Teman-teman

Wednesday, May 04, 2011

Kenapa Kerap Sangat

Pagi-pagi lagi selepas isteriku mengejutkan aku untuk solat subuh dan terus dia bertanya,
" Semalam abang bermimpi apa lagi. Abang genggam penumbuk. Abang menjerit. Nasib baik abang tak tumbuk Nah ". Tersenyum isteriku menceritakan tentang apa yang berlaku semalam.
Aku hanya mendiamkan diri. Masih lali lagi diatas katil.
" Abang mimpi lagi ada orang nak rebut Nah dari abang ". Kataku sambil menguap panjang.
Tertawa isteri dengan mimpiku. Sudah 2 kali mimpi yang serupa dan orang yang sama untuk merebut kasih seorang wanita.

Perasaanku tidak sedap memikirkan tentang kekerapan aku bermimpi akan benda yang sama. Apakah ini petunjuk Allah atau mainan tidur akibat keletihan bekerja. Masakan aku boleh bermimpi benda yang sama dengan orang yang sama yang tidak aku kenali yang mengaku isteriku adalah kekasihnya. Aku teringat kembali akan sepotong hadis yang masih aku catat ketika mengikuti program kuliah maghrib di surauku. Hadis riwayat dari Imam muslim,
: “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.”

Aku mengharapkan agar mimpiku itu hanya mainan jiwaku. Aku tidak sanggup lagi ya Allah. Hujan di luar masih lebat lagi. Aku masih sempat lagi mencoretkan ceritaku tentang semalam. Harian Metro belum masuk lagi. Pembaca WN yang baca dulu. Tahniah.....Aku nak pergi kerja.

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Mungkin kerana terlalu takut kehilangan, maka AB bermimpi sedemikian rupa. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...Mungkin juga saya takut kehilangan kali yang kedua.

rozie yuzaila yusof said...

Salam~
Teruskan baca almathurat..mudah-mudahan Allah lindung. Takut berebut dengan makhluk alam lain. NauzubilLah.

Ariff Budiman said...

rozie yuzaila yusof...Insyaallah akan di teruskan. Ramai yg menyarankan begitu. naik risau pula saya kalau ada perebutan macam ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...