Dalam kisah Kasihan Ibu mertuaku aku tidak memaparkan gambar duit yang sebanyak RM1000 yang rosak di makan oleh anai-anai. Atas nasihat rakan-rakan melalui email, blog dan sms akhirnya hari ini aku kerumah ibu mertuaku untuk mengambil wang tersebut. Wajahnya masih sugul sewaktu menyerahkan wang tersebut. Maklumlah duit itulah yang akan di gunakan untuk belanja seharian.
Aku terus ke Bank Negara Malaysia untuk membuat pertukaran. Aku hanya membayangkan kemungkinan mendapat kembali sebanyak RM400 memandangkan yang lain seperti roti jala jadinya.
" Assalamualaikum Encik. Bolehkah saya menukar wang yang rosak ". Tanya ku kepada kerani kaunter.
" Boleh. Kita lihat dulu wang tersebut ". Aku terus menghulurkan wang tersebut.
" Encik tolong cek. Berapa yang saya dapat itulah rezeki saya ". Tersenyum kerani tersebut dengan kata-kataku. Aku diberi borang untuk di isi maklumat peribadi dan selepas selesai aku di minta menunggu.
" Duit encik sebanyak RM1000 kan ". Tanya kerani untuk kepastian. Aku mengiakan.
" OK. Encik dapat kembali wang sebanyak RM1000 ". Menghulurkan borang untuk ditanda tangani. Syukur kepada Allah. Aku terus pulang kerumah dan ibu mertuaku yang setia menanti kepulanganku.
" Mak alhamdulillah. Duit mak dapat balik sebanyak RM1000 ". Sambil menghulurkan kepada ibu mertuaku. Betapa gembira hatinya. Tak putus-putus dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku turut bersyukur. Sekurang-kurang aku tidak hanya mendengar kesedihannya. Berusaha dan itulah perkara utama yang perlu ada.
15 comments:
Salam Ariff,
Rezeki tak kemana rupanya..Alhamdulillah duit rosak boleh ditukar..terima kasih pada kawan2 yg telah menasihati utk menukar duit rosak ke BN..Syukur
Marina Monroe...Pertama sekali syukur kepada Allah yang telah menggerakkan hati kawan-kawan untuk membantu. terima kasih tak terhingga kepada mereka.
salam saudara budiman
Alhamdulillah kalau dah rezeki tak kmana.. MM pun tak tau duit rosak blh ditukar..
MaMa MoDeN...Saya tahu duit rosak boleh di tukar tapi tak sangka rosak sebegini teruk masih boleh lagi di tukar
Yes. itu sebaiknya. tegak pula bulu roma IM membaca tulisan ini.
insan marhein..Kalau mulut hanya berkata kesian kesian, siapa pun boleh no.
Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tu, takkan ke mana tapi kena berusaha jugak kan?
Baru Gee tau duit rosak boleh ditukar.
Bearcat..G semoga pembaca mendapat iktibar sepenuhnya
Tak silap saya wang kertas yang rosak boleh diganti baru di BNM asalkan no sirinya tak terjejas.
Anonymous...Betul tu. Selagi ada nombor serial ia boleh di ganti
Syukur di atas kesudahan yg mgembirakan..nsib baik msih simpan lg baki2 wang kertas tu..kalau x, naya
saing...Jolo2. Syukur kepada Allah
allhammdullilah..lega baca story ni.
nasib baik..rezeki halal,de je Allah swt tunjukkan jalan..bagus bank negara.he2.
MaYa MustWany...Ramai orang berkata bagus bank rakyat. Tapi ini bagus bank negara
assalamualaikum.. tadi saya pergi bank simpanan nasional kat kota sarang semut 06800 alor star kedah. saya nak tukar rm800 yang sudah di makan anai-anai.. kerani tu kata tak boleh tukar duit kat sini tapi kerani tu belum tengok lagi duit saya lagi. kerani tu kuanter no. 1. harap BSN ambik tindakan.
Post a Comment