Teman-teman

Wednesday, June 29, 2011

Kerana Wang Manusia Menghalalkan Cara

Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti kuliah maghrib. Program yang semacam inilah menjadikan ruh dan jasad kita tenang. Para malaikat mengembangkan sayapnya sambil berdoa agar mereka yang mengikuti kelas ilmu diberkati kehidupannya. Ustaz yang begitu terkenal di Pulau Pinang iaitu Ustaz Shamsuri. Begitu ramai jemaah yang hadir. Ustaz menceritakan kisah kita yang hidup dizaman yang mementingkan wang. Manusia sanggup menghalalkan cara untuk wang.

Kisah mengenai seorang lelaki yang ingin membuat aqiqah anaknya. Dia mencari seekor kambing dan akhirnya berjumpa dengan mereka yang menjual kambing. Dibelinya seekor kambing tetapi merasa hairan kenapa kambing ini ekornya panjang. Selalunya ekor kambing pendek. Bila ditanya kepada penjual, dikatakan bahawa kambing ini jenis baka yang baik. Berpuashati dengan kambing tersebut lelaki yang membeli pun membawa pulang untuk di buat aqiqah

Sewaktu melakukan penyembelihan bilamana pisau berada ditengkok kambing untuk disembelih, tiba-tiba kambing tersebut menyalak. terkejut lelaki yang membeli dan tidak jadi menyembelih kambing tersebut. Beliau pergi berjumpa dengan penjual kambing. Akhirnya penjual kambing mengaku bahawa kambing itu adalah kacukan dengan anjing. Istifar panjang lelaki tersebut. Ini bermakna kambing itu haram dimakan sebab telah bercampur dengan benda yang haram.

Terfikir juga aku akan kebenaran kuliah ustaz. Kita kini berada dizaman dimana manusia tidak lagi mementingkan agama. Mereka sanggup melakukan apa saja demi wang dan hawa nafsu mereka. Dapat juga ilmu untuk aku sampaikan kepada isteriku.

7 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ariff, eeeee...nasib 'menyalak' kalau tak naya jer..

bearcat said...

Kalau ikut Sains...kambing dan anjing mana boleh dibiakkan. Jumlah kromosom lain-lain...biaq betui ustaz ni...ish.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe....Tapi macam mana kambing menyalak ya

Ariff Budiman said...

bearcat...Entah la G. PakJang pun kurang ariff bab ni. Itu yang pakjang dengar lah. Siap Radio Penang buat rakaman.

bearcat said...

hehe tu la Paknjang....tak taula nak komen apa dah ;-p

Ariff Budiman said...

bearcat..Pakjang pun terfikir juga. Boleh ka kambing di kacuk dengan anjing. Tak pernah dengar walaupun pakjang tak belajar sains

saing said...

x mustahil..kalau x, xkan ada hadis ke ayat quran yg myebut (lupa dh)..kalau 1 baka halal bercampur dgn 1 baka x halal, maka keturunan itu dikira x halal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...