Teman-teman

Wednesday, June 15, 2011

Bila Ibu Rindukan Anak


Sudah seminggu lebih aku tidak kerumah emak disebabkan kerja yang terlalu sibuk atau buat-buat sibuk. Hanya talipon saja sebagai pengganti diri. " Bila Budiman nak mai rumah. Rindu dekat anak-anak ". kata emak kepadaku. Itu petandanya aku perlu melakukan sesuatu. Aku tidak suka emak ternanti - nanti akan kedatangan anak-anak sebab aku juga ada 2 orang anak dan aku tahu apa itu kerinduan bila anak-anak jauh dari mata.

Hari ini aku terpaksa mengambil cuti emergency sebab ingin berjumpa dengan emak. Kebetulan pula hari ini merupakan hari abangku menziarahi emak. Jam 7 pagi lagi aku kepasar membeli ikan sembilang dan telor ikan. Aku hantar kepada ibu mertuaku iaitu ibu kepada arwah Siti Aishah. " Emak Budiman nak minta tolong buat gulai sembilang dan sambal tumis telur ikan ". Ibu mertuaku mengambil sambil tersenyum membawa terus kedalam rumah untuk dimasak. Aku sekali lagi kepekan mencari buah durian. Kelihatan ramai yang menghantar buah. Aku meminta buah sebanyak 4 biji. Tauke kedai menebuk buah agar pelanggan berpuashati dengan isi di dalamnya. Akhirnya aku beli buah durian sebanyak 4 biji dengan harga RM12. Diberi sebiji hadiah kepadaku. Katanya buah tutup mulut. Maknanya kalau ada yang rosak sedikit makna yang sebiji percuma itu sebagai pengganti. Tapi kelima-lima biji isinya elok.

Setelah menghantar buah kerumah emak aku kerumah ibu mertuaku pula. Gulai dan sambal tumis sudah diletakkan dalam tuppaware. Aku menghulurkan RM50 kepada ibu mertuaku sebagai tanda terima kasih walaupun berkali-kali ibu mertuaku menolak. Akhirnya setelah aku berkata ini bukan upah masak tetapi sedekah dariku akhirnya ibu mertuaku menerima juga wang dariku. Tidak pernah aku melupakan ibu mertuaku walaupun isteriku telah pergi selama 2 tahun lebih. Kalau aku rindukan masakan Siti Aishah kepada ibu mertuakulah tempat aku meminta untuk dimasak. Tapi itu cuma sekali sekal saja sebab lebih baik isteriku Rosnah yang masak. Sedap atau tidak dialah yang bersamaku kini. Tapi isteriku Rosnah masak memang sedap.

Setelah menghantar makanan kerumah emak aku keluar pula mencari ais kacang. Duit aku keluarkan tidak mengapa asalkan emak gembira hari ini dengan kehadiran anak-anak. Emak melihat bungkusan yang aku bawa. " Apa dia yang Budiman bawa ". Tanya emak.
" Gulai ikan sembilang dengan sambal tumis telur ikan mak ". kataku kepada emak.
" Aishah masak ka ". Tanya emak. Aku terdiam tak tahu hendak menjawab.
" Rajin Aishah masak. lama mak tak jumpa Aishah. Aishah sihat ka ". Terdiam lagi aku. Sudah berapa kali aku beritahu emak yang Aishah sudah tiada. Kini emak lupa kembali.
" Balik nanti kirim salam dekat Aishah ". kata emak lagi.
" Mak Aishah dah lama meninggal. Budiman kahwin dengan Rosnah mak ". kataku kepada emak. Terdiam emak bila aku beritahu yang Aishah sudah tiada. Akhirnya mengalir airmata emak. " Emak minta maaf dekat hang. Emak asyik lupa saja. Rosnah sihat ka ". Tanya emak.
" Alhamdulillah dia sihat emak. Rosnah kirim salam dekat emak. Dia tak dapat datang sebab ada di gerai dan letih bila pulang dari gerai ".

Riuh rendah dengan gelak ketawa anak serta cucu. Emak ternyata amat gembira. Setiap kali emak mesti menyuruh kami makan walaupun kami baru selesai makan. Esoak emak akan tertanya-tanya lagi mengapa anak-anak tidak datang. Begitu cepat emak lupa. Namun solat emak tetap terpelihara. Emak tidak pernah lupa. Cukup waktu emak mesti solat dulu. Syukur kepada Allah. Aku meminta izin dari emak untuk pulang kerumah. " Esok mai pula no. jangan tak mai. mak tunggu ". Kta emak dan pastinya esok aku harus mengunjungi emak walau hanya sekketika. itulah tanggung jawabku sebagai anaknya.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada laut." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada Kaabah adalah ibadah". - (Riwayat Abu Daud).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)

10 comments:

insan marhaen said...

Terharu melihatkan kasih sayang WN terhadap emak yang begitu hangat...

Ariff Budiman said...

abuhanifah...Kerana doa dan pengorbanan merekalah WN masih di sini

hrusli61 said...

kita sama saja saya juga cuma ada emak sahaja. Mari kita jaga kebajikan mereka. MAri kita mula dengan talipon selepas ini.

Siapa dulu , one talisom !

kapten said...

bila baca pos abg WN teringat kat mak dan ayah kat kg.....thanks abg WN tolong ingtkan...

Ariff Budiman said...

hrusli61...Sila cikgu siapa dulu dapat pahala.

Ariff Budiman said...

kapten..Sama-sama. Semoga kapten dapat menziarahi ibu dan ayah.

saing said...

hargailah ibu masa hayatnya masih ada, kalau dia dh tiada, ke hjg dunia skalipun mcarinya, kita xkan mnemuinya lg..mnangis airmata darah skalipun dia xkan kembali

Ariff Budiman said...

saing...Jolo jolo ( betul betul ). Masa dia ada kita perlu menziarahi. Bila dia tiada baru kita tercari-cari namun sudah terlewat.

saing said...

WN dikira sgt beruntung, bukan ada seorg ibu, tetapi 3 org ibu sekaligus. hargai mereka ya selagi hayat mereka masih ada. bila mereka dah tiada, kita xkan terkilan sbb dah bg yg terbaik utk mereka sblom ni. this is just a friendly reminder dr seorg yg xde ibu

Ariff Budiman said...

Saing...sebenarnya saya ada 2 orang ibu. Ibu sejati dan ibu mertua iaitu ibu kepada arwah Siti Aishah. Ibu dan ayah kepada isteri saya sekarang sudah meninggal. Terima kasih di atas friendly reminder. Akan saya praktikkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...