Teman-teman

Monday, July 18, 2011

Awak Yang Kena Control

Jam 8 pagi aku sudah berada di hospital untuk membuat checkup tahap kesihatanku. Aku lebih senang begini. Setiap 3 bulan aku akan ke hospital. Hospital masih lagi lengang. Orang ramai belum ada yang datang lagi. Aku merupakan orang yang pertamamendaftar. Setelah mengisi borang aku terus ke klinik. Jururawat memberi borang untuk mengambil darah. Terpapar di borang urid acid, glucose dan creatinine iaitu untuk buah pinggang. Di lab mengambil darah aku juga merupakan orang pertama. Petugas lab tersenyum melihat aku. Kata salah seorang dari mereka susah berjumpa orang melayu yang datang awal. Betapa bangganya aku.

Setelah mengambil darah,aku terpaksa menunggu sejam untuk mendapat result. Jadi aku terus ke gerai isteriku. Aku hanya makan roti bakar saja. Apa pula keputusan kali. Masa begitu cepat berlalu. Aku berada di gerai isteriku selama satu jam setengah. Aku terus menuju ke keretaku

" Bang..Nah berdoa agar result abang ok ". Tersenyum isteriku dan aku juga membalasnya senyumannya dengan ucapan terima kasih di atas doa tersebut. Setelah beberapa minit duduk diatas kerusi jururawat memanggil nama aku dengan kuat.

" Ariff Budiman sila masuk ". Terasa kekok bila ramai patient dari Indonesia asyik memerhati aku. Handsome ke aku ni. Datang pula perasaan syok sendiri.

" Well Ariff. Your result nampak kurang baik ". Tersenyum doktor tapi aku yang masam mencuka. Apa pula kali ini.

" Your glucose normal. Your creatinine baik walaupun ada cedera sedikit. You kena banyak minum air putih. Your urid acid naik sedikit. Mesti you ada makan makanan laut ". Tanya doktor. Aku hanya terdiam sambil berfikir apa makanan yang aku hentam sampai naik kembali urid acid aku.

" Yang paling tak baik ialah. You are putting your weight Ariff ". Nampak muka doktor serius
sedikit. Aku hanya terdiam macam tak percaya.

" Doktor about my urid acid. Boleh ke saya tambah dos ubat ". Eksyennya aku. Nak tambah ubat. Orang lain kalau boleh nak kurangkan.

" No no no. Tak boleh tambah ubat. You makan ubat tetap yang sama cuma you kena kurangkan makan. Sebab banyak makanlah your urid acid naik ". Tersenyum doktor memberi penerangan kepadaku. Nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya aku sudah tahu yang aku perlu diet semula.

Aku ke gerai isteriku semula. Muka aku masam saja. Dari jauh isteri sudah mengagak yang result aku tak berapa elok.
" Macam mana result abang. Ok ke ". Tanya isteriku .
" Tak. Berat abang naik. Doktor suruh diet ". Tertawa isteriku.
" Betullah tu bang. Abang tengok perut abang sudah membesar sedikit ". Betullah kata isteriku. Ini yang aku panic sikit bila melihat perut dah maju kedepan sedikit.

" Abang cuba lihat perut Nah pun mulai naik sedikit ". Kata isteriku
" Perut Nah naik sebab lain kut. Ada benda tu ". Sempat juga aku menyakatnya.
" Jangan buat pasal bang " Kata isteriku sambil tersenyum simpul
" Kalau Allah nak bagi kita terima sajalah dengan kesyukuran ". Tiba-tiba topik bertukar
" Nanti bila bawa anak, orang akan tanya..itu cucu ke ". Katanya sambil tertawa. Aku juga turut tertawa. Sebelum melarat jauh aku berhenti topik ini.
" So...Nah. Kita nak makan apa ". Aku bertanya isteriku. Isteriku terus keluar ke gerai hujung dan membawa pulang makanan tengahari kami.
" Ini dia makan tengahari kita ". Sambil menghulur kepadaku 2 buku roti. Aku mengambil tanpa tersenyum. Ingatkan dia beli pasembur di gerai sebelah....Nak makan sedap lagi...

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Bila usia meningkat, nak makan pun kena beringat2. :)

Hajjah Noraini @Nanie said...

Selamat mengurangkan pengambilan makanan..ha ha ha

Ariff Budiman said...

kakacik...Betul-betul. Kena banyakkan dalam ingatan bahawa penjagaan kesihatan itu penting

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Terima kasih. Harap2 berjaya

pB said...

kena jaga jaga dah tu ...

Ariff Budiman said...

pB...Memang. Dah dapat warning awal.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Ariff, ubat2 yang doktor bekalkan tuh harganya mahal2 tuh..
Lipitor tuh tak silap RM3 hinggit sebiji tau..utk colestrol..jangan selalu makan roti canai dan nasi kandar banjir..he he he
(Akak termasuk dua kali n3 nih) he he he

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Pada tahun 2004 kolestrol saya amat tinggi. Jadi sehingga sekarang di bekalkan ubat walaupun sudah terkawal. Betullah kak kita tak boleh selalu pekena nasi kandar banjir

insan marhaen said...

Tu la... Asyik makan durian je...

Ariff Budiman said...

insan marhein..Ha ha betul-betul

saing said...

cadanagn sy simple je, amalkan puasa sunat isnin, khamis..insyaAllah WN kembali tiptop. x cya? cubalah dan tgk hasilnya

Ariff Budiman said...

saing..Terima kasih kerana memberi cadangan untuk tiptopkan kembali saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...