Teman-teman

Thursday, November 08, 2012

Cepat Sungguh Dia

Selepas solat subuh aku mengajak isteri ke pasar mencari sesuatu untuk makan tengahari kami. Isteriku dalam keadaan khayal akibat kepeningan terus berkata sekejap lagi. Aku pula selepas subuh susah untuk menyambung semula tidurku. Aku ke ruang tamu melihat berita Awani sambil bermain laptop. Berita hebuh juga dengan kemenangan Obama mempertahan bangku Presiden Amerika.

Papadom bak kata Marya Yusof Buenisimo iaitu sedap
Jam 8 pagi aku terus mengejutkan isteriku. Sementara menunggu isteriku bangun serta mengemas rumah aku baring sekejap. Sambil mengemas rumah sempat juga dia bertanya aku apa yang hendak dimakan untuk tengahari ni. Aku beri bermacam-macam jenis makanan kesukaanku. Sotong masak rempah, Kari kepala ikan, sambal tumis udang petai dan........zzzzzzz

Sayur Pat Choy
Aku terkejut dari tidur dan terus aku bingkas bangun. Senyap sunyi saja rumah. Mana pergi isteriku. Bila aku keluar dari bilik, isteriku terus berkata...
" Surprise "......Aku melihat hidangan sudah tersedia di atas meja. aku melihat jam baru pukul 9.30 pagi.
" Mana Nah dapat semua ni ". Aku bertanya kehairanan.
" Dah abang lena Nah selongkar peti sejuk dan dapat ini. Terus Nah masak ". Katanya sambilo tersenyum.
" Cepatnya Nah masak. Kira pagi ni kita makan nasi ler ". Tertawa isteriku sambila mengiakan.

Sambal tumis udang + petai
Padaku isteriku memang pantas, cepat dan cekap. Sekejap saja dia masak tapi aku makan hanya sepinggan saja. Syukur alhamdulillah. Aku mengajak isteriku keluar untuk mengambil gambar. Entah ke mana yang hendak di tuju belum tahu lagi.

4 comments:

Nor Shamilah Ismail said...

Sedapnya..terliog tgk...untun En Ariff..Alhamdulillah

Ariff Budiman said...

Nor Shamilah Ismail....Alhamdulillah. Tak rugi. He he

insan marhaen said...

sambal tumis memang kegemaran IM tapi bila ada petai... IM kena tolak tepi...

Ariff Budiman said...

insan marhein...Tolak tepi dulu. Lepas tu tarik balik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...