Semalam pula keluarga sebelah Siti Aishah telah buat barbeque sempena ramadhan. Begitulah selalu bila keluarga berkumpul. Ayam bakar merupakan menu utama dan itulah yang menyebabkan anakku mengalami gatal-gatal. Katanya dia telah makan sebanyak 3 ketul ayam. Patutlah gatal-gatal dan kemerahan.
Sekejap nama anakku dipanggil untuk memberi ubat. Setelah diberi penerangan aku bertanya berapa harganya.
" RM 45 ". Kata petugas. Aku berkata kepada anakku sambil menunjukkan tanganku yang sengaja dibuat menggeletar.
" Minta nyawa...minta nyawa. Abdul Wahub...... ". Anak lelakiku tertawa dengan gelagat aku.
" Ayahanda marah....". Gurau pula anakku
" Tidaak....ayah seronok.....Makanlah lagi ayam no ". Petugas klinik pun hairan melihat gelagat kami berdua di dalam klinik. Sewel apa..
Selalunya bila ke klinik panel aku langsung tidak menghiraukan soal wang. Apa yang hendak dirisaukan. Kompeni bayar. Ubat makan atau tidak pedulikan. Sudah lega sedikit ubat di tinggalkan. Kini barulah aku dapat merasa betapa susahnya untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Jadi kepada pembaca semua. Bersyukurlah kerana tatkala kita sakit, bila ke klinik atau hospital kita tidak perlu risau tentang bil. Ada yang akan melangsaikannya. Balaslah kembali jasa tiu dengan bekerja dengan penuh intergriti dan semoga Allah memberkati gaji yang kita perolehi.
2 comments:
selalunya kita mcm tulah, nikmat di depan mata slalu x nampak, bila dah ditarik blk nikmat tu bru tersedar
saing...Betul2. Kini baru sedar akan nikmat itu. Thanks saing
Post a Comment