Teman-teman

Tuesday, June 21, 2011

Persis Dirinya

Aku bertugas petang. Sebelum ketempat kerja aku akan singgah dulu di kedai kopi untuk membeli minuman. Ketika menunggu air siap aku sempat membelek cebisan akhbar.
" Assalamaualaikum abang. Tumpang lalu sikit ". Kata seorang wanita. Lembut suaranya.
Aku memberi laluan kepadanya sambil memandang wanita tersebut. Menyirap darah aku bila wajah wanita itu persis seperti kembar Siti Aishah. Tersenyum dia melihat aku. Aku tergamam sehinggakan anak mata aku seakan tidak bergerak memandang wajah wanita. Sudah hampir 3 tahun aku tidak melihat wajah ini.

Cara berpakainan dengan tudung labuhnya bewarna putih. Badannya persis seperti arwah Siti Aishah. Kalaulah aku tiada iman mahu saja aku memeluk wanita tersebut. Cepat-cepat aku sedarkan diriku yang wanita itu bukanlah Siti Aishah tapi ia iras kepadanya. Namun aku tidak mampu untuk pergi selagi kelibat wanita tersebut masih kelihatan. Aku ingin melihat wajah yang selama ini aku rindui. Tiba-tiba talipon berbunyi. Isteriku Rosnah entah kenapa tiba-tiba saja menalipon bertanyakan samada aku sampai atau belum. Aku bertanya apa tujuan dia menalipon. Manalah tahu kalau ada apa-apa masalah di rumah. Katanya saja tiba-tiba saja nak talipon. Selepas kami putuskan talian aku dapati wanita tersebut sudah tiada. Aku terus ketempat kerja. Selama 8 jam aku bertugas wajah wanita tadi masih bermain dimata. Rinduku tidak pernah padam akan wajah ini. Al-fatihah.

4 comments:

saing said...

bukan ke ada 7 org kat dunia ni muka sama bg setiap org. mgkin tu sorg drnya yg berwajah sama dgn arwah.yg penting kena redha atas setiap kejadian. Firman Allah SWT yg bmksud, "Dan alangkah baiknya jika mereka redha dgn apa yg Allah dan RasulNya berikan kepada mereka sambil berkata, "Cukuplah apa yg Allah bgi kami, Allah dan RasulNya akan mmberikan kami kurniaNya, sesungguhnya kami org2 yg bharap kpd Allah". (Surah At Taubah : ayat 59)

Ariff Budiman said...

saing..Terima kasih banyak2 saing.

Marina Monroe said...

Ha..Alhamdulillah, Allah pinjamkan sekejap dpt melihat iras Siti Aishah, syukur..dpt lepas rindu walaupun sekejap. Berdoalah Ariff supaya bertemu dalam mimpi..kalau dah rindu sangat..tapi akak rasa biarlah Ariff tumpukan pada isteri yang ada sekarang..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Benar kata akak. saya pun tak pernah lagi berdoa agar bertemu didalam mimpi. Cukuplah sekadar dia menunjukkan irasnya. Itu sudah memadai. Betul kata akak saya harus menumpukan kepada isteri saya yang ada. Thx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...