Teman-teman

Thursday, November 22, 2012

Pokok Apakah Ini

Aku masih ingat ketika anak-anakku masih kecil. Asyik tak lalu makan. Kemudian asyik muntah-muntah. Kata ibu mertua mereka ni dah kena cacing kerawit. dia meminta agar aku mengambil daun ini. Bagi aku ketika itu masih muda susah untuk aku percaya. namun sebab menghurmati orang yang lebih berpengalaman aku mengambil daun ini. arwah Siti Aishah merendam daun ini kedalam baldi yang berisi air lalu di mandikan anak-anakku. Alhamdulillah ada kesannya.


Aku juga masih ingat tatkala demamku terlalu tinggi sehingga aku maracau ditengah malam. Arwah isteriku keluar lalu mengambil daun ini. Direndamnya daun ini kedalam baldi yang berisi air. Dibiarnya seketika dan kemudian dia meratakan air di seluruh anggotaku. Alhamdulillah keesokkan harinya demam aku pulih walaupun masih keadaan letih tetapi panasnya berkurangan. Aku bertanya arwah isteri apa nama pokok ini. Katanya mereka memanggil pokok kacang keridik.


Hari ini bila aku pergi kebelakang rumah ibu mertuaku untuk mengambil jantung pisang aku melihat pokok ini tumbuh begitu segar sekali. Aku beritahu pada isteriku akan kebaikan pokok ini. Susah untuk di percayai tapi itulah kuasa Allah. Dia menjadikan sesuatu tanpa sia-sia.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Benar, segala apa yang Allah jadikan itu pasti ada 'sesuatu' di sebaliknya... :)

pB said...

hijau nyerrrrrrrrr

Unknown said...

As salam wbt En Arif,

Selalu tgk pohon renek ni di Msia dulu tak tahu pula khasiatnye... ALLAH jadikan sesuatu mmg tidak sia2... setuju! :)

Ariff Budiman said...

Kakcik Nur...Tidak sia-sia ciptaannya

Ariff Budiman said...

pB..Hijau tu yang tertarik

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Saya lagi setuju

ibuintan said...

saya tak tahu namanya.. tapi semasa anak saya Along masih kecil, kakinya berkudis yg susah sangat eloknya walau dah bermacam2 krim dan ubat disapukan tetapi bila arwah mak saudara saya mengambil beberapa helai daun ini dan diramas bersama sedikit kapur sireh lalu airnya di sapu pada kudis... alhamdulillah kudis anak saya terus kering dan sembuh

akuzle ayu said...

So pokok ini ada ciri antibiotik yg baik

insan marhaen said...

susah percaya sebab otak kita telah di mind setkan bahawa yang menyembuhkan penyakit hanyalah ubat pil yang doktor beri!

Unknown said...

saya baru kenal dengan pokok ni. pengamal stimulaterapi yg bgtau.tp katenye untuk buang cacing dlm bdn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...