Teman-teman

Thursday, August 23, 2012

Semoga Beransur Sembuh

Ibuku sudah di pindahkan ke wad biasa. Kata doktor tahap kesihatan ibuku semakin beransur pulih. Kalau sebelum ini ketika ibuku berada di dalam ICU doktor memberi pengharapan yang tipis. Kata doktor ibuku terpaksa menggunakan ventilator seumur hayatnya. Paru-parunya telah rosak. Kini setelah dibuat x ray hanya tinggal sedikit saja lagi sebelah paru- paru kanan. Sudah seminggu ibuku tidak menggunakan ventilator.


Kami telah membuat syif menjaga ibu 24 jam untuk membuatkan ibu kami selesa. Alhamdulillah bila berada di wad ramai yang boleh datang ziarah tanpa ada had. Kami mendoakan agar ibu kami cepat sembuh dan dapat pulang kerumah. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang mendiakan kesejahteraan ibuku. Hanya Allah yang dapat membalasnya

7 comments:

hrusli61 said...

Semoga ibumu sembuh segera dan dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

kakcik said...

Alhamdulillah. Perked banyan yang baik. Semoga ibu Ariff akan terus publish, InsyaAllah.

kakcik said...

Publish pulak! Pulih sebenarnya Susah betul guna iPad ni ...

Marya Yusof said...

Assalam En Arif,

Syukur Ya ALLAH... sesungguhnya kuasaMU mangatasi segalanya... Semoga ibu En Arif kembali pulih & pulang kepangkuan keluarga insya'ALLAH... Ameen..

Ariff Budiman said...

hrusli61....Amin....Terima kasih cikgu

Ariff Budiman said...

Kakcik...Terima kasih. Guna ipad pada mulanya memang pening tapi lama kelamaan ok la tu.

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Terima kasih di atas doa ini. Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...