" Pasai abang nampak murung saja. Tak mahu senyum ". Kata isteriku. Terkejut juga sampai begitu sekali tahap murungnya aku akibat teringin nak makan pasembur.
" Abang teringin nak makan pasembur. Tak taulah kenapa tiba-tiba saja perasaan teringin tu tak dapat abang kawal lagi. Macam orang mengandung abang ni atau abang nak mati ni ". Seloroh aku. namun isteriku mengambil serius perkataan mati.
" Abang jangan bergurau bab mati ni ". Bercahaya air matanya. La dia nak menangis pula.
" Tak apalah Nah. Esok abang tugas di bandar dan abang akan cari pasembur ". kataku yang membuat isteriku tersenyum. Ya lah siapa yang tak risau dengan tiba-tiba saja teringin yang amat nak makan pasembur. Kemudian sebut pula nak mati. Isteri mana yang tak risau beb.
Semalam aku bertugas di bandar dan sebelum maghrib aku keluar mencari pasembur dan alhamdulillah aku jumpa. Sebelum makan aku snap gambar lalu forward dekat isteri.
" Sedap la bang nampak pasembur tu. Ada lagi tak. Nah nak satu ". Ha ha dia pun tumpang teringin. Akhirnya aku keluar kembali dan beli sebungkus untuk isteriku. Lega rasanya mendapat pasembur idaman. Isteri berjanji akan buat pasembur bila aku berada di rumah. Tapi ayat yang dia beri memang power.
" Nah tak pandai sangat macam Aishah ". Aku balas kembali. " Tak apa. Nah masak pun abang makan sebab sedap..... ". Meleret senyumnya. kena pujuklah......dia no
6 comments:
Salam Ariff, Ohhh..akak pun suka makan pasembor, lagi satu mee rebus, kat KL senang boleh dpt, memang selalu akak beli bila teringin.
ntah2, saing nak dpt ank baru x?hehe, baik cek.kdg2 kalu isteri mgadg, suami yg terlebih2 ngidamnya
Marina Monroe...Memang ler. Pasembur ni satu Malaysia boleh makan
saing..Dak kut. Takut nak check. Suami la mengidam macam-macam
Memang pasembur di Padang Kota sembelih pelanggan hingga bersemboq...
insan marhein...Betul-betul. Sedap taklah sangat.
Post a Comment