Aku, anak-anak serta anak saudara sudah membuat perjanjian iaitu pada hari Ahad 3 Julai 2011, kami akan menaiki bot menuju ke Pulau Jerjak untuk aktiviti memancing. Segala kelengkapan telah di beli. Begitu bersemangatnya kami. Aku mengajak isteriku agat dapat bersama. Dia nampak seperti ingin turut serta. namun setelah berfikir panjang dimana bertolak jam 7 pagi dan pulang jam 5 petang, dia membatalkan terus hajatnya. Rasa seronok juga kalau isteriku dapat mengikuti. Awal-awal lagi aku sudah mintanya buatkan nasi lemak untuk santapan kami semasa berada di pulau. Belum sampai hari Ahad dah fikir nak makan apa. Sengaja aku usik isteriku nak masak apa kalau dapat ikan siakap manalah tahu dia mengubah fikiran. Namun dia still menolak. Rasa tidak sabar setelah hampir 2 tahun aku kehilangan teman ketika memancing dan menjala. Aku masih ingat ketika aku dan rakan-rakan memancing di tepi pantai. Tiba-tiba rod aku terasa seperti terlekat sesuatu. Apalagi aku pun mula memanggil kawan-kawan. " Woi....mai tolong aku. Ikan besar ni ". Sambil menggulung tali pancing. Apalagi bila kawan-kawan mendengar terus mereka menyerbu untuk membantu aku. Akhirnya bukan ikan besar yang aku dapat tapi entah tuala wanita mana yang tersangkut. " Aku begitu geram sekali. " Soi betou hari ini '. Diikuti gelak ketawa dari rakan-rakan. Bermula saat itu aku sering di usik sesiapa yang memancing bersama aku akan mendapat ikan besar. Merah padam muka aku menahan usikan kawan-kawan. Jadi Ahad ini aku mengharapkan agar sejarah lalu tidak berulang kembali. Jom memancing semua......
9 comments:
waaa..bestnya memancing + mghayati suasana pantai. nak itut, nak ituttt...
Kali ini dapat tuala sapa lak, ya..
Jangan nampak cik pon dah la hihi.
wah bestnyer abg diman..... banyak tak ikan kat situ? bg makan umpam apa?
Saing...Boleh...bolehh...eh tak boleh tak boleh....
insan marhein....Kali ini mungkin tidak
bearcat...Ya g bila sampai saja di pulau entah kenapa mata pakjang ternampak di pondok usang adalah seekor sedang berdiri. Pak Anjang bagitau Mawan jangan kesana. Tak kan nampak balik ni
kapten..Kami pakan umpan anak ikan belanak dan umpun2. dapatlah ikan jenahak dan kerapu serta ikan lain
kupik + klorek sungguh pokcik ni, ore nk itut pun xse bowok
Post a Comment