Maaf entri aku kali ini merupakan yang terakhir sehingga aku benar-benar tenang. Itu akan memakan masa. Sebenarnya aku menulis bukan kerana nama. Aku menceritakan segala apa yang terjadi terhadap diriku bukan untuk menagih simpati. Bukan untuk tujuan supaya aku menjadi popular diantara bloggers semua. Aku menulis sebab untuk menghilang stress yang aku alami seorang diri. Siapa pun tidak tahu dan tak akan mengerti apa sebenarnya terjadi kepada kami. Biar Allah saja yang mengetahuinya.
Kalau orang lain mengatakan mereka sayang akan Siti Aishah, aku lebih sayangkannya. Aku tahu apa yang berlaku terhadap kami cuma aku tak terdaya melawan dugaan Allah. Jangan samakan orang lain dengan aku. Masing-masing ada cara masing untuk menghilangkan stress. Cara aku dengan menulis di Warna Nostalgia. Aku tidak menulis benda-benda yang kotor lagi menjijikkan. Kalau ada yang terasa malu dengan tulisan aku anggap saja aku orang asing dalam hidup mereka.
Maafkan aku selama ini tulisanku menyusahkan para pembaca. Biarlah aku begini. Apa yang terjadi kepadaku biarlah aku sendiri yang menanggungnya. Sakit demam, kemalangan jalanraya biarlah aku sendiri yang merasainya. Aku berjanji tidak akan menyusahkan kalian lagi.
Selamat Tinggal Semua. Jumpa lagi entah kapan......
5 comments:
Memang betul, kita menulis bukan untuk popular. Penulisan blog adalah cara terkini menulis dan berkongsi pengalaman. Di dalamnya juga terselit tazkirah2 yang boleh dijadikan pengajaran dan ingatan. Ingat mengingati adalah tugas kita. Kadang2 kita tulis dengan emosi kerana kita manusia biasa. Sekurang2nya mengurangkan tension kita dan kita jadi tenang semula tanpa kita betul2 marah pada orang.
Biarlah apa orang kata, kita tahu sendiri apa niat kita. Mereka tahu apa? Tahu dengki saja....
Teruskan dengan nasihat dan tazkirah Warna Nostalgia....
salam saudara budiman,
saya juga setuju, kita menulis bkn utk dipuji org. nikan blog kita so suka hati kita nak guna bagaimana. saper yg tak suka jgn baca, pergi blog lain atau buat blog sendiri. menulis boleh buat hati yg marah jadi sejuk, so kita tak ada dosa marah kat org. bila dah sejuk semua masalah akan selesai. saudara perlu teruskan hidup, klu nak hidup krna nak jaga hati smua org sshlah kita nak teruskan khidupan. hati org takkan prnah puas dgn khidupan kita. ermmm bagaimana dgn plan perkahwinan? scara pribadi saya suka klu tunggu sikit masa lagi utk mcari pganti kak aishah tapi kalau dgn bteman saudara blh tenang, teruskanlah. kak aishah pun tentu suka saudara bahagia&terurus....
Lepas ni setiap hari la kena buka blog ni, kut-kut tuan dia dah tebuka hati nak menulis kembali.
Saya akan sentiasa menanti entry baru selepas ni.
Salam akhi.. sedikit cadangan ana.. akhi menulis dan menulislah dgn penuh lapang dan tenang.. bukan utk org lain.. tapi utk kita sendiri.. cadangan ana ialah... setiap kali menulis.. tak perlu akhi masukkan dlm naqib net.. mungkin.. ya mungkin ada yg merasa kurang selesa kerana kita menulis hal personal dlm blog kita.. bagi ana.. biarlah org tahu sendiri blog kita dgn mencarinya sendiri.. terutama selepas ketiadaan Kak Aishah dan entry akhi akan bernikah lagi... Lagipun akhi dah ada pembaca setiasa utk blog akhi... teruskanlah menulis dan jadikanlah blog itu sebagai milik peribadi akhi dan memberikan kebebasan kpd org lain sama ada hendak mengunjunginya atau tidak dgn tidak 'menguncinya' dgn password :). Semoga beroleh ketenangan.. utk pengetahuan akhi, ana juga tidak sunyi dari kritikan dan tohmahan org lain terhdap blog ana.. namun bagi ana blog ana milik peribadi ana.. ana tak pernah war-warkan kepada org lain melainkan mereka yg hampir... namun dimasa yg sama ana persilakan sesiapa sahaja dtg berkunjung ke blog ana... moga perkongsian ini bermanfaat...
Wahai sahabatku ariff budiman....teruskan lah menulis!
Semoga dgn menulis terlerai resah di hati.
Post a Comment