Disebabkan terkenal, pernah aku membawa arwah Siti Aishah kesini untuk mencuba sendiri ikan bawal goreng.
" Esok kita pergi pasar bang. Siti nak buat lagi special ikan bawal goreng ". kata Siti Aishah setelah merasa sendiri ikan bawal goreng. Padaku ikan bawal gorengnya biasa saja. Mungkin bagi sesetengah orang ia begitu special dan itu merupakan hak masing-masing.
Aku seperti biasa mengambil kepala sembilang dan ikan bawal goreng. Ramai juga pengunjung yang datang. terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Makan pula dibawah pokok kelapa sawit. Itu yang best. Setelah membayar kami pulang semula. Kontraktor terbabit mengira kembali harga yang telah dimakan. Rupanya bawal goreng yang aku makan tidak dikira.
" Ni kira rezeki kita. Depa tak kira bawal goreng ". katanya sambil tertawa kecil. Aku yang mendengar terus memusing kembali kenderaan dan terus ketempat makan. Begitu mudah ayat dituturkan. adakah ini rezeki Allah kalau kita sudah tahu. Setelah bertanya penjaga kaunter harga bagi seekor bawal goreng ialah sebanyak RM5. Aku terus membayarnya.
Merasa malu dengan tindakan aku, kontraktor tersebut menghulurkan kepadaku RM5. Tapi aku menolaknya.
" Tak apalah. rezeki saya hanya kepala sembilang saja ". Aku berkata sambil tersenyum. Sepanjang perjalanan pulang ketempat kerja, keadaan menjadi sunyi. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Aku pula melayang tentang makanan tadi. kalaulah aku tak tahu tentang perkara itu apa akan terjadi dengan makanan yang telah dimasukkan kedalam perut dan menjadi darah daging. Duit gaji yang aku dapat pula digunakan untuk kegunaan keluarga. Aishh tak berkat. Aku tidak mahu menjadi orang yang tiada intergriti.
8 comments:
SALAM,
SUKA TAPI MESTI GORENG GARING2, BARU SEDAP
luahfikiran...Benar2. Garing2 baru sedap
Kalau garing sangat, rasa macam makan kayu goreng pulak! :)
kakcik...Ada setengah suka garing dan ada setengahnya tidak ya
antara tempat favorite saya tu...hari isnin kelmarin dulu baru ja saya p sana. almaklum, sekolah saya cuti hari tu. kalau sekolah cuti, pasti ambil peluang utk makan tghari di situ...pada saya hg berpatutan berbanding mkn semilang di tanjung dawai. ohhh...bawal goreng panas + gulai semilang...thumbs up...+++mkn bwh pokok disapa angin sepoi2,& kicau burung....
radziah AR...Kira ni pun peminat iakan semilang la no.
dan disamping dok layan keenakan gulai smbilang dn bawal goreng blagukan kicauan burung, tahi2 burung kena jaga gak, jgn tjatuh dlm pggan sudah,kwang2
saing...Bila dah ghoyak macam ni baru WN teringat. pernah tahi burung landing sebelah WN bila makan disana. nasib baik landing atas tanah. Kalau dalam pinggan. Buang ler
Post a Comment