Teman-teman

Friday, October 14, 2011

Awat Bangang Sangat Ni

Pada February 2009 pernah aku menulis tentang kisah Boy dan Leman iaitu 2 ekor kerbau yang di pelihara oleh seorang makcik. Kisahnya disini. Hampir setiap hari andai kata aku melalui jalan ini sudah pasti terserempak dengan makcik ini. Tak berkesempatan aku nak merakam wajahnya yang banyak menceritakan tentang kegigihannya. Kalau aku keluarkan kamera dan dihalakan kepadanya sudah pasti dia mengelak dari di rakam. Kadang-kadang aku mendnegar dia memarahi lembu-lembunya.

Baru-baru ini aku telah diarahkan untuk menyelia kontrak. Dari jauh aku melihat makcik tersebut bersama lembu yang di pelihara melalui jalan berhampiran tempat aku bertugas. Beberapa anak muda begitu ramai sedang menjala berdekatan taliaiar. Kini sepanjang parit telah bersih setelah di korek baru-baru ini. Aku meminta agar rakanku bersedia dengan kamera yang dibawa olehnya. Bukan mudah nak dapat pic macam ini. Makcik tersebut tidak perasan dengan kami jadi amat senang rakanku mengambil gambar.

" Hoi...awat bangang sangat ni. Jalanlah elok-elok ". Marah makcik tersebut pada lembu-lembu. Dipukulnya lembu-lembu yang tidak mendengar cakap dengan kayu.
" Awat tak dengar cakap ni. Bodoh ka ". Tempik makcik tersebut kepada lembu yang buat dek saja. Anak muda yang sedang menjala ikan turut sama ketawa dengan gelagat makcik tersebut.
" Aiya itu pelempuan gila ka. Ciakap sama lembu. Dia yang boloh. Bukan lembu ". kata apek kontrak yang sedang membuat kerja. Terhenti kerja mereka mereka melihat makcik tersebut yang bercakap dengan lembu.
" Hoi...aku tak bagi hang makan nanti ". Tempik makcik kepada lembu-lembunya sambil tidak menghiraukan dirinya diperhati.
" Itu pelempuan sudah short dia punya wire ". Kata cina kontraktor kepadaku sambil tertawa.
" Tapi tauke walaupun kepala dia ada wire putus, dia talak minta duit sama orang. Dia tarak kacau sama orang. Ini orang tuhan manyak sayang ooo ". Kataku kepada cina kontrak yang hanya terdiam. Adakah dia faham akan maksudku.

Mungkin kita akan tertawa dan terhibur melihat gelagat makcik ini. Mungkin dimalam harinya makcik ini melaksanakan tanggung jawabnya kepada Allah. Siangnya dengan lembu yang dijaga dan malamnya beribadat kepada Allah. Nescaya doanya akan didengari Allah. Jangan kita rendahkan manusia pada zahirnya saja. Entah-entah dia lebih hebat dari kita disisi Allah.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Patutlah orang kata 'bodoh macam lembu'. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...kesian lembu no. Selalu dikatakan bodoh.

Anonymous said...

apek itu yang bodoh,suka2 je kata orang bodoh.mana tahu bila dia tua,dia jadi lagi teruk.hidup bagai roda

~lembu kalau leh faham nape disamakan bodoh & kalaulah lembu leh cakap ,mestikan akan tanya "why me"?

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Betul..betul..betul. Lembu pun akan berkata awat bangangnya manusia ni. Kan aku lembu

insan marhaen said...

itu adalah satu cara mak cik meluahkan perasaan tensionnya. maklumlah, nak jaga lembu bukan senang juga.

apek tu lupa kut. kalau dia tersepak batu tengah jalan dia pun nanti marah kat batu tu...

Anonymous said...

Bang, lain kali abang tulis la pulak kisah orang menjala tu. Saya rasa ramai pembaca blog ni asal dari kampung kemudian merantau ke bandar. Kisah menjala ni akan menggamit kenangan silam....hehe jiwang la pulak.

Ariff Budiman said...

insan maehein...Kadang2 kita tak akan faham cara seseorang itu meluahkan perasaannya.

Ariff Budiman said...

Anonymous...Ok2. Ada masa saya cerita kisah menjala pula beserta gambarnya pula. Harap bersabar

saing said...

bg yg x berada dlm situasi mkcik tu blh ckp apa sj...kata mkcik bodohlah, gilalah...cuba dia yg handle kumpulan lembu tu..takut nnti lembu2 tu x nak jln sbaliknya duduk je ..ms tu msti tkeluar bhs2 robot yg hya dia sj faham..dan tgk apa plk org pggil dia...moralnya jgn cepat melatah mgata org

Ariff Budiman said...

saing...betul tu. Moral cerota ni jange suka melatah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...