU atas sebab yang sama iaitu paru-paru. Kerongkongnya telah ditebuk untuk mengeluarkan kahak.

Kepala Ikan Plotan - Sebutan orang Penang
Hari ini ibuku dimasukkan kedewan pembedahan untuk ditebuk sekali lagi kerongkongnya. Kaum keluarga yang berada di Kelantan sudah berada di Penang. Semuanya berkampung dirumah ibuku. Kakak akulah yang paling sibuk sebab dia tinggal bersama ibuku.
" Bang kesian dekat kakak yang terpaksa masak lepas pulang dari ziarah emak. Abang belilah apa-apa di pasar. Biar Nah masak ". Kata isteriku ketika bersahur. Satu yang unik ialah persamaan sikap antara isteriku Rosnah dan arwah Siti Aishah. Bila adik beradikku berkumpul dirumah ibuku, dia pasti akan membuat sesuatu untuk diberikan untuk dimakan. Kalau arwah Siti Aishah terkenal dengan pau kayanya. Rosnah pula terkenal dengan pizzanya. Alhamdulillah masing-masing ada keistimewaannya.

Kari kepala ikan
Jam 7 pagi aku kepasar. Aku sudah set nak beli kepala ikan.Kalau awal tentu banyak yang boleh didapati sebab belum ramai yang ke pasar. Memang betul tekaanku. Banyak kepala ikan sudah dipotong. Aku mengambil sebanyak 3 biji kepala berharga RM15. Aku sudah tahu kalau nak buat kari kepala ikan apa bahan-bahan lain yang perlu di beli. Aku beli daun kari, daun cenohom, bunga kantan, dan bendi. Daun cenohom dan bunga kantan dimasukkan kedalam kari untuk menghilangkan bau hanyir yang terdapat di kepala ikan yang aku beli. Ini suami-suami perlu tahu ya....Rempah aku beli rempah ikan Alagappa. Aku bawa pula terus isteriku memulakan tugasnya

Ayam Masala

Kata isteriku dia juga hendak masak ayam masala. Memang sedap pun. Dia telah menjual di pasar malam dan memang habis ayam ini di beli. Esok dia akan masak berlebihan sedikit. Pasti berebut pelanggan mengambil ayam masala. Walaupun aku tidak dapat berbuka bersama mereka kerana bertugas petang tapi tak apa menjamu orang berbuka di bulan Ramadhan ini merupakan suatu yang mulia dan di tuntut agama. Kredit pada isteriku yang sanggup membantu. Moga Allah saja yang membalas segala jasa baiknya. Moga Allah sembuhkan segera ibuku. Inilah jalan terbaik buat ibuku walaupun ada suara-suara dari kaum keluarga sebelah ibuku memberi cadangan agar ibuku tak perlu dibedah atas faktor umur. Bagi kami anak-anak pula, kami tidak sanggup melihat setiap hari ibu tercungap-cungap bernafas dan mungkin sehingga keakhir hayatnya. Zalim kami sebagai anak-anaknya. Risiko pembedahan memang ada. Biarlah Allah yang menentukan segalanya dan alhamdulillah pembedahan ibuku telah berjaya dilaksanakan...

6 comments:

Thirah said...

wah...sedap sungguh..menyelerakan...beruntung en ariff ye...

Ariff Budiman said...

Thirah..Alhamdulillah. Semua itu anugerah Allah kepada saya

Kakcik Seroja said...

Sewaktu ibu kakcik koma di hospital selama 5 hari dulu, saudara mara marah kepada kakcik dan adik2 kerana kononnya kami kejam membiarkan Ibu. Kami juga mahukan yang terbaik, maka kerana itulah kami mahu ibu dirawat di hospital walaupun harapannya tipis. Kami tidak sedetik pun meninggalkan hospital walaupun menunggu secara bergilir2...

Ariff Budiman said...

Kakcik..Biarlah kedengaran suar-suara sumbang janji kita tahu apa yang terbaik untuk ayah dan ibu kita

Unknown said...

As salam En Arif,

Takziah... Moga bonda cepat pulih & boleh pulang berhari raya bersama keluarga...

Tetiba teringat dekat mak & arwah ayah... masa arwah ayah tgh nazak dulu doc nak masukkan tiub kat kerongkong die if pernafasannya jatuh, lepas selesai je doc pasang alat tu terus arwah menghadap illahi... cerita 6 thn yg lepas...smp harini sy xboleh nak lupa... :(

Ariff Budiman said...

Marya Yusuf....Kita hanya mampu merancang dan Allah sebaik perancang....Al Fatihah buat ayah Marya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...