Anak remaja perempuan dari tamanku
Sehari sebelum program aku masih lagi menerima sumbangan wang ringgit dari rakan-rakan. kata mereka, mereka tidak mampu memberi sumbangan beratus-ratus ringgit. hanya puluhan saja dapat disumbangkan. Masyallah itu sudah memadai buatku. Allah tidak memandang berapa yang kita sumbang tapi keikhlasan kita membantu agama Allah. Walaupun sedikit dari pandangan kita tapi besar nilainya disisi Allah. Dalam hadis RasulullaH saw yang di riwayatkan oleh Imam ahmad, [ Mafhumnya ], " Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskannya dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi ( menyelesaikan ) kesulitan orang lain ".
Anak remaja lelaki. Rambut cacak-cacak pun sanggup hadir
Aku menerima panggilan talipon dari seorang wanita. Katanya dia hendak menyumbang kuih untuk anak remaja sebelum bertolak. Aku tidak menolak permintaannya malah ucapan terima kasih yang aku ucapkan. Semoga Allah mengurniakan kepadanya rezeki yang lebih untuknya. Jam 7 pagi anak-anak remaja lelaki dan perempuan sudah memenuhi kawasan surau menanti kedatangan aku. Seramai 31 orang yang akan menaiki bas kilang menuju ke Masjid Seberang Jaya. Seronok nampak mereka. Kesemua mereka telah menampakkan kedewasaan.
Warna Nostalgia sedang memberi tazkirah rengkas sebelum bertolak
Sebelum bertolak aku memberi peringatan agar memelihara akhlak sewaktu berada di tempat orang. kataku kepada mereka,
" Adik akan mendapat ramai kawan semasa program berlangsung. Jadi kalau dapat kawan baru jangan lupa kawan lama. Kalau dapat marka baru jangan lupa marka lama ". Tertawa adik remaja bersama ibu bapa.
" Siapa di sini yang sudah ada marka ". Sengaja aku menyakat mereka. Maka kembang kembislah hidung anak-anak remaja.
" Hah...kalau nak tau siapa dah ada marka tengok yang hidung kembang kempis tu confirm dah ada ". Ibu bapa turut tertawa bila anak-anak mereka di sakat. Setelah membaca doa maka kami menuju ke bas kilang yang sudah menunggu.
Anak-anak remaja menaiki bas kilang
Riuh bila ramai penduduk yang melihat akan begitu ramai anak remaja menuju ke bas.
" Depa buat program apa. Pasai apa kami tak tau ". Kata sesetengah ibu bapa.
" Bestlah program ni mak. Boleh naik bas lagi. Pasai apa depa tak bagi tau ". Kata pula anak remaja yang tak tahu menahu atau sengaja tidak ambil peduli. Aku bukan sengaja nak buat gimik ini. Bila mereka sudah melihat akan keriuhan program ini maka program yang akan datang mungkin akan menarik minat ibu bapa. Kesihan seorang anak remaja perempuan berumur 16 tahun. Beria-ia daftar untuk pergi tapi akhirnya datang memberitahu yang ayahnya tidak mengizinkannya pergi. Entahlah ayah jenis apa orang ini. Tak sampai melihat anak remaja ini hanya memerhati rakan-rakannya menaiki bas kilang. Semoga Allah bukakan pintu hati ayahnya.
Pasangan kembar pertama turut mengikuti program ini.
Pasangan kembar ini telah mendapat penyumbang. Ayahnya mempunyai 3 orang anak dan hanya mampu menghantar seorang saja. Pasangan kembar ini begitu berminat untuk turut serta. Akhirnya aku telah mendapat penyumbang-penyumbang dari rakan-rakan yang baik hati ingin membantu. Meloncat-loncat bila di beritahu yang mereka berdua dapat hadir. Si ayah begitu sebak ketika memeluk aku sambil mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada mereka yang menyumbang anak-anaknya. Seronok rasanya bila kita dapat rasakan yang Allah banyak membantu meringankan kesulitan kita.
Pasangan kembar kedua
Si emak dan ayah begitu mengambil berat akan anak-anaknya. kata si emak kalau ada apa program untuk anak remaja tolong beritahu. Alhamdulillah setiap kali ada program remaja pasangan kembar ini pasti menyertainya.
" Terima kasih kepada Budiman dan rakan-rakan yang buat program ni. Semoga Allah memberkati keluarga semua ". Itulah doa emak mereka bila berjumpa aku. Terasa cukup indah bila kita di doakan demikian.
Pensyarah jemputan Abang Bai
Inilah dia pensyarah yang terkenal. Masih muda lagi namun program yang dibawa amat berkesan sekali. Panggilan manjanya ialah Abang Bai. Adik-adik remaja begitu terhibur sekali. Pandai nyer dia.
Kakak-kakak fasilitator
Kehadiran mereka banyak membantu terutama sekali adik-adik perempuan. Begitu mesra mereka dengan adik-adik remaja. Kadang kelihatan seperti mereka juga peserta.
Abang-abang fasillitator
Mereka juga banyak membantu untuk adik-adik lelaki. Sebelah Abang Bai ialah Abang Siraj katanya. Nama dan lidahnya macam orang perancislah. Bakal peguam la. Bukan calang-calang fasi
Peserta lelaki
4 orang adik lelaki dari tamanku berjumpa ingin pulang. Katanya emaknya talipon suruh pulang sebab nak pergi kenduri di kampung. Aku tersenyum sebab aku tahu bahawa mereka sedang merancang sesuatu. Seorang lagi kawan juga memberi sebab yang dia adalah sepupu. Jadi kena balik juga. Aku tanya yang ketiga pula. Kata adik tersebut dia adalah jiran pada yang pertama jadi dia juga di jemput. Aku semakin tertarik dengan cara pakatan mereka. Aku bertanya yang keempat pula. Katanya dia kawan mereka semua. Maknya pesan kalau ketiga-tiga balik dia kena ikut sama. aku tersenyum sambil meminta mereka berjumpa dengan urusetia terlebih dahulu. Terus aku berjumpa fasi dan meminta agar menasihat adik-adik yang cepat boring.
Alhamdulillah setelah di nasihat oleh fasi wanita akhirnya niat mereka berubah. Mereka datang berjumpa denganku
" Pakcik kami tak jadi balik. kami tunggu sampai habis ". Aku hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah kerana berjaya menahan perasaan ingin pulang. Tahniah kepada fasi wanita yang lembut menasihati anak remaja. kalau akulah tentu akan berkeras. Maklumlah tiada pengalaman nak handle anak remaja.
Anak remaja perempuan
Begitu mudah dengan mereka. ketika waktu rehat mereka datang berjumpa aku
" Pakcik bestlah program ni. Tak jemu. Kita buatlah di surau kita pakcik. Kami akan ajak kawan-kawan yang lain ". Kata anak remaja perempuan dengan penuh semangat sambil tertawa sebab aku telah di jadikan sebagai model semasa program berjalan.
Adik minta maaf dekat ayah
Di akhir program ialah bersama ibu bapa. Di sinilah kelihatan dan kedengaran esak tangis anak-anak memohon ampaun dan maaf kepada kedua ibu bapa. Melihat mereka, aku juga turut mengalir air mata
Ingat emak juga sayangkan along. Along jadilah budak yang baik ya
Di akhir program aku dapat merasakan kelazatan yang amat susah untuk di tafsirkan. Sudah 2 tahun selepas kematian Siti Aishah aku terus membisu dari menyertai program begini. Bukan aku marahkan tuhan tapi aku pasti terbayang wajahnya bila menyertai program begini. Kali ini pun aku masih terbayang-bayang bagaimana sibuknya isteriku kesana-kesini. Aku dapat rasakan kekosongan bila membuat program berbentuk begini. Terasa seronok bila melihat rakan-rakanku bersama suami isteri bergelak ketawa sambil membuat program. Semua itu hanya tinggal kenangan buat diriku.
Ya Allah engkau berikanlah kebahgiaan di dunia dan di akhirt kepada anakku ini
Apa pun hidup pasti ku teruskan. Dakwah kepada masyarakat tidak boleh aku pinggirkan. Sebelum melakukan solat asar, datang seorang bapa menghulurkan sumbangan kepadaku. Katanya buatlah program untuk anak-anak remaja. kata-kata yang membuat aku menangis sewaktu mengerjakan solat ialah,
" Budiman dalam keadaan kaki terhencut-hencut sanggup bekorban kesakitan demi anak-anak kami. Tak kan kami tak boleh membantu wang ringgit untuk membantu program Budiman dan rakan-rakan ". Terasa begitu sebak aku ketika itu menerima sumbangan sebanyak RM200 dari seorang bapa. Subhanallah memang Allah membantu akan program ini. Tahniah aku kepada urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah juga kepada ibubapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka. Jumpa lagi selepas Aidil Adha...
" Ya Allah andaikata ini merupakan kebaikan yang aku lakukan maka aku sedekah pahalanya kepada kedua ibu bapaku dan isteriku yang di kasehi Siti Aishah ".
10 comments:
sayang tidak dapat hadir..
OmOt bekerja pada kelmarin dan selesai kerja terus ke Chemor..
Moga Program MUB terus menarik perhatian remaja dan Belia kita..
Omaq o Tai...Tak apa lain kali boleh bawa anak-anak
seronok tengok ramai remaja mendaftar jadi ahli ikramteens:) teruskan memberi sokongan kpd program2 ikramteens akhi :)
limaumanis...Insyaallah saya akan tolong sekadar yang termampu.
muga program ini menjadi pencetus untuk kita kembali menghambakan diri ke medan dakwah. sudah lama agaknya kita menyepikan diri kerana masaalah sendiri.
alangkah manisnya hidup penuh dengan amalan dan dakwah. puluhan tahun kita bergelumang dengan xtvt ini. harapnya hujung hidup kita juga berakhir di atas jalan ini.
welcome to jalan dakwah.... IM & WN!
Tahniah kerana berjaya menganjurkan Prgram Meniti Usia Baligh ini. Moga manfaat :).
The Return Of Pendekar Tempang. JH turut terharu dengan usaha yang murni ini. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita dunia dan akhirat.
Bila kita nak sparing main pisau?
insan marhein..Harap2 kita akan terus istiqamah dengan program ini. Semoga Allah mempermudahkan.
Ann Huda (Ate)...Terima kasih banyak2 kerana sudi membaca
hrusli61...Ha ha cikgu. Sila sebutkan bila, dimana. Pendekar Tempang will be there. Seriau juga nak bertempur dengan cikgu. Pisau dah tumpul
Post a Comment