Teman-teman

Thursday, June 16, 2011

Nasib Orang Yang Melatah

Apa yang membuat aku suka sangat bertugas di tempat kerja sekarang ialah disebab environmentnya. Sungguh tenang dan mendamaikan. Makanan yang di jual terutamanya disebelah pagi boleh dikatakan agak murah kalau dibandingkan ditempat tinggal aku sekarang. Kuihnya dijual 3 biji kuih dengan harga RM1. Di tempat aku dijual dengan harga sebiji 40 sen. Kalau 3 dah RM1.20. Nasi lemaknya dijual dengan harga 70 sen. Ditempat aku dijual dengan harga RM1 atau RM1.20 sebungkus. Sebab itu aku jatuh cinta dengan tempatnya dan tidak orangnya.

Hari ini aku tugas malam. Jam 7 pagi aku keluar mencari kuih. Kelihatan ramai kaum ibu sedang membeli untuk anak-anak mereka. Aku ambil 2 kuih apom lenggang dan cucur badak. 3 dengan harga RM1. Kemudian aku terus mengeluarkan talipon bimbitku lalu aku snap gambar kuih. Maka cahaya flash membuatkan seorang wanita terus latah. " Oh kilat dah mai. Jom balik. Nak hujan ". Sambil tergaru-garu kepala. Rakan-rakan sebelahnya mulalah berperanan lalu dicucuknya pinggang wanita tersebut. " Aii...laki aku jatuh parit ". Apalgi gelak ketawa mereka bila wanita tersebut terlompat-lompat sambil latah.


" Pasai apa jatuh parit ". Cucuk lagi rakannya terhadap wanita tersebut.
" Terkejut dekat babi...aih..terkejut dekat babi ". Riuh bukan main pagi-pagi lagi. Ini sudah tentu isteri kepada pakcik yang jatuh parit baru-baru akibat terkejut dengan babi hutan. Setelah rakan-rakan tidak lagi mengusik, salah seorang dari mereka bertanya apa cerita sebenar.
" Abang aji demam lepas jatuh dalam parit. Kita dah nasihat dekat dia jangan keluar malam-malam. Abang aji dah rabun..aii...rabun ". Cerita wanita latah.
" Orang jantan ni kalau tak pergi kedai kopi tak boleh. Pukul 12 tengah malam bukannya ada orang. Dia kata dapat tengok kedai pun jadi. Last sekali bukan tengok kedai. Dapat tengok babi aii..babi ". Tergaru-garu ceritanya sambil melatah.

Tak jadi aku nak pulang ketempat kerja. Teringin juga nak dengar cerita versi isterinya. " Aku terkejut bila aku buka pintu abang aji tercegat depan pintu. Rupanya macam apa tah aii..macam apa ". Tergaru-garu sambil memikir perkataan apa yang sesuai.
" Macam apa kak oii..... ". Sergah rakannya.
" Macam zombi kampung pisang aiii macam zombi ". Di ikuti gelak ketawa dari rakan-rakan. Aku hanya tersenyum mendengar dan rasanya aku tak sanggup mendengar lagi gurauan mereka. Rasa kasihan juga dengan orang melatah ni. Silap haribulan mereka boleh menceritakan segala rahsia rumahtangga. Berpada-pada kalau mengusik orang yang melatah. Kalau kena pada kita macam mana perasaan.

6 comments:

abuhanifah said...

Pecah la rahsia wanita tu.

Tapi tak elok kita ganggu orang yang melatah ini. Pengalaman AH melihat orang itu atau anaknya kelak akan jadi pelatah!

Ariff Budiman said...

abuhanifah...Kesian dengan mereka. Siapa yang nak jadi begitu ya.

Marina Monroe said...

Salam Ariff, pandai Ariff mengatur ayat mak cik yg melatah tuh...tersenyum akak depan skrin monitor ni..he he he

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Bukan apa pengalaman hidup bersama kawan2 yg melatah dan jiran tenatngga aii jiran tetangga.

saing said...

Jolo jolo...x baik mgusik org melatah, apa yg diucapkan dia ms melatah tu di luar kesedaran..apa2 pkataan blh terkeluar tmasuk rahsia r/tgga.moralnya,agak2lah sikit nak mgusik org pun

Ariff Budiman said...

saing..Betul. Berpada-padalah mengusik ore latoh ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...