Teman-teman

Saturday, June 11, 2011

Akulah Puncanya

Isteriku mengejutkan aku pada jam 11 malam. Aku akan bertugas malam. Setelah bersiap-siap aku keluar dari rumah pada jam 11.30 malam menuju ke tempat kerja. Guruh berdentum kuat. Aku mengharapkan agar hujan tidak turun semasa aku dalam perjalanan ketempat kerja. Biarlah aku sampai dulu. Tapi bolehkah kita menolak ketentuan Allah. Dalam perjalanan aku ke tempat kerja hujan turun dengan lebatnya. Aku tetap melintasi jambatan yang begitu setia menanti semenjak ia didirikan. Mahasuci Allah bila sampai ke destinasi yang aku tujui tidak ada tanda-tanda hujan sudah turun. Itulah tanda-tanda kekuasaan Allah. Aku membelok masuk menuju ketempat aku bertugas. Cahaya lampu yang baru menerangi jalanraya yang belukar membuatkan penduduk kampung dan juga kepada aku sebagai seorang pekerja. Inilah hasilnya apabila kami membuat laporan tantang kesukaran penduduk kampong yang melalui jalanraya belukar dalam kegelapan dan akhirnya pihak management bersetuju memasang beberapa tiang lampu.

Di selekoh ini sekumpulan babi kelihatan

Dalam samar cahaya lampu itulah aku melihat sekumpulan binatang sedang berehat. Aku menyangkakan itu ialah anak-anak lembu. Apabila aku mendekati mereka rupa-rupanya ialah sekumpulan babi hutan yang sedang menikmati air di parit. Aku membunyikan hon motosikal beberapa kali walaupun aku tahu yang babi hutan tidak mengganggu perjalanan aku. Sengaja aku membunyikan terus hon motosikal. Akhirnya seekor babi hutan mungkin meradang bila hon kerap dibunyikan terus mengejar aku. Apalagi yang lain turut mengejar. Aku sempat mengira jumlah babi hutan. 5 ekor mengejar aku. Apalagi aku terkejut dan tidak menyangka yang babi hutan akan mengejar aku. Nasib baik motosikal aku baru saja di servis. Aku terus memecut motosikal. " Wee we ". Bunyi babi hutan ketika mengejar aku. Nasib baik motor aku 125 jadi begitu senang aku memecut. Tiba-tiba di selekoh sebuah motosikal muncul yang di tunggangi oleh seorang pakcik juga terkejut bila melihat babi hutan mengejar aku. Terus dia mengelak tapi malang sungguh nasibnya bila dia tidak dapat mengawal motorsikalnya dan terus menjunam kedalam parit. Aku hanya mendengar, " Allah Allah ". Bila aku toleh kebelakang kelibat motorsikal tadi sudah tiada.

Aku terus memasuki perkarangan tempat tugasku. Aku tak dapat menolong pakcik tersebut memandangkan aku perlu berada di tempat kerja. Memandang parit itu tidaklah dalam sangat dan beberap buah motosikal berada di belakang pakcik tersebut membuatkan aku tidak risau akan keselamatan pakcik tersebut. Keesokkan harinya sebelum aku pulang kerumah aku singgah di kedai kopi untuk mencari kuih. Agak riuh juga pagi itu. Rupanya-rupanya mereka sedang mendengar kisah bagaimana palcik itu terjatuh kedalam parit angkara seorang lelaki yang tidak dikenali dikejar oleh babi hutan.
" Hang pa tau dak. Aku keluar dari rumah punya segak. Aku pakai ketayap, teluk belanga dan kain. Tapi bila aku jatuh dalam parit kain aku hilang tercabut ". cerita pakcik tersebut diikuti gelak ketawa dari mereka yang mendengar. Aku turut tertawa tapi aku control.
" Tu la. Lain kali kalau bang aji pakai kain, yang dalamnya pakailah tracksuit. Kalau tercabut pun masih ada lagi. Ni tak bila kami jumpa apa pun tak ada dekat bang aji. Cuma baju saja ". Sampuk pula rakannya. Aku rasa akulah yang paling kuat ketawa bila kisah kain pak aji terlucut.

Disinilah pakcik dan motosikalnya terjatuh

Sambil menoleh kearahku, pak aji berpesan, " Encik kalau lalu jalan ni kena jaga-jaga sikit. Ada babi ". Aku diam saja mendengar pesanan dari pak aji tanpa mereka ketahui bahawa akulah punca segala apa yang terjadi. Moral cerita ini ialah kalau memakai kain pastikan didalamnya ada yang lain. Kalau tidak sudah pasti merana.

12 comments:

iBu...gUru said...

Yg Arif ......... kesian pak cik tu ..he ..he....he

Ariff Budiman said...

iBu gUru..Ya la kesian. Tapi tak apa ramai yg tolong dia.

bearcat said...

Jahatla paknjang ni hahaha. Sakit perut gelak. yang gatai tangan pi hon onk onk tu buat apa...kesian org lain yang ditimpa musibah.

Ariff Budiman said...

bearcat...he he nak lepas tension

Marina Monroe said...

ha ha ha tersenyum akak baca citer Ariff di kejar kerbau pendek.. he he he

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Tu la nampak muka pun dok senyum tu

saing said...

lain kali WN xpyhlah terlalu ramah pd smua bda. mgkin diorg igt byi hon yg bertalu2 tu nak pggil dia..cuba bygkan WN yg mgalami mcm pkcik tu...malunya x terkata,haha

Ariff Budiman said...

saing...Yolah tu. Jolo Jolo Jolo

abuhanifah said...

Teringat masa AH ada basikal racing dulu. Pi solat kat Masjid Sg Nibong. Bila balik dilanggar motorsikal lalu terjatuh.

Masa tu AH pakai kain!

Ariff Budiman said...

abuhanifah....Tapi masa tu cover dah kut.

Khahar said...

Abg Ariff....Gelaaak.....pecah perut dibuatnya.

Ariff Budiman said...

Khahar...Jangan banyak gelak pulak. Nanti kalau jadi apa2 WN juga yang kena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...