Teman-teman

Wednesday, July 13, 2011

Suka Sangat. Terimalah

Pernah suatu ketika isteriku mengadu yang enjin depan keretanya berbunyi kuat. Aku hidupkan keretanya dan ternyata penyambung ekzos sudah pecah. Bunyinya macam kereta trak. Belakang rumahku ada sebuah bengkel membaiki air con dan ekzos. Aku dan isteri kesana sebelum ketempat lain. Rupa-rupanya tauke cina yang buka bengkel membaiki ekzos adalah rakan sparing badminton masa aku remaja dulu. Dia masih lagi mengenaliku. Sambil memeteri ekzos kereta isteriku, tauke cina ini suka menjelirkan lidahnya bila melihat aku. Sebiji macam anjing yang dahagakan air. Akhirnya dia cuma mengambil sebanyak RM5. Sambil mengambil duit dari aku lidahnya asyik menjelir.

" Kenapa cina tu suka jelir lidah bila tengok abang. Geli lah Nah". Kata isteriku
" Mungkin dia dapat penyakit macam tu kut. Kita sangka baik lah ". Aku berkata kepada isteriku. Baru-bari ini isteriku merungut lagi yang ekzos keretanya dibelakang pula berbunyi. Pulak dah. Aku bawa keretanya dan bila berhenti di lampu trafik memang sah kuat bunyinya.
" Trrrrrr tang-tang ". Apa pula kali ini. Aku menyuruh dia menggunakan kereta aku ke gerai tapi katanya nanti keretaku berbau macam-macam. Jadi terpaksalah aku kegerainya terlebih dahulu.


Jam 9.30 pagi bengkel membaiki ekzos telah buka. Cepat-cepat aku kegerai isteriku untuk mengambil kereta. Nanti kalau lewat banyak pula kereta beratur. Bila aku sampai masih tiada kereta jadi aku terus masuk ketempat baiki. Setelah menunggu ekzos sejuk tauke cina datang ke arah aku. " Lu boleh tolong galu wa punya belakang. Gatal la ". Kata tauke cina kepadaku. Aku mengambil ranting kayu lalu lalu aku tonyoh belakang cina tersebut. Melompat sakit tauke cina tersebut. Aku cuma ketawa kecil sahaja. Tak gamak aku nak garu belakangnya yang berpeluh. Banyak soi lo....kalau wa galu sama lia.

Diangkatnya kereta isteriku menggunakan mesin. Setelah meneliti akhirnya yang membuat bunyi bising ialah kerana besi yang terjuntai terkena ekzos bila bergoyang. Tauke cina pateri untuk membuang besi yang tidak digunakan. Setelah menurunkan kereta isteriku, aku bertanya berapa bayarannya. " Tak payah bayar la. Wa suka sama lu. Wa mau lu ". Katanya padaku. Aku hanya tertawa ingatkan dia bergurau. Lagi pun dia merupakan kawanku ketika bermain badminton suatu ketika dahulu. " Tauke lu punya badan best la. Wa suka sama lu ". Tauke cina tersebut menghampiri. Di tonggengnya punggung kearah aku. Aku sudah naik angin. Nyaris aku menendang punggungnya. Kalau itu terjadi alamat makan pasirlah tauke cina tersebut.

Aku tidak memperdulikannya. Ketika aku nak masuk kedalam kereta, tiba-tiba tauke cina memeluk dan meraba punggung aku. Apa lagi aku tangkap dan kilas tangannya kebelakang lalu aku hentak kepalanya di atas kereta isteriku. Satu tumbukan hinggap ke hidungnya. Darah mulai keluar. Menjerit tauke cina tersebut. Mungkin dia terkejut dengan tindakan aku. Pekerjanya meluru kearah aku. " Lu ingat wa homoseks ka. Sama lu punya pekerja lu boleh main. Ini macam lu layan sama customer. Kalau lu mau main lu pergi main itu lembu ". Sambil aku menunjuk lembu yang sedang meragut rumput. Terdiam pekerjanya. Mungkin mereka juga tahu amalan tauke mereka. Sebab itu mereka tidak berani masuk campur.Aku cerita insiden yang aku alami kepada isteriku. Terkejut isteriku mendengar aku telah menumbuk tauke tersebut. " Abang jangan hantar lagi kedai tu. Eeee geli lah Nah dengar ". Kata isteriku.


8 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Kurang ajar punya cina, betui kata Ariff, pi la tibai lembu..ni nak cuba goda customer pulak..silap orang lah..bagus lah penumbuk Ariff hinggap kat muka dia..baru dia tau..

insan marhaen said...

Bila malam, Ros la kena picit badan WN, ya..

Kakcik Seroja said...

Beraninya dia! Tapi dia sudah silap orang - ha.. baru bertemu buku dengan ruas. Padan muka.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Penumbuk sekadar menyedarkan dirinya yang mudah lupa.

Ariff Budiman said...

insan marhein..Itu sudah semestinya lah

Ariff Budiman said...

kakcik...Ya dia silap tempat. Jika ingat orang suka ketawa boleh makan dengan kenyang

saing said...

kesian lembu gak, lembu pun kalu blh cakap tentu marahkan WN dan kata, "apalak cadangkan nama aku,aku pun ...xxxx nakkkkk."kui2 masalah smlm, alhamdulilah, settle dh saing.

Ariff Budiman said...

saing...Apalah saing ni. Saya tergelak sampai berguling-guling. Mungkin juga lembu pun marahkan WN sebab suruh bagi dkt dia. He he. Alhamdulillah dan selesai masalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...