Teman-teman

Wednesday, June 29, 2011

Dekat Orang Pandai Nasihat. Sendiri Kena.....

Masih aku ingat bulan yang lepas. Isteriku mengadu sakit gigi. Aku mengajaknya ke klinik gigi untuk di periksa. Takut katanya. Akhirnya bila tiba malam sakit menyerang isteriku. Aku merupakan seorang suami yang cukup penyabar. Begitu indah aku dibuai mimpi. Sedar-sedar kelihatan isteriku sedang menekan giginya. Katanya semalaman dia tidak dapat tidur. Rasa bersalah mula menyerang aku. Aku lena sehingga tidak menyedari isteriku sakit gigi. Jam 9 pagi aku membawanya ke klinik. " Ala tok sah takut. Bukannya sakit bila di cabut. Injection dia macam semut gigit saja ". Disebabkan tazkirah aku umpama seorang doktor kauseling, isteriku menjadi berani. Melangkah dia masuk kedalam bilik operation. Aku mendengar bunyi seperti di gerudi gigi. Rasa seriau pun ada juga. Sebentar kemudian aku melihat isteriku keluar sambil memegang giginya. Apa sudah jadi ni. " Doktor kata gigi Nah rosak teruk. Sakit pipi Nah doktor tekan ". kata isteriku. Kami terus keluar namun jururawat mengejar kami. " Kak..kak...Kakak terlupa buka apron yang tergantung ". Masyaallah sampai terlupa nak buka apron akibat bukannya sakit gigi lagi tapi sakit pipi akibat ditekan doktor. " Ganas sungguh doktor tu ". Kata isteriku.

Keesokan harinya lebam hitam sudah kelihatan. Mukanya yang putih lebih ketara nampak tompok hitam. Seminggu baru hilang kesan hitam. Dua hari lepas anak lelaki mengadu sakit gigi. Semalaman juga tak boleh tidur. Keesokkan harinya aku membawa ke klinik yang sama. Aku menasihati agar tidak takut untuk mencabut gigi. Nampak pucat juga anak aku. Terdengar bunyi gigi di drill. Aku begitu seriau. Anakku keluar. Katanya doktor tu ganas sungguh. Sudah 2 orang mengatakan doktor ganas. " Ala biasa la. Dah gigi rosak teruk. Doktor kena kuat sikit guna tenaganya ". Fulamak macam pakar kaunseling. Diam anakku sambil tersenyum mendengar tazkirah dari ayahnya.

Semalam aku pulang dari kerja terasa berdenyut gigi. Biar betul ni. Jangan buat hal malam-malam buta nanti. Namun gigi aku tak mendengar cakap. Malam-malam terasa sakit yang begitu amat sekali. " Nah..abang sakit gigi. Nak buat macam mana ni ". Aku mengejutkan isteriku. Pandai pula aku. Time aku sakit pandai cari orang sebelah. " Cuba abang try kumur dengan air garam ". Kata isteriku dalam keadaan lali. Aku terus bangun lalu aku buka peti sejuk. Aku tuang air kedalam cawan lalu aku kumur. " Ya Allah Nah sakitnya gigi abang ". Menjerit aku kesakitan akibat kesejukan air dalam peti sejuk terasa macam arus letrik mengalir di gigiku. " Nah suruh abang kumur dengan air garam. Yang abang kumur dengan air sejuk buat apa ". Tertawa isteriku melihat bagaimana keadaan aku ketika di lamun sakit gigi.

Nasib baik keadaan gelap. Kalau tidak sudah tentu dia nampak wajah aku bertukar. Malu, nak tertawa diri sendiri pun ada. Baru kena betoi kali ini dengan aku. Pagi aku talipon anakku mengajak dia menemani aku mencabut gigi. " Ayah tok sah takut. Bukan sakit dia cabut gigi ". Anakku memberi tazkirah sambil tersenyum. Heee....geramnya aku. Dia perli aku. " Ala bang dia inject macam semut saja ". Kata-kata isteriku membuatkan aku ketawa besar. Dia sudah pulang paku buah keras. Bila nama aku dipanggil nurse terasa jantung begitu cepat. " Encik Ariff. Gigi sudah rosak teruk. Kena buat penbedahan ". Kata doktor wanita berbangsa benggali.

Dengar perkataan operation saja aku sudah seriau. " Tak operate tak boleh ka doktor ". Kataku.
" En Ariff jangan takut. Tak ada sakit. Saya inject ubat kebas ". Terasa senak perut bila mendengar kata-kata doktor. Akhirnya setelah terasa kebas doktor memulakan proses. Akhirnya disebabkan kuatnya gigi aku terpaksa doktor merapatkan badannya kemuka aku. Ni 18 sx sikit. Kepala aku teruk melekat dibadannya. Ya Allah pembaca boleh bayangkan. Macam nak lemas aku dibuatnya. Akhirnya selesai juga gigi aku dicabut. Aku keluar lalu aku cerita pada anak aku. " Doktor tu ganas sungguh. Dia tembab badan dia di muka ayah. Terus ayah tak boleh bernyawa ". Tertawa anakku mendengar cerita aku. Sambil menuruni anak tangga kami anak beranak tidak habis-habis tertawa bila memikir kisah aku.

Aku cerita kepada isteriku bagaimana ganasnya doktor menembab badannya kemuka aku. Ketawa isteriku mendengar cerita aku. " Kira abang satu-satunya pesakit yang bertuah la " Kata isteriku. " Bertuah apa. Bau badan doktor punya hangit ". Ketawa kuat isteriku mendengar kata-kataku. " Baru abang tau macam mana rasa nak cabut gigi ". Aku tersenyum sumbing bila isteriku berkata demikian. Janganlah sakit gigi lagi. Tak sanggup aku..........

12 comments:

kakcik said...

Bukan kakcik tak simpati, tapi kakcik lebih geli hati! :)

Marina Monroe said...

Salam Ariff, Ishh..lain kali cari doktor gigi lelaki, memang doktor perempuan tak kuat utk menarik graham. Pernah akak cabut gigi dgn doktor gigi pompuan, lama dia honges dgn playar..eeeee mengerunkan.

pB said...

tak pernah la pulak jumpa doktor gigi yg ganas macam nie


dulu masa dok Sg Petani , suka gie satu klinik gigi ni , sebab doktor tu wangi .... Memang wangi

Ariff Budiman said...

kakcik...Nak buat macam mana. Sudah begitu ceritanya

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Dah itu panel klinik kami. Terpaksa menerimanya

Ariff Budiman said...

pB..Saya pun suka kalau doktor itu wangi

insan marhaen said...

Ahai... mana pergi ilmu buah dan tangkis?

Ariff Budiman said...

insan marhein...Lama tak turun gelanggang. Entah semakin hilang

ain fathihah said...

hehe. lucu pula baca entri ni.

seingat ain, belum pernah lagi ain sakit gigi. tampal gigi berlubang pun tak pernah..

dua tiga tahun lagi tak tahu lah kot2 berlubang dan rosak pulak gigi ni.

Ariff Budiman said...

ain fatihah....Insyaallah. Jagalah gigi Ain. Beruslah dengan Kodomo Lion. He he

bearcat said...

Kekeke klinik mana tu? Takkan singgah punyalah.

Errr sebenarnya G pun tengah sakit gigi huhu.

Aik? Awat semua orang sakit gigi serentak ni? Aik?

Budiman said...

bearcat...Bhar klinik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...