Teman-teman

Thursday, July 28, 2011

Ghaflah Betul

Aku begitu penat bekerja sehingga aku hilang mood untuk membuka laptop. Keluar pagi dan pulangnya jauh malam. Akhirnya ramai yang menghantar email dan sms bertanya khabar. Terima kasih kerana mengambil berat WN yang tidak di kenali ini. Entah kenapa isteriku mengambil keputusan untuk tidak membuka gerainya pada hari Selasa. katanya hari itu merupakan hari yang cukup boring sebab customer tidak ramai. Dia lebih banyak duduk dari bekerja. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menutup selepas melihat roaster aku bekerja malam terakhir. Jadi aku ada di rumah.

Aku juga tumpang gembira bila dia berada di rumah. Katanya dia nak buat tomyam dan menyuruh aku membeli sayur. Seperti biasa aku ke pekan. Itulah tempat aku dan Siti Aishah membeli sayur sebelun aku ke tempat kerja suatu masa dahulu. Aku memilih barangan yang di perlukan. Setelah membayar harga sayur, isteri tauke cina mendekati aku.
" Lu punya bini lama tak ada nampak. Apa pasal. Tak sihat ka ". Tanya isteri tauke. Aku terdiam seketika memikirkan apa yang perlu aku jawab.
" Saya punya wife sudah 2 tahun meninggal ". Perlahan nadaku. Terkejut dia dan terus memberitahu suaminya. Riuh juga bila dua suami isteri bercakap.
" Dia sakit apa ". Tanya pula suami umpama seorang wartawan. Terdiam lagi aku. Apa nak jawab kali ini.
" Sakit jantung tauke ". Kedua-dua mereka terdiam seketika.

" Sekarang you tak kawin lagi ka ". Tanya pula si isteri. Banyak soal pula dua orang ni.
" Sudah 2 tahun kawin tauke ". Tersengih aku ketika menjawab.
" Baguih-baguih. Orang jantan tak boleh hidup kalau tak ada bini. Sudah dapat anak ka ". Sensitif sungguh soalannya. Ada ka tanya ada anak atau tak.
" Tak ada rezeki lagi tauke. Man-man la ( pelan-pelan la ) ". Aku berkata di ikuti ketawa kecil dari mereka berdua.

" Wa kalau wa punya bini mati, wa tak kawin lain. Wa boleh hidup ". Tiba-tiba si suami mencelah. Apalagi bermulalah penggambaran
" Lu dengar wa macam laki cakap. Dia punya mulut manyak celaka lo ". Si isteri sudah mula geram. Aku dapat merasai akan kemarahan isterinya. Mukanya merah. Mungkin malu dengan sikap suaminya. Maka sesama mereka mulalah bertengkar sehingga si isteri memegang pisau sambil mengacu suaminya. Orang ramai mula keluar teruatama peniaga cina. Mereka menyangkakan yang si isteri sedang bertengkar dengan aku sebab aku berada di tengah dan aku tak tahu sepatah haram pun apa yang mereka bertengkar. Yang aku tahu ia berpunca dari kisah aku. Yang datang nak beli sayur pun si isteri mengamuk mengatakan sayur tak di jual manakala suaminya menyuruh isterinya melayan mereka yang datang nak membeli sayur.

Tiba-tiba seorang lelaki cina yang menjual buah durian iaitu bekas gangster menarik tangan aku ke gerai buahnya. Beliau ingin tahu mengapa aku bergaduh dengan penjual sayur. Aku pun mulalah cerita sambil merasa buah durian Ang Hae yang di kopek untukku. He he jadilah. Bila mereka mendengar ada yang geleng kepala. Ya lah perkara kecil saya.
" Itu dia punya laki tak tau terima kasih sama dia punya bini ". Kata seorang cina. Aku hanya mengangguk kepala. Tak terkata sebab menikmati buah durian yang lazat. Akhirnya isteriku talipon mengapa aku kegerai hampir 2 jam.

Tu dia mana ada suami begini lama ke pasar. Isteriku mengesyaki aku ke kedai buah sebab mulut aku ketika bercakap berbau durian. Memang tak boleh tipu la kalau makan buah durian ni. Aku pun ceritalah pula kepada isteriku. Tertawa dia disebabkan kisah aku mereka suami isteri bergaduh. Aku pun dapat pengajaran dari mereka dimana suami sepatutnya menghargai si isteri apatah lagi isteri yang membantu suami. Jangan lepas cakap di depan orang ramai dimana
akan menjatuhkan maruah isteri. Tapi aku bukan begitu...........


Kepada mereka yang tak dapat menghubungi aku melalui talipon. Minta maaf banyak-banyak sebab talipon aku rosak. Terpaksa beli yang baru dan memori card pula berbeza. Jadi kepada pembaca yang mengenaliku dan ada nombor taliponku. SMS lah nombor kalian beserta nama supaya dapat di save kembali dalam talipon baruku.
Terima kasih kepada mereka yang bertanya khabar. anda merupakan pembaca yang baik hati. Semoga allah membalas kebaikan kerana mengambil berat.



8 comments:

insan marhaen said...

Sesekali dapat rasa talipon baru, best juga. IM dah tak tahu berapa banyak kali tukar talipon.

Ariff Budiman said...

insan marhein..Talipon murah saja. Itupun touch screen. He he

Kakcik Seroja said...

Kalau isteri pergi duu, selalunya suami akan cari pengganti dengan alasan2 tersendiri - sebaliknya pula bagi si siteri. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...Benar sekali sebab wanita tiada masalah. Yang masalahnya ialah lelaki. Sebab itu begitu cepat mencari pengganti.

saing said...

kalau tgk pd gurauan suami cina tu mcm xde bda yg myentuh hati. tpi mgkin pd si isteri, perkataan mati yg suami dia ungkapkan mcm mndoakan minta dia mati cepat. agknyalah..kalu x, knapa dia marah sakan.

Ariff Budiman said...

Saing..Mungkin juga dia marah sebab perkataan mati seolah-olahnya meminta agar isterinya cepat mati

Admin P@P said...

Salam ziarah.
Soalan yang saya sendiri selalu tak tergamak nak tanya... Berapa orang anak?
Ada yang sensitif, ada juga yang tak ambik endah.

TQ

Ariff Budiman said...

Admin P@P...Memang. Kadang-kadang kita tidak menyedari masalah orang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...