Teman-teman

Sunday, June 19, 2011

Dimana Akhlak Mereka

18 Jun 2011 - Sabtu. Aku dan anak lelaki telah plan nak ke Lorong Kulit walaupun masih tidak terfikir apa yang nak beli. Sebelum kesana aku melencung dulu ke pekan. Ada jiran memesan buah durian murah. Bila sampai kelihatan buah sudah memenuhi gerai. Akhirnya aku beli buah sebanyak RM20 seperti yang dipesan. Dapatlah sebanyak 12 biji dan aku mendapat berita dari jiran yang memesannya bahawa kesemua buah yang dibeli isinya amat baik sekali. Yang seronoknya aku dapat 2 biji buah sebagai hadiah.

Penguatkuasa yang salah menggunakan kuasa

Selesai membeli buah kami terus ke Lorong Kulit. Jam sudah 10 pagi sudah tentu ramai yang mengunjungi kawasan sekitar. Sedang aku berjalan menuju kesana aku melihat seorang lelaki cina yang menjual buah durian begitu gopoh sekali memasuki buah kedalam bakul. Kemudian datang lori penguatkusa MPPP. Beberapa orang pekerja turun dari lori lalu menyerbu kearah cina yang menjual buah. Muda-muda lagi pekerja MPPP. Seorang demi seorang datang mengambil buah lalu dibawa naik ke atas lori sambil tertawa. Tidak sempat aku mengambil gambar kerakusan pekerja MPPP. Kasihan aku melihat lelaki cina tadi. Kelam kabut dia memasukkan buah kedalam bakul padahal kalaulah dia mengganggu jalan, pekerja MPPP boleh memberi warning kepadanya. Tak payah merampas buah seorang sebiji sebab ratusan mata yang melihat apa akan terjadi kepada buah tersebut.

Apek jual buah durian. Masih tersenyum walaupun baru kena rampas

Setelah lori pengutkuasa pergi, lelaki cina tersebut terus menukar tempat. Senyum saja lelaki tersebut walaupun buahnya telah dirampas. Kemudian lori penguatkusa membuat pusingan u. Kelihatan pekerja yang merampas buah tadi sedang menikmati buah diatas lori. Ramai yang melihat akan kejadian ini ternyata marah dengan akhlak pekerja MPPP yang rata-ratanya ialah orang islam. Mereka ini seperti kebuluran. Tak pernah makan buah. Mahu yang free saja. Seorang lelaki berjubah sempat mengeluarkan kata-kata ini, " Ya Allah buruknya akhlak depa. Biar jadi ulat dalam perut depa ". Kalaulah Allah makbulkan doa lelaki tadi maka meranalah pekerja yang merampas buah durian.

Sebelum ronda pekena char koay teow dulu. Tak pernah miss kalau kesini

Selesai menyaksikan insiden tadi kami masuk untuk mencari Char Koay Teow. Aku masih lagi meradang bila mengenangkan kerakusan penguatkuasa MPPP. Nak makan pun tak ada mood namun sedar-sedar bila masa char koy teow sudah clear. Setelah membayar barulah bermula penjelajahan kedalam.

Bunga dari gunung berapi. Sempat juga aku minum secawan

Aku singgah di gerai yang menjual bunga dari gunung berapi. Bersemangat penjual memberi penerangan tentang khasiat bunga tersebut. Aku ambil segelas lalu aku minum. Biasalah kalau aku jumpa. Nak rasa juga. Dah dijemput minum percuma. Dirumah ada juga aku simpan bunga ini. Dia harus dimasak dengan air yang mendidih. Baik untuk darah. Rasanya pun seperti air biasa. Bunganya tidak pernah rosak walaupun sudah 10 tahun aku simpan.

kreativiti sambil menjual sambil mempamirkan kemahiran

Aku kegerai lagi satu. Melihat kreativiti mereka yang menjual alatan sambil mengukir buah. Aku mengambil gambar. Tersenyum penjual mengizinkan gambarnya dirakam

Peminat no.1 dari isteri. Ubat lipas dan cicak

Gerai ini yang aku sedang cari. Isteri dah pesan kalau ke Lorong Kulit jangan lupa cari ubat cicak dan ubat lipas. Akhirnya dapat juga apa yang dihajati. Dirumah aku, cicak kira tak berani nak keluar kalau isteri aku ada. Lipas pun begitu. Kalaulah seekor terlepas masuk kedalam bilik makan siaplah lipas itu pasti diburu sehingga dapat.

Deretan buah-buahan. Kira murah ler jugak

Tak sah pula kalau kesana tidak membeli buah. Aku beli buah epal hijau dan oren untuk makanan malam. Isteriku mengesyurkan agar makan buah pada waktu malam. Aku mengikut saja. Alhamdulillah ada juga orang yang mengawal pemakanan aku. Tapi bila tiba waktu malam lain ceritanya pula. Aku minta isteriku buat kuah durian untuk di cicih dengan roti. Sebab roti akhirnya isteriku buat juga kuah durian. Akhirnya aku nak up dengan pulut. Isteriku menentang keras niat aku. Makan malamku akhirnya hanyalah roti dicicah dengan kuah durian. Itupun sebiji roti gardenia tinggal separuh saja bakinya.

11 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ariff, amboi berani nak up pulut malam2, patut lah isteri berkeras tak bagi, sebab sayangkan Ariff..he he he

MaryaYusof said...

Salam En Ariff, sy mmg dah lama mencari pisau pengukir buah2an tu..tp xde jual kat sini...tolong belikan boleh? hehhehee

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Ya lah. kira sayanglah tu. Sakit sendiri tanggung

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Saya pun tak tahu fungsi dia macam mana. Kalau ada saya tolong belikan.

saing said...

kelakuan org yg x bertamadun. kalu depa letak diri depa atau bapa depa kat tempat pjual durian, pasti depa xkan sekejam tu.nak kata hga durian mahal atau di luar musin , x jgk ,ini mjelaskan perbuatan yg dilakukan lebih kepada utk keseronokan ...mmg depa ni kurengg ajerr (sempat ke x g kursus plkn?)..kalau sempat, ni ke hasil keluaran kursus plkn?

Ariff Budiman said...

saing....marah betul saing kali ni ya.

saing said...

bab2 menindas org, sy cukup x suka...x kiralah mgsa penindasan tu org muda ke tua ke, kucing ke...janji ianya ada nyawa dan perasaan

Ariff Budiman said...

saing...Masyaallah

kapten said...

kesian kat dia kena wat cam tue.... depa tak patut wat cam tue... kira tbah la dia walau kena rampas still boleh senyum....

kapten said...

bila tgk koew tew tue rasa lapar la plak hehehe..nampak cam sedap jer....

Anonymous said...

Ahaa, its fastidious disсusѕіοn regaгԁing this post аt thiѕ place
at this ωebpаge, I havе гead аll thаt, so at thіѕ
time me also commenting at thіs place.

Look into my wеbpage; raspberry ketones diet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...