Teman-teman

Sunday, July 31, 2011

Minta Nyawa...Abdul Wahub.....

Anak lelakiku menunjuk badannya di penuhi dengan bintik-bintik merah. Ini tentu alah kepada makanan-makanan. Aku terus membawanya ke klinik panel. Sampai saja klinik tutup sempena menyambut bulan Ramadhan. berlegar kami mencari klinik panel yang lain. Juga begitu. Akhirnya terpaksa mencari klinik 24 jam. Setelah mendaftar, anakku dipanggil masuk kedalam. Sekejap saja dia keluar kembali. kata doktor agar anakku menurunkan berat badan dan pantang makanan berdaging.

Semalam pula keluarga sebelah Siti Aishah telah buat barbeque sempena ramadhan. Begitulah selalu bila keluarga berkumpul. Ayam bakar merupakan menu utama dan itulah yang menyebabkan anakku mengalami gatal-gatal. Katanya dia telah makan sebanyak 3 ketul ayam. Patutlah gatal-gatal dan kemerahan.

Sekejap nama anakku dipanggil untuk memberi ubat. Setelah diberi penerangan aku bertanya berapa harganya.
" RM 45 ". Kata petugas. Aku berkata kepada anakku sambil menunjukkan tanganku yang sengaja dibuat menggeletar.
" Minta nyawa...minta nyawa. Abdul Wahub...... ". Anak lelakiku tertawa dengan gelagat aku.
" Ayahanda marah....". Gurau pula anakku
" Tidaak....ayah seronok.....Makanlah lagi ayam no ". Petugas klinik pun hairan melihat gelagat kami berdua di dalam klinik. Sewel apa..

Selalunya bila ke klinik panel aku langsung tidak menghiraukan soal wang. Apa yang hendak dirisaukan. Kompeni bayar. Ubat makan atau tidak pedulikan. Sudah lega sedikit ubat di tinggalkan. Kini barulah aku dapat merasa betapa susahnya untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Jadi kepada pembaca semua. Bersyukurlah kerana tatkala kita sakit, bila ke klinik atau hospital kita tidak perlu risau tentang bil. Ada yang akan melangsaikannya. Balaslah kembali jasa tiu dengan bekerja dengan penuh intergriti dan semoga Allah memberkati gaji yang kita perolehi.

Friday, July 29, 2011

Aku Tidak Sanggup lagi

Awal pagi lagi aku menerima poster ceramah politik dari seorang kawan. Katanya mereka akan bongkar segala-galanya terhadap sebuah parti politik. Terus terang aku katakan, aku sudah tidak berminat lagi dengan politik. Cukup kesedaran yang aku ada. Untuk melibatkan dalam pembongkaran tersebut bukan aku orangnya. Aku sudah fobia dengan dendam mendendami. Aku tidak sanggup menghadapinya sekali lagi. Masing-masing hendak membongkar kesalahan orang lain. Tidakkah terfikir oleh mereka ketika kita berada di padang mahsyar sambil menunggu Allah membongkar kesalahan kita. Saat itu peluh sudah membasahi tubuh. Lalu di tunjukkan kepada kita kesalahan demi kesalahan dan akhirnya tempat yang menanti kita sedang menanti.

Aku tidak kisah kalau sesiapa yang berminat dengan politik dan meneruskan pembongkaran. Itu hak mereka. Aku tidak mahu hati ini dikotori dengan caci mencaci. Benci membenci sesama islam. Lagi 2 hari ramadhan akan menjelma. Aku perlu membersihkan hatiku sebelum aku membersihkan mereka di sekelilingku. Banyak dosa yang telah aku lakukan selama ini. Aku takut tidak terampun dosa ini.

Semalam isteriku melahirkan kegembiraannya. Beliau akan bercuti berniaga selama sebulan menyambut Ramadhan. Aku juga merupakan insan yang cukup suka bila aku pulang ke rumah ada orang yang menyambutku. Boleh aku kesana dan kesini bersama.
" Nah nanti Ahad ni kita buat muruku ". Kataku pada isteri memandangkan dia memang pandai buat dan aku pula memang suka makannya. Aku pun mula merancang. Isteriku menyambutnya dengan positif dengan syarat ada orang yang menolong. Bab itu beres sebab aku memang rajin menolong. Kataku kepada isteriku.

" Nah ingat tahun ni nak tukar langsir. Nak cari tukang jahit memang payah. Mahal pula tu ". Rungut isteriku.
" Tahun-tahun yang lepas siapa yang buat langsir ". Aku pula bertanya isteri
" Upah kedai. Dia ambil mahal ". Kata isteriku
" La kenapa tak hantar dekat Aishah. Dia pandai jahit lansir ". Cis mulut aku tak ada insuran. Macam mana boleh terkeluar kalam ni. Aku melihat riaknya tenang saja.
" Pasai apa abang tak talipon bagitau Nah masa tu ". Gurau isteriku. Tapi manalah aku tahu nombor taliponnya ketika itu.

Akhirnya cepat-cepat aku ubah topik perbincangan. Tahun ini aku bercadang menunaikan solat tarawih di masjid. Selama ini aku solat di surau yang penuh dengan nostalgianya. Setiap sudut surau bila di pandang akan terlihat kelibat Siti Aishah. Bulan ramadhanlah bulan yang paling sibuk kami di surau. Macam-macam aktiviti yang dijalankan. Biarlah bulan ini aku berubah angin pula. Kepada pembaca sekelian. Warna Nostalgia mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Marilah kita penuhi surau dan masjid dengan beribadah. Buangkan segala perasaan benci sesama kita. Janganlah di bongkar aib orang. Kelak Allah akan bongkarkan aib kita pula....


Thursday, July 28, 2011

Ghaflah Betul

Aku begitu penat bekerja sehingga aku hilang mood untuk membuka laptop. Keluar pagi dan pulangnya jauh malam. Akhirnya ramai yang menghantar email dan sms bertanya khabar. Terima kasih kerana mengambil berat WN yang tidak di kenali ini. Entah kenapa isteriku mengambil keputusan untuk tidak membuka gerainya pada hari Selasa. katanya hari itu merupakan hari yang cukup boring sebab customer tidak ramai. Dia lebih banyak duduk dari bekerja. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menutup selepas melihat roaster aku bekerja malam terakhir. Jadi aku ada di rumah.

Aku juga tumpang gembira bila dia berada di rumah. Katanya dia nak buat tomyam dan menyuruh aku membeli sayur. Seperti biasa aku ke pekan. Itulah tempat aku dan Siti Aishah membeli sayur sebelun aku ke tempat kerja suatu masa dahulu. Aku memilih barangan yang di perlukan. Setelah membayar harga sayur, isteri tauke cina mendekati aku.
" Lu punya bini lama tak ada nampak. Apa pasal. Tak sihat ka ". Tanya isteri tauke. Aku terdiam seketika memikirkan apa yang perlu aku jawab.
" Saya punya wife sudah 2 tahun meninggal ". Perlahan nadaku. Terkejut dia dan terus memberitahu suaminya. Riuh juga bila dua suami isteri bercakap.
" Dia sakit apa ". Tanya pula suami umpama seorang wartawan. Terdiam lagi aku. Apa nak jawab kali ini.
" Sakit jantung tauke ". Kedua-dua mereka terdiam seketika.

" Sekarang you tak kawin lagi ka ". Tanya pula si isteri. Banyak soal pula dua orang ni.
" Sudah 2 tahun kawin tauke ". Tersengih aku ketika menjawab.
" Baguih-baguih. Orang jantan tak boleh hidup kalau tak ada bini. Sudah dapat anak ka ". Sensitif sungguh soalannya. Ada ka tanya ada anak atau tak.
" Tak ada rezeki lagi tauke. Man-man la ( pelan-pelan la ) ". Aku berkata di ikuti ketawa kecil dari mereka berdua.

" Wa kalau wa punya bini mati, wa tak kawin lain. Wa boleh hidup ". Tiba-tiba si suami mencelah. Apalagi bermulalah penggambaran
" Lu dengar wa macam laki cakap. Dia punya mulut manyak celaka lo ". Si isteri sudah mula geram. Aku dapat merasai akan kemarahan isterinya. Mukanya merah. Mungkin malu dengan sikap suaminya. Maka sesama mereka mulalah bertengkar sehingga si isteri memegang pisau sambil mengacu suaminya. Orang ramai mula keluar teruatama peniaga cina. Mereka menyangkakan yang si isteri sedang bertengkar dengan aku sebab aku berada di tengah dan aku tak tahu sepatah haram pun apa yang mereka bertengkar. Yang aku tahu ia berpunca dari kisah aku. Yang datang nak beli sayur pun si isteri mengamuk mengatakan sayur tak di jual manakala suaminya menyuruh isterinya melayan mereka yang datang nak membeli sayur.

Tiba-tiba seorang lelaki cina yang menjual buah durian iaitu bekas gangster menarik tangan aku ke gerai buahnya. Beliau ingin tahu mengapa aku bergaduh dengan penjual sayur. Aku pun mulalah cerita sambil merasa buah durian Ang Hae yang di kopek untukku. He he jadilah. Bila mereka mendengar ada yang geleng kepala. Ya lah perkara kecil saya.
" Itu dia punya laki tak tau terima kasih sama dia punya bini ". Kata seorang cina. Aku hanya mengangguk kepala. Tak terkata sebab menikmati buah durian yang lazat. Akhirnya isteriku talipon mengapa aku kegerai hampir 2 jam.

Tu dia mana ada suami begini lama ke pasar. Isteriku mengesyaki aku ke kedai buah sebab mulut aku ketika bercakap berbau durian. Memang tak boleh tipu la kalau makan buah durian ni. Aku pun ceritalah pula kepada isteriku. Tertawa dia disebabkan kisah aku mereka suami isteri bergaduh. Aku pun dapat pengajaran dari mereka dimana suami sepatutnya menghargai si isteri apatah lagi isteri yang membantu suami. Jangan lepas cakap di depan orang ramai dimana
akan menjatuhkan maruah isteri. Tapi aku bukan begitu...........


Kepada mereka yang tak dapat menghubungi aku melalui talipon. Minta maaf banyak-banyak sebab talipon aku rosak. Terpaksa beli yang baru dan memori card pula berbeza. Jadi kepada pembaca yang mengenaliku dan ada nombor taliponku. SMS lah nombor kalian beserta nama supaya dapat di save kembali dalam talipon baruku.
Terima kasih kepada mereka yang bertanya khabar. anda merupakan pembaca yang baik hati. Semoga allah membalas kebaikan kerana mengambil berat.



Saturday, July 23, 2011

Buah Apakah Ini

Pagi-pagi aku dan isteri keluar untuk menghadiri hari keluarga TNB peringkat negeri Pulau Pinang. Kalau tahun-tahun sebelumnya Siti Aishah berada di sisiku. Kini buat kali pertama semenjak kami berkahwin aku membawa isteriku untuk program ini. Awal-awal lagi sudah berapa helai baju dicubanya dan meminta pandanganku.

" Nah pakai baju apa pun cantik. Abang cukup tergoda ". Tersenyum isteriku mendengar pujian seorang suami. Di tunjuknya pula baju t shirt yang dia nak aku memakainya pada hari tersebut. Nampak macam sedondong saja. Asalkan dia sudi mengikutku sudah cukup bagiku untuk bertolak ansur tentang pakaian.

Entah kenapa tahun ini program hari keluarga terasa terlalu hambar saja bagiku. Akhirnya aku tidak dapat bertahan lama lalu mengajak isteriku pulang. Lagipun isteriku berniaga di pasar malam dan dia harus membuat persiapan. Dalam perjalanan pulang aku sempat lagi membelok kearah pekan. Aku sendiri pun tidak tahu apa yang aku cari. Kelihatan lori sedang menurunkan buah durian. Terus aku berhenti. Terkejut isteriku.

" Abang nak beli buah durian ka. Abang ni tak boleh tengok buah durian. Sudahlah. Buah yang abang beli semalam pun ada lagi ". Aku hanya tertawa melihat kerisauan isteriku. Nasib baik dia tegur. Kalau tidak sudah pasti aku tidak dapat mengawalnya. Aku masih ingat akan kata-kata isteriku bila aku membawa pulang buah durian.

" Abang ni macam pajak pokok durian. Nah kira sudah beratus ringgit abang beli buah durian ". Aku sendiri tidak ingat berapa kos yang telah aku keluarkan untuk membeli buah durian.
" Tak apalah Nah. Rezeki Allah beri. Duit gaji sudah abang asingkan untuk tabung surau, masjid dan perkari lain kalau di perlukan. Insyaallah rezeki ada nanti ". Kata-kata yang membuat isteriku terdiam.

Aku turun dari kereta menuju ke gerai buah-buahan. Kali ini aku tertarik dengan buah ini. Sewaktu kecil jika musim buah aku pasti meminta ibuku membelinya bila ke pekan.
" Mak Diman nak buah jentik-jentik ". Kataku pada ibuku. Betapa gembiranya hatiku bila melihat ibu membawa pulang buah jentik-jentik. Sekali jentik saja terbuka kulitnya. Buahnya yang masam-masam manis amat menyelerakan. Aku menunjuk buah kepada isteriku. Namun dia tidak minat sebab masam katanya. Akhirnya aku juga yang menghabiskannya. Pernah anda merasa buah ini......

Friday, July 22, 2011

Buatlah Novel

Semasa aku menulis artikel ini aku melihat pada digital counter yang telah datang menziarahi blog Warna Nostalgia ialah sebanyak 100278. Entri pertamaku ialah Powernya Lidah Seorang doktor bertarikh 1 June 2008. Bermula dari situ aku mula menulis dan kadang-kadang isteriku Siti Aishah berada di sebelahku sambil tersenyum membaca coretanku. Sehinggalah ia memasuki bulan November isteriku telah berubah sedikit. Kadang-kadang demam dan di selangi dengan batuk. Dia masih mampu lagi mengerjakan agenda jemaah dan surau serta penduduk.

Bila masuk bulan Disember 2008 dimana bulan yang membuatkan aku benar-benar tertekan dan menangis seorang diri. Hanya kepada Allah tempat aku bermunajat memohon keampunan kepadanya agar menyembuh penyakit isteri tercinta. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya. Sebagai hambanya kita hanya mampu berdoa. Semenjak Siti Aishah pergi jejari ini terus mengetuk papan keyboard walaupun dia tiada di sisiku. Aku lakukan ini hanyalah untuk meredakan keteganganku. Hanya blog ini saja tempat aku mencoretkah segala suka dan dukaku.

Alhamdulillah dari suka-suka kini ia telah mencecah begitu ramai pelawat. Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang datang melawat walaupun tidak meninggalkan jejak agar aku dapat kembali menjejaki mereka. Kini blog Warna Nostalgia merupakan sebahagian dari hidupku. Semalam aku mendapat email peribadi dari seorang pembaca yang datangnya dari Singapura. Katanya kenapa aku tak novelkan kisah hidupku. Novel...fikirku. Bagaimana aku nak melangkah kearah itu sedangkan aku bukanlah seorang penulis yang baik. Kadang-kadang bahasaku tunggang langgang walaupun aku begitu berminat hendak menulis tetapi aku tidak tahu hendak bermula dari mana dahulu. Kepada pembaca yang baik hati sudilah kiranya membantu dan memberi idea bagaimana hendak bermula dengan penulisan kearah novel atau cerita yang lain. Terasa kekok pula. Terima kasih kepada pembaca dari Singapura yang memberi cadangan ini. Ia baik sekali.

Thursday, July 21, 2011

Tak Dapat Isi Tak Apa. Janji Dapat Kuahnya

Aku tugas pagi. Selalunya aku keseorangan. Kini ada teman yang di tugaskan bersamaku. Jam 12 tengahari aku ke kuala untuk mencari ikan sembilang. Manalah tahu kalau ada rezeki. Beli disini yang bagusnya ialah fresh dan harganya jauh lebih murah dari pasar. Ketika sampai nelayan sedang memunggah hasil tangkapan.
" Bang hari ini ikan tak banyak. Laut bergelora. Ketam banyak bang ". kata seorang nelayan
Aku memerhati ketam yang dikeluarkan. Bergerak-gerak. Terus ingat pada isteriku yang amat suka dengan ketam.
" Nah mau ketam ka ". Kataku kepada isteri yang mendapat respon yang begiyu pantas sekali.
" Nak nak nak ".
" Sebab ingat dekat Nahlah abang beli ketam ni ". Pandai aku bermain kata-kata.
" Ingat dekat Nah ke abang yang suka sangat dengan ketam ni. Ni kira sambil menyelam minum air la ". Sambil tertawa sempat juga dia perli aku.


" Tak apalah. Ni abang nak beramal walaupun tak makan ". Aku juga tertawa.
Akhirnya rakanku memesan dua beg plastik untuk dibawa pulang ke Bedong Kedah. Aku hanya cukup 1 beg plastik dengan harga sebanyak RM15. Terdapat 10 ekor ketam yang besar. Sebentar kemudian isteriku talipon mengatakan yang dia sudah beli nenas. Katanya nak buat kari ketam malam ni. Ya Allah aku terliur betul mendengar kari ketam.
" Abang nak makan juga ke kari ketam. Abang kata nak beramal saja ". Memang seronok sungguh dia menyakat aku. Aku hanya tertawa sambil memberi pantun 2 kerat
" Abang beli ketam dari pak Dolah "
" Tak dapat 3, dapat satu pun jadilah ".

Katanya aku beri pantun yang merapu dan kemudian dia pula membeli pantun aku
" Semalam abang bawa balik kelapa ".
" Harap-harap abang makan tak jadi apa ".
Aku tertawa mendengar pantun yang merapu darinya juga. Katanya akulah yang mengajarnya jadi suka merapu. Malam ni tak dapat ketam, dapat kuah pun jadilah...Kesian dekat aku.....

Jemput Makan Lepat Pisang

Aku menerima panggilan talipon dari isteriku. Katanya kalau inginkan lepat pisang untuk makan malam dia meminta aku carikan daun pisang dan kelapa parut. Aku tahu dimana hendak kucari apa yang diminta oleh isteriku. Setelah sampai dirumah, aku menyalin pakaian seragam dan terus kerumah ibu mertuaku. Seperti gambar di atas kalau dulu aku kupas kelapa kena menggunakan parang tetapi alhamdulillah tak pernah pun lagi tersilap tempat. Kini dunia sudah maju dan sudah tentu teknologi baru telah dicipta. Begitu senang sekali aku mengupas kulit kelapa. Tidak sampai 2 minit sebiji kelapa telah dikupas.

Aku memberi kelapa kepada kakak ipar untuk di mesin. Kalau dulu aku menggunakan kukur kelapa seperti dalam gambar. Ibuku yang mengajar bagaimana cara menggunakan kukur. Kata ibu kalau mengukur kelapa mulalah dari bahagian depan. Ia menandakan isi hati kita suci bersih. kalau kukur bermula dari dalam dulu maknanya hati kita tidak elok. Begitu prihatin orang dulu. Hasil dari tunjuk ajar ibu, aku telah mendapat tempat pertama dalam acara kukur kelapa terpantas dan cantik baru-baru ini di kampung isteriku. Gembira isteriku Rosnah bila di umum aku sebagai pemenang tempat pertama. Yang sedih ialah aku mendapat sabun mandi sebanyak 3 ketul.....untuk tempat pertama.

Sungguh cepat kakak ipar menyagat kelapa menggunakan mesin. Aku tak pandai sebab tanganku begitu keras. kena ada seninya untuk memusingkan kelapa. Akhirnya aku membawa pulang kerumah. Harap-harap sempat untuk makan malam. Tak sabar rasanya.

Bila semua bahan sudah ada maka isteriku pun mulalah membuat kerjanya. Aku saeperti biasalah dengan laptopku. Selepas maghrib katanya lepat sudah siap untuk dimakan. Masih panas berasap sewaktu dihidangkan. Apalagi aku pun membaca doa,
" Allahumma lakasumtu....... ". Tertawa isteriku bila aku membaca doa berbuka puasa. Kataku nak ambil semangat ramdhan hampir tiba.

Agak lama aku tidak merasa lepat pisang berintikan kelapa parut. Sebanyak 4 ketul aku telah habiskan. Bakinya untuk di sambung esok. Tersenyum isteriku melihat aku makan lepat yang pertama kali dia buat. Aku memberi markah sebanyak 85 % kerana sedap. Nak bagi tinggi-tinggi nanti pembaca kata tak layak pula. Jadi aku letaklah banyak tu. Jemput makan semua...

Tuesday, July 19, 2011

Pisang Pula

Sebelum aku pulang kerumah, aku singgah dulu dirumah ibu mertuaku untuk bertanya khabar. Itulah janjiku pada arwah Siti Aishah andaikata ia telah tiada. Aku masih ingat lagi gurauan isteriku. " Bang kalau Siti tak ada, abang tolong jenguk-jengukkan emak ". Itulah kata-kata yang aku anggap sebagai bahan gurauan 4 bulan sebelum dia benar-benar pergi. Kini aku mengotai janjiku padanya. Begitu gembira setiap kali aku datang. Kadang-kadang untuk melepaskan rindu aku tidur dahulu dirumah ibu mertuaku sebelum pulang kerumah.

" Budiman tolong mak potong pokok pisang yang patah. Semalam angin kuat. Banyak pokok pisang yang patah ". Kata ibu mertuaku sambil menghulurkan golok kepadaku. Terus aku ke kebun pisang yang terletak di belakang rumah. Memang kawasannya kemas dan bersih. Dulu tempat ini merupakan tempat aku dan arwah Siti Aishah berkebun. Kami menanam pokok ubi kayu. Hasilnya tidaklah dijual tetapi digunakan untuk keluarga sahaja. Kini ia di tumbuhi dengan pokok pisang masam sebab buahnya terasa masam sedikit. Melihat kepada buah yang kekuningan mulalah terbayang cucur kodok. Isteriku Rosnah amat menggemari cucur kodok dan pisang ini amat baik sekali untuk cucur kodok.

Aku memotong lalu aku menanggung ke pondok. Memang lama aku tidak menanggung benda berat. Terasa penat pula. Peluh keluar membasahi badanku. Ibu mertuaku hanay tersenyum. Aku memotong sesikat buah yang kuning untuk dibawa pulang. Manakala yang muda aku ambil untuk dibuat kerepek pisang. Selesai menebang pokok pisang aku mendongak pula pokok rambutan. Buahnya sudah masak merah. Dapatlah juga satu beg plastik penuh dengan buah rambutan. Aku berasalaman dengan ibu mertuaku sebab aku nak pulang untuk tidur. Aku baru habis kerja shif malam.

Ibu mertuaku masuk kedalam rumah dan kemudian membawa bungkusan plastik lagi.
" Apadia tu emak " Tanya aku kepada ibu mertuaku
" Buah durian dengan lempuk ". Kata ibu mertua sambil menghulurkan bungkusan kepadaku. Aku pening dimana aku nak letakkan semua pemberian ibu mertuaku. Akhirnya aku terpaksa menyakut yang selebuhnya di handle motor

" Mak. Macam apek jual ikan saja nampak ni ". Aku berkata kepada ibu mertuaku dan di ikuti dengan gelak ketawa darinya. Aku yang keletihan dan mengantuk terus masuk kedalam bilik bila sampai di rumahku. Entah macam mana boleh bermimpi yang pisang tadi isteriku buat lepat dicampur dengan kelapa parut didalamnya. Aku terjaga dan dapati isteriku sudah pulang dari berniaga. Dia juga berangan agar pisang itu di buat lepat. Alhamdulillah.....

Sudah Tahu Makan Juga

Selepas solat maghrib, aku mengajak isteriku kerumah ibuku. Lama juga tak kesana akibat sibuk. Namun aku masih lagi menalipon ibuku setiap hari andaikata sibuk dengan pekerjaan.
" Kenapa bahu Diman nampak senget sebelah ". Tegur ibuku
" Makan pulut durian la mak ". Cepat sungguh isteriku menjawab
" Sudah tahu badan tu tak elok kenapa makan juga ". Kata lagi ibuku
" Dah teringin sangat mak. Itu pun makan sikit saja " Aku memberi nas yang kuat.
" Mai sini mak nak picit ". Itu yang aku nak dengar sangat. Memang bila emak menyentuh badan aku, terasa begitu nikmat sekali walaupun jejari emak tidak kuat. Tapi itulah keberkatan seorang ibu. Emak memicit sambil menghembus ke badanku. Tersenyum isteriku melihat keasyikan aku.
" Macam mana. Sakit lagi ke bahu tu ". Tanya emak
" Alhamdulillah. Kurang sikit emak. Terima kasih ".

Setelah berada dirumah ibuku hampir satu jam setengah, aku mengajak isteriku pulang sebab akan bertugas malam.
" Mai la pula no rumah emak ". Kata ibuku
" Insyaallah ada ruang kami sampai pula ". Kataku kepada ibu agar dia berasa gembira dengan kehadiran anak-anak.

Sebelum berangkat, kakakku menghulurkan buah cempedak kepada kami. Wangi sungguh baunya.
" Ini ubat angin la ni ". Aku berkata kepada isteriku.
" Abang jangan makan la. Bahu tu masih lagi sakit ". Kata isteriku sewaktu berada di dalam kereta. Aku hanya mengiakan saja walaupun di dalam hatiku meronta-ronta suka sangat dengan buah cempedak. Semasa aku remaja, kerap juga aku ke dusun Tok Su iaitu emak saudara kepada ibuku. Disitulah aku belajar bagaimana membuat sarung buah cempedak dari daun kelapa. Aku juga yang menyarung buah cempedak. Bila masak akulah yang merobek buah cempedak yang busuk sedikit mencari butir-butir yang masih elok untuk dimakan mentah. Memang lazat.

Keesokkan harinya bau buah cempedak semakin wangi membuatkan aku lebih teruja. Isteriku memotong lalu menggoreng. Aku yang sedang bermain laptop pun tak senang duduk. Tiba-tiba terdengar isteriku menjerit.
" Ya Allah bang ". Bingkas aku bangun dan terus ke dapur untuk kepastian
" Abang...Nah goreng buah cempedak tersilap guna tepung pulut dan bukannya tepung beras ". Kata isteriku. Aku hanya tertawa sambil mengambil sebiji dan merasa.
" Ok juga rasa dia. Tak lah liat sangat ".
" Pandai abang buat taktik nak rasa. Jaga sama tu bahu ". Kata isteriku untuk mengingatkan aku
" Astaghfirullah hal azim. Abang terlupa ". Tertawa isteriku. Aku cukup pandai ambil kesempatan. Namun hanya sebiji itulah yang aku makan. Tak berani...

Monday, July 18, 2011

Awak Yang Kena Control

Jam 8 pagi aku sudah berada di hospital untuk membuat checkup tahap kesihatanku. Aku lebih senang begini. Setiap 3 bulan aku akan ke hospital. Hospital masih lagi lengang. Orang ramai belum ada yang datang lagi. Aku merupakan orang yang pertamamendaftar. Setelah mengisi borang aku terus ke klinik. Jururawat memberi borang untuk mengambil darah. Terpapar di borang urid acid, glucose dan creatinine iaitu untuk buah pinggang. Di lab mengambil darah aku juga merupakan orang pertama. Petugas lab tersenyum melihat aku. Kata salah seorang dari mereka susah berjumpa orang melayu yang datang awal. Betapa bangganya aku.

Setelah mengambil darah,aku terpaksa menunggu sejam untuk mendapat result. Jadi aku terus ke gerai isteriku. Aku hanya makan roti bakar saja. Apa pula keputusan kali. Masa begitu cepat berlalu. Aku berada di gerai isteriku selama satu jam setengah. Aku terus menuju ke keretaku

" Bang..Nah berdoa agar result abang ok ". Tersenyum isteriku dan aku juga membalasnya senyumannya dengan ucapan terima kasih di atas doa tersebut. Setelah beberapa minit duduk diatas kerusi jururawat memanggil nama aku dengan kuat.

" Ariff Budiman sila masuk ". Terasa kekok bila ramai patient dari Indonesia asyik memerhati aku. Handsome ke aku ni. Datang pula perasaan syok sendiri.

" Well Ariff. Your result nampak kurang baik ". Tersenyum doktor tapi aku yang masam mencuka. Apa pula kali ini.

" Your glucose normal. Your creatinine baik walaupun ada cedera sedikit. You kena banyak minum air putih. Your urid acid naik sedikit. Mesti you ada makan makanan laut ". Tanya doktor. Aku hanya terdiam sambil berfikir apa makanan yang aku hentam sampai naik kembali urid acid aku.

" Yang paling tak baik ialah. You are putting your weight Ariff ". Nampak muka doktor serius
sedikit. Aku hanya terdiam macam tak percaya.

" Doktor about my urid acid. Boleh ke saya tambah dos ubat ". Eksyennya aku. Nak tambah ubat. Orang lain kalau boleh nak kurangkan.

" No no no. Tak boleh tambah ubat. You makan ubat tetap yang sama cuma you kena kurangkan makan. Sebab banyak makanlah your urid acid naik ". Tersenyum doktor memberi penerangan kepadaku. Nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya aku sudah tahu yang aku perlu diet semula.

Aku ke gerai isteriku semula. Muka aku masam saja. Dari jauh isteri sudah mengagak yang result aku tak berapa elok.
" Macam mana result abang. Ok ke ". Tanya isteriku .
" Tak. Berat abang naik. Doktor suruh diet ". Tertawa isteriku.
" Betullah tu bang. Abang tengok perut abang sudah membesar sedikit ". Betullah kata isteriku. Ini yang aku panic sikit bila melihat perut dah maju kedepan sedikit.

" Abang cuba lihat perut Nah pun mulai naik sedikit ". Kata isteriku
" Perut Nah naik sebab lain kut. Ada benda tu ". Sempat juga aku menyakatnya.
" Jangan buat pasal bang " Kata isteriku sambil tersenyum simpul
" Kalau Allah nak bagi kita terima sajalah dengan kesyukuran ". Tiba-tiba topik bertukar
" Nanti bila bawa anak, orang akan tanya..itu cucu ke ". Katanya sambil tertawa. Aku juga turut tertawa. Sebelum melarat jauh aku berhenti topik ini.
" So...Nah. Kita nak makan apa ". Aku bertanya isteriku. Isteriku terus keluar ke gerai hujung dan membawa pulang makanan tengahari kami.
" Ini dia makan tengahari kita ". Sambil menghulur kepadaku 2 buku roti. Aku mengambil tanpa tersenyum. Ingatkan dia beli pasembur di gerai sebelah....Nak makan sedap lagi...

Sunday, July 17, 2011

Ahad Yang Penuh Makna

Ahad 17 Julai 2011 - Telah seminggu aku set tarikh ini untuk memancing bersama isteriku. Dia cukup gembira dan tidak sabar menanti saat ini. Tiba saatnya, jam 7 pagi lagi aku ke pasar mencari sotong untuk dibuat umpan. Isteriku dirumah pula menjerang air untuk dibawa bersama. Kemudian aku ke kedai untuk membeli nasi kandar. Nak makan di atas batu.
" Mamak...kuah banjir sikit ". Isteriku memang suka nasi kandar kuah banjir. Katanya puas makan. Kadang-kadang aku juga terikut-ikut dengan trend ini.

Bila pulang kerumah isteriku sudah siap dengan pakaian.
" Baju abang yang dok sangkut tu ". Sambil menunjuk kearah penyangkut baju. Tertawa aku sebab dia memilih baju yang sedondong iaitu t shirt yang sama warnanya. Tak apalah janji dia seronok aku tumpang gembira. Jam 10 pagi bersemangat kami keluar menaiki kereta menuju ke tempat yang sudah hampir 2 tahun aku tidak menjejaknya. Banyak nostalgia aku bersama arwah Siti Aishah di sini. Semasa dalam perjalanan kesana kami berborak dan bergurau andaikata mendapat ikan.

" Kalau dapat ikan kita buat kari saja malam ini ". Isteriku tertawa mendengar angan-anganku. Bila sampai kelihatan sudah ada beberapa orang sedang memancing. Ada juga keluarga yang membawa anak-anak untuk mandi laut bersebelah tempat memancing. Kelihatan air sedang pasang besar.

" Masyaallah Nah air pasang. Cepat-cepat kita ambil tempat ". Aku terus membuka bonet keretaku.

" Nah tak ada rod dalam kereta ". Aku berkata kepada isteriku. Aku terus menalipon anakku yang berada di Politeknik untuk bertanyakan rod.

" Rod adik tinggal di rumah tok ". Geramnya aku mendengar selamba dia menjawab.

" Pasai apa abang tak check semalam ". Tergaru-garu kepala aku memikirkan kesilapan dari aku sendiri yang begitu yakin semuanya berada di dalam bonet kereta.

" Jom kita balik la. Abang tak ada mood nak memancing ". Sugul isteriku bila aku bertindak demikian. Sepanjang perjalanan pulang mulut aku asyik membebel geram dengan sikap aku juga. Diam saja isteriku. Akhirnya sampai kami dirumah. Setelah isteriku masuk kedalam rumah, aku terus kerumah ibu mertuaku mengambil rod. Terasa kesian pula dengan isteri. Dah buat macam-macam akhirnya aku batal atas sebab kesalahanku sendiri.

" Nah nak pergi memancing juga ke ". Tanya aku dan mendapat reaksi positif dari isteriku. Jam 11 pagi kami sekali lagi ke pantai. Kelihatan air sedang pasang besar. Aku pun mula memasang umpan sambil isteriku menyuap kerepek pisang dalam mulut aku. Kadang-kadang aku menyuruh isteriku memegang rod. Biar dia dapat rasa bagaimana ikan merentap kail.

" Bang...bang dapat ikan ". Kelam kabut isteriku memberi rod kepadaku. Bila aku tarik tali umapan masih lagi ada. Tersenyum aku. Mungkin tali yang di pukul ombak besar disangkanya ikan merentap umpanku. Nampak dia enjoy juga. Seronok rasanya kami dapat berbual bersama. Macam-macam cerita dari isteriku. Penuh dengan gelak ketawa kami.

Tujuan aku kesini pun bukanlah untuk mendapat ikan semata-mata. Aku perlukan merehatkan mindaku juga. Mengail ikan hanyalah sebagai sebab musabab saja. Sudah berapa kali aku menukar umpan. Isteriku ditugaskan memotong sotong. Sekali sekala ombak memukul kuat akan batu. Melihat ombak yang memukul pantai, ia seperti kehidupan berumahtangga. Kekadang damai dan tenang. Kekadang bergelora. Ada juga kadang-kadang badai dan taufan. Kadang-kadang pasang dan ada surutnya. Begitu juga hidup berumahtangga. Ia tidak boleh lari dari menghadapi dugaan. Kitalah yang harus pandai mengemudi tatkala bergelora.

Begitu lama aku berkhayal, tiba-tiba terasa umpanku disambar. Cepat-cepat aku memusing rod dan akhirnya dapatlah seekor ikan gelama. Isteriku cukup gembira sebab katanya inilah kali pertama dia mengail ikan. Terus dia mengambil beg plastik. Mak datuk. Besarnya beg plastik yang dibawa. Semakin lama ombak semakin kuat memukul batu. Basah juga baju kami dek terkena air yang melantun. Jam pukul 12 tengahari. Perutku sudah berbunyi.

" Nah jom kita makan di atas batu sana ". Aku mengajak isteriku makan bersama. Subhanallah sungguh nikmat kami menjamu selera diatas batu. Air nescafe panas begitu enak sekali. Sambil makan lebih seronok kami berborak. Inilah masanya kami berbual. Bukan senang sebab kadang-kadang masing-masing sibuk dengan tugasan.

Selesai makan, aku mengajak isteriku pulang. Cukup saja nikmat yang kami dapat hari ini. Minda kami alhamdulillah tenang. Aku mengucapkan terima kasih kepada isteriku kerana sudi menemaniku. Insyaallah lain kali katanya dia nak memancing sama....Seekor ikan yang dibawa pulang akan digoreng olehnya. kemudian kami anak beranak akan merasa seorang sedikit. kata isteriku. Nak ambil berkat...

Saturday, July 16, 2011

Sedap Wei....


Jam 11 pagi sebelum aku solat Jumaat, masih sempat aku keluar jalan-jalan sekitar pekan. Ternampak rakanku yang menjual buah durian. Aku hendak membeli sebiji 2 buah durian untuk dibuat kuah durian. Tapi diberinya aku sebakul. Buahnya bukan tak elok cuma ada yang telah di tebuk tupai dan ada yang pecah akibat terjatuh diatas batu. Aku bawa pulang kerumah.

" La bang..buat apa banyak sangat buah ni ". Terkejut isteriku melihat begitu banyak buah.

" Abang nak beli sebiji dua saja untuk buat kuah durian tapi kawan abang bagi sebakul. Nak buat macam mana ". kataku kepada isteri. Akhirnya isteriku membuat seperiuk kuah durian lalu di masukkan ke beberapa buah tuppaware.

" Yang ini abang bagi dekat kawan abang ". kataku isteriku sambil membungkus dalam beg plastik. Aku diam membisu memerhati isteriku.

" Kenapa abang diam saja ". Tanya isteriku kehairanan

" Nah tau tak yang Allah telah berikan kepada abang 2 orang isteri yang mulia pekertinya ".

Bertambah kehairanan isteriku dengan kata-kataku.

" Dulu masa arwah Aishah ada, dia juga macam Nah. Kalau buat kuah durian sudah pasti kawan abang dapat merasa. Sebab tulah abang kata yang abang ini amat bertuah mendapat 2 isteri yang baik akhlaknya ". Isteriku hanya tersenyum mendapat pujian dariku.

" Baru-baru ni ketika dalam kereta ada ceramah agama ". Cerita isteriku

" Ustaz tu kata. Mana-mana isteri yang kematian suami, Allah akan menggantikannya seorang suami yang lebih baik dari sebelum dengan syaratnya kita tidak pernah lupa akan Allah ". Sambung isteriku lagi bercerita sambil mengalir airmatanya. Lembut sungguh jiwanya.

" Kira Nah ini amat beruntunglah mendapat suami seperti abang ". Puji pula isteriku. Aku hanya tersengih mendapat pujian darinya. Layakkah aku di puji begitu. Malu pula rasanya. Cepat-cepat aku mengubah topik yang lain.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, aku singgah di gerai mencari roti cream crakers. Hajat di hati hendak cicah roti dengan kuah durian. inilah makanan kesukaanku sewaktu di bangku rendah lagi. Tertawa isteriku dengan stail aku makan. Dia pun hairan adakah sedap roti ini dimakan bersama kuah durian. Sedap pembaca sekelian. tak percaya cubalah.

Sebelum roti ini dimasukkan kedalam mulut, aku snap dulu gambarnya. Seperti biasa aku forward kepada isteriku. Sejam kemudian aku mendapat berita darinya yang dia sudah beli roti ini. Katanya memang sedap sekali. Selamat menjamu selera

Friday, July 15, 2011

Tiba-Tiba Ia Berada Di Belakang

Aku di tugaskan di suatu tempat yang paling aku tidak seronok. Tempat ini suatu ketika dahulu ialah gereja. Akhirnya kini ia telah menjad stesen elektrik. Pernah dulu ketika melalui kawasan ini untuk ke tandas ada seseorang memanggil namaku, " Ariff...Ariff.. ". Meremang bulu roma aku ketika itu dan akhirnya terpaksa melupakan hajatku. Kini aku sudah berada di sini lagi. Sebelum kesini aku singgah di pasar malam. Aku beli satay 10 cucuk dan mee goreng. Memang nikmat kalau dimakan ketika lapar. Namun aku makan seorang diri dan tiada peneman.

Jam 3 pagi mulalah perut memulas. Kalau boleh aku nak mengelak dari masuk kedalam sebab aku sudah tahu tempat ini. Namun tuntutan perutku tidak mengizinkan aku berfikir terus. Aku terus melangkah masuk kedalam. Ketika baru saja menuruni anak tangga turun ketandas, aku terdengar bunyi tapak kaki dibelakang. " Tap..tap tap ". Aku mengaleh kebelakang menanti saat munculnya makhluk ini. Aku tahu benar ini bukan manusia tapi makhluk. Tepat sangkaanku. Muncul seorang lelaki berpakaian baju kot hitam menuruni anak tangga. Dia langsung tidak memperdulikan aku. Terus dia ketempat pembuangan urin dan kemudian terus hilang.

Cepat-cepat aku buat kerja aku dahulu. Takut pula nanti dia tumpang sekaki tempat duduk. Bila aku berjalan keluar aku terdengar tapak kaki berjalan mengikut aku. " Tap..tap..tap ". Tak boleh jadi ni. langkah aku semakin cepat. Aku lebih terkejut dan melompat keluar bila kucing terkejut melihat aku lalu mengiau dengan kuat. " Mioew....... ". Suaranya pun seperti nampak sesuatu. Jatuh terduduk aku diatas batu sambil mengurut lutuku yang sakit. Mungkin kucing tersebut juga nampak sesuatu. yang seronok juga kucing tersebut pun tidur sebelah aku. Laa....dua-dua takut. He he.... Aku nak balik rumah. badan sudah letih.

Bukalah Pintu Ini

Bukalah pintu hatimu atau pintu lain. Semoga pembaca berada di dalam keadaan sihat. letih sudah bekerja 24 jam. Mahu tidur dulu sebelum waktu solat Jumaat. Layan saja.....

video

Thursday, July 14, 2011

Bila Terlalu Teringin

Sudah beberapa hari perasaan teringin hendak makan pasembur menyerang diriku. Ini juga makanan kegemaranku kalau aku jemu dengan nasi. Semasa arwah Siti Aishah ada kerap juga aku merasa sebab dia memang pandai buat walaupun dia bukanlah seorang chef tapi sudah cukup air tangan isteri yang buat. Kini sejak dia sudah tiada aku tidak lagi merasai walaupun aku tahu banyak tempat ada dijual pasembur. Ketika aku pulang dari kerja, isteriku perasan yang aku nampak murung.

" Pasai abang nampak murung saja. Tak mahu senyum ". Kata isteriku. Terkejut juga sampai begitu sekali tahap murungnya aku akibat teringin nak makan pasembur.

" Abang teringin nak makan pasembur. Tak taulah kenapa tiba-tiba saja perasaan teringin tu tak dapat abang kawal lagi. Macam orang mengandung abang ni atau abang nak mati ni ". Seloroh aku. namun isteriku mengambil serius perkataan mati.

" Abang jangan bergurau bab mati ni ". Bercahaya air matanya. La dia nak menangis pula.
" Ok Sorry-sorry. Abang tak mati lagi ". Tersenyum aku menjawab

" lepas maghrib ni kita ke Padang Kota. Kita makan pasembur ". Kata isteriku. Namun aku menolak sebab Padang Kota memang mahal makanannya. Silap haribulan kena sembelih.

" Tak apalah Nah. Esok abang tugas di bandar dan abang akan cari pasembur ". kataku yang membuat isteriku tersenyum. Ya lah siapa yang tak risau dengan tiba-tiba saja teringin yang amat nak makan pasembur. Kemudian sebut pula nak mati. Isteri mana yang tak risau beb.

Semalam aku bertugas di bandar dan sebelum maghrib aku keluar mencari pasembur dan alhamdulillah aku jumpa. Sebelum makan aku snap gambar lalu forward dekat isteri.

" Sedap la bang nampak pasembur tu. Ada lagi tak. Nah nak satu ". Ha ha dia pun tumpang teringin. Akhirnya aku keluar kembali dan beli sebungkus untuk isteriku. Lega rasanya mendapat pasembur idaman. Isteri berjanji akan buat pasembur bila aku berada di rumah. Tapi ayat yang dia beri memang power.

" Nah tak pandai sangat macam Aishah ". Aku balas kembali. " Tak apa. Nah masak pun abang makan sebab sedap..... ". Meleret senyumnya. kena pujuklah......dia no

Wednesday, July 13, 2011

Suka Sangat. Terimalah

Pernah suatu ketika isteriku mengadu yang enjin depan keretanya berbunyi kuat. Aku hidupkan keretanya dan ternyata penyambung ekzos sudah pecah. Bunyinya macam kereta trak. Belakang rumahku ada sebuah bengkel membaiki air con dan ekzos. Aku dan isteri kesana sebelum ketempat lain. Rupa-rupanya tauke cina yang buka bengkel membaiki ekzos adalah rakan sparing badminton masa aku remaja dulu. Dia masih lagi mengenaliku. Sambil memeteri ekzos kereta isteriku, tauke cina ini suka menjelirkan lidahnya bila melihat aku. Sebiji macam anjing yang dahagakan air. Akhirnya dia cuma mengambil sebanyak RM5. Sambil mengambil duit dari aku lidahnya asyik menjelir.

" Kenapa cina tu suka jelir lidah bila tengok abang. Geli lah Nah". Kata isteriku
" Mungkin dia dapat penyakit macam tu kut. Kita sangka baik lah ". Aku berkata kepada isteriku. Baru-bari ini isteriku merungut lagi yang ekzos keretanya dibelakang pula berbunyi. Pulak dah. Aku bawa keretanya dan bila berhenti di lampu trafik memang sah kuat bunyinya.
" Trrrrrr tang-tang ". Apa pula kali ini. Aku menyuruh dia menggunakan kereta aku ke gerai tapi katanya nanti keretaku berbau macam-macam. Jadi terpaksalah aku kegerainya terlebih dahulu.


Jam 9.30 pagi bengkel membaiki ekzos telah buka. Cepat-cepat aku kegerai isteriku untuk mengambil kereta. Nanti kalau lewat banyak pula kereta beratur. Bila aku sampai masih tiada kereta jadi aku terus masuk ketempat baiki. Setelah menunggu ekzos sejuk tauke cina datang ke arah aku. " Lu boleh tolong galu wa punya belakang. Gatal la ". Kata tauke cina kepadaku. Aku mengambil ranting kayu lalu lalu aku tonyoh belakang cina tersebut. Melompat sakit tauke cina tersebut. Aku cuma ketawa kecil sahaja. Tak gamak aku nak garu belakangnya yang berpeluh. Banyak soi lo....kalau wa galu sama lia.

Diangkatnya kereta isteriku menggunakan mesin. Setelah meneliti akhirnya yang membuat bunyi bising ialah kerana besi yang terjuntai terkena ekzos bila bergoyang. Tauke cina pateri untuk membuang besi yang tidak digunakan. Setelah menurunkan kereta isteriku, aku bertanya berapa bayarannya. " Tak payah bayar la. Wa suka sama lu. Wa mau lu ". Katanya padaku. Aku hanya tertawa ingatkan dia bergurau. Lagi pun dia merupakan kawanku ketika bermain badminton suatu ketika dahulu. " Tauke lu punya badan best la. Wa suka sama lu ". Tauke cina tersebut menghampiri. Di tonggengnya punggung kearah aku. Aku sudah naik angin. Nyaris aku menendang punggungnya. Kalau itu terjadi alamat makan pasirlah tauke cina tersebut.

Aku tidak memperdulikannya. Ketika aku nak masuk kedalam kereta, tiba-tiba tauke cina memeluk dan meraba punggung aku. Apa lagi aku tangkap dan kilas tangannya kebelakang lalu aku hentak kepalanya di atas kereta isteriku. Satu tumbukan hinggap ke hidungnya. Darah mulai keluar. Menjerit tauke cina tersebut. Mungkin dia terkejut dengan tindakan aku. Pekerjanya meluru kearah aku. " Lu ingat wa homoseks ka. Sama lu punya pekerja lu boleh main. Ini macam lu layan sama customer. Kalau lu mau main lu pergi main itu lembu ". Sambil aku menunjuk lembu yang sedang meragut rumput. Terdiam pekerjanya. Mungkin mereka juga tahu amalan tauke mereka. Sebab itu mereka tidak berani masuk campur.Aku cerita insiden yang aku alami kepada isteriku. Terkejut isteriku mendengar aku telah menumbuk tauke tersebut. " Abang jangan hantar lagi kedai tu. Eeee geli lah Nah dengar ". Kata isteriku.


PLKN Pendapat Aku

Sudah berapa orang rakan-rakan yang bertanya aku mengenai PLKN sebab nama anak-anak mereka telah di calunkan. Simple jawapanku. Pergilah. Inilah peluang anak-anak kita berdikarai dan akhirnya mempunyai semangat jitu untuk berdikari. Aku bukanlah seorang pakar kaunseling. Apa yang aku sarankan hasil dari pengalaman anak aku sendiri yang namanya telah di senaraikan sebagai peserta PLKN bertempat di kem Tasoh Perlis. Ia berdekatan dengan Padang Besar. Bila melihat namanya telah dcalunkan di kem Tasoh Perlis anak gadisku menjadi tertekan. Ramai yang didengarinya yang mengatakan PLKN memang teruk. Jiran-jiran ada yang terlalu suka bila anak-anak mereka tidak disenaraikan. Menangis anak gadisku mengenangkan nasib malang namanya tersenarai. Emaknya juga tertekan melihat akan reaksi anak gadisnya.
" Bang macam mana anak kita bang. Asyik menangis saja ". Kata arwah Siti Aishah
" Nak buat macam mana. Kita tawakkal sudah. Allah ada. Lagi pun dia di Malaysia ". kataku menenangkan isteriku padahal aku juga seperti mereka. Aku lantas mencari rakan-rakan untuk meminta pendapat.
" PLKN memang tak guna. Kerajaan patut hapuskan saja PLKN ". Kata kawanku. Aku terus mencari rakan yang lain untuk mencari jawapan positif tentang PLKN.
" Kalau anak aku dapat, aku tak bagi dia pergi. Menyusahkan rakyat ". kata seorang lagi rakanku. Akhirnya aku mengalah untuk terus bertanya.

Aku melihat anak gadisku bertambah murung. Makan tak mahu dan asyik termenung. Si ibu juga menangis melihat anak gadisnya begitu. Selepas solat maghrib aku memanggil anak gadisku dan arwah isteriku.
" Kakak jangan risau dengan PLKN. Tak ada apa yang menakutkan. Kakak sudah di asuh oleh ayah dan emak dengan ilmu dunia dan akhirat. Kita sudah masuk hutan mengikuti program JIM. Inilah masanya kakak praktik apa yang telah di ajarkan. Kita ambil yang positif. Buangkan saja perkara negatif yang kita dengar " Terdiam anak gadisku mendengar nasihat ayahnya sambil mengesat airmatanya yang jatuh berguguran.

" Kem Tasoh Perlis tidaklah jauh. Insyaallah setiap minggu ayah dan emak akan kesana ".
" Sebenarnya kakak... semua ini adalah perancangan Allah. Mungkin Allah telah memilih kakak untuk meneruskan apa yang kakak lakukan. Ni kira Allah nak uji apa yang kakak sudah belajar dari program yang kakak masuk ". Alhamdulilah aku melihat anak gadisku semakin dapat menerima kenyataan ini. Arwah isteriku pun sudah mula tersenyum bila melihat anak gadisnya sudah mahu menjamah nasi. Kadang-kadang mendengar anak gadisnya menyanyi sedirian. Perbualan anak gadisku dengan rakan-rakannya yang turut tersenarai nama mereka menampakkan perubahan yang amat ketara. Dia pula yang memberi nasihat kepada rakan-rakannya. Tersenyum ibunya mendengar perbualan anak gadisnya.

Tiba masanya kami ke stadium Pisa untuk menghantar anak gadis kami. Seorang pegawai wanita kebetulan berada dekat dengan kami berkata
" Encik tak perlu risau. Kami akan layan mereka seperti anak kami sendiri ". Kata pegawai tersebut. Akhirnya bas express berjalan meninggalkan Pulau Pinang menuju Perlis. Isteriku menangis sebab itulah kali pertama ia berpisah dengan anaknya. Aku juga turut terkesan bila melihat air mata isteriku. Sudah empat hari anak gadisku disana. Namun tiada berita yang diterima. Bertambah risau isteriku. Akhirnya isteriku mendapat panggilan dari anak gadisku. Katanya PLKN memang best. Dia telah mendapat ramai kawan.
" Ayah..PLKN best la. Kalau kakak tau macam ni. Dah lama kakak apply. Hari minggu ni parent boleh datang melawat. Ayah dan emak nak datang ka ". Tanya anak gadisku dan bertambah gembira anak gadisku bila aku berkata yang ayah dan emak akan datang.

Sebelum subuh aku dan isteriku bertolak ke Perlis. Betapa gembiranya kami dapat berjumpa dengan anak-anak. Sampainya disana kami melihat lautan biru dengan pakaian pelatih. Mereka kelihatan cukup gembira. Setelah berada di sana sehari suntuk kami berangkat pulang dengan seribu rasa bersyukur. Perasaan risau sebelum ini telah hilang bila melihat sendiri keadaan tempat dan fizikal anak kami. Akhirnya hampir genap 3 bulan anak gadisku di Kem Tasoh. Ibu bapa sekali lagi di jemput untuk majlis anugerah pelajar. Bila sampai di sana, kami di sambut oleh pelatih PLKN dengan begitu mesra sekali lalu dibawa ke ke bangku yang telah disediakan. Betapa bangganya aku melihat anak gadisku bertarung dengan partnernya tanpa senjata walaupun terdapat kesan cedera di dagunya. Dia juga mendapat second dalam acara menembak dengan senjata M16. Betapa seronoknya anak gadisku dapat memegang rifle M16 ketika itu.

Kini semua itu telah menjadi sejarah kepada kami semua. Namun hasil dari PLKN, anak gadisku telah menjadi seoarang yang mempunyai hati yang cekal dan jitu. Dia dapat mengharungi dugaan yang telah menimpa keluarga kami walaupun berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikulnya. Anak gadisku kini tidak lagi menoleh kebelakang. Dia melangkah terus menempuh arus dugaan yang pasti akan datang pada bila-bila masa sahaja. Kepada pembaca dimana anak-anak telah dcalunkan sebagai peserta PLKN. Jangan risau. Izinkan dengan doa dan berilah kata-kata semangat kepada anak. Kepada ayah. Jangan kita menjadi seorang yang terlalu penyabar sehingga mendiamkan diri kita bila anak dan isteri kita memerlukan kita. Duduk dan berbincanglah untuk mengatasi masalah keluarga. Selamat maju jaya kepada adik-adik yang tersenarai sebagai pelatih PLKN. Tahniah dari Pakcik Warna Nostalgia. Anda telah terpilih. Jadi grab it.......


Monday, July 11, 2011

Boleh Naik Ke

Isteriku pagi-pagi lagi sudah beritahu yang dia akan buat laksa untuk makan tengahari. Hari Ahad merupakan hari yang dia boleh kedapur sepenuhnya. Jadi katanya nak buat special sikit memandangkan aku berada di rumah. Laksa merupakan favourite aku juga tapi ada batasannya. Kalau aku makan terlalu kerap alamat rasa sengal-sengallah lutut aku. Memandangkan hari ini aku rasa fresh sekali so semangkuk laksa habis juga aku kerjakan. Sambil aku mengambil laksa didalam mangkuk, sempat juga isteriku berdoa, " Ya Allah bagilah abang sihat selepas makan laksa ". Tertawa aku dengan doanya. Sama seperti Siti Aishah bila aku makan makanan yang akan membuat kaki aku sakit. Beginilah juga bentuk doanya. Mengapa watak mereka mempunyai kesamaan. Allah saja yang maha mengetahui. Ingat hari raya ni nak buat laksa. Kuih biskut rata-rata orang sudah jemu. Siapa nak datang rumah aku...

Selepas solat zohor, aku mengajak isteriku kerumah ibu mertuaku. Aku nak memetik buah rambutan dan dia belum pernah lagi melihat cara-cara memetik buah rambutan menggunakan pengacip. Cukup gembira dia bila diajak. Bukan senang dia dapat berjalan-jalan dengan aku. Jadi memandangkan hari ini kami ada jadi nak bagi happening la sikit kan. Aku terus memanjat pokok rambutan. Inilah pertama kalinya aku memanjat pokok semenjak Siti Aishah meninggal. Selalunya kami bedualah yang memetik buah. Aku berada diatas pokok lalu arwah Siti Aishah mengutip dibawah. Kadang-kadang aku terdengar suara teriakannya akibat buah rambutan terjatuh diatas kepalanya. Aku hanya tersenyum saja time itu.

" Abang boleh panjat pokok ke ni ". Tanya isteriku Rosnah
" See leg la ". Kata aku secara berseloroh. Tersenyum isteriku.
" Dulu abang naik sampai kehujung pokok. Tak ada masalah pun " Kataku dengan penuh bangga
" Dulu umur abang berapa ". Tanya isteriku
" 20 lebih ". Kata aku sambil tersengih kena perli.
" Hah tau pun. Sekarang sudah 40 lebih umur abang. Jadi hati-hatilah. Lutut tu bukannya kuat sangat ". Kata isteriku yang membuatkan aku terdiam.

Masa umur aku 20 lebih anak saudaraku masih kecil-kecil lagi. Kini banyak yang sudah berkahwin dan telah mempunyai anak. Maknanya aku sudah ada cucu saudaralah. Cepat sungguh masa berlalu. Sebab itu cerdik pandai berkata Masa Yang Berlalu Adalah Sejarah. Bila berada lama di atas pokok maka terasa sengal-sengallah lutut aku. Isteriku melihat aku mengurut-ngurut lutut aku.
" Kenapa bang. Tak percaya ke. Turunlah ". Kata isteriku. Jadilah dapat banyak juga buah rambutan. Tak payah beli. Aku lihat isteriku sudah berapa biji makan buah. Nampak dia begitu happy sekali. Aku pun tumpang happy juga lah.

Habis memetik buah isteriku menyapu halaman rumah membersih daun-daun yang bertaburan. Katanya seronok suasana di rumah ibu mertuaku. Bila melihat isteriku duduk bersebelahan ibu mertuaku diatas pondok kecil, terbayang aku dengan Siti Aishah. Sebelum kami berangkat ke Kelantan untuk berubat, isteriku meminta izin untuk duduk di pondok sebab ustaz yang mengubat dia berpesan agar jangan keluar dari kawasan rumah. Namun aku merasa kasihan dengan pujuk rayu isteriku. Jadi kami duduk agak lama dan ia penuh dengan gelak ketawa isteriku. Akulah orang yang paling gembira bila melihat akan perkembangan isteriku yang semakin pulih ketika itu. Bila azan asar berkumandang aku mengajaknya masuk kembali kedalam rumah. Itulah kali terakhir kami duduk di situ. Pondok itu masih teguh berdiri meninggalkan memori indah.

Sambil isteriku berbual dengan ibu mertuaku, aku pula memetik buah setoi. Cadangan aku nak buat jeruk. Sedap juga jeruk buah ini. Kadang-kadang aku kupas kulitnya lalu aku potong dan di campur kedalam sambal belacan yang dimasukkan kicap dan gula. Terangkat beb. Dalam perjalanan pulang aku mengajaknya merayau dipekan untuk mencari buah durian. Rezeki tak ada sebab rakanku tidak berniaga hari ini. Aku mengajaknya pula untuk makan cendul namun masih tidak ada rezeki sebab tidak berniaga. Bila pulang katanya amat berpuas hati berjalan. Alhamdulillah aku juga begitu...

Friday, July 08, 2011

Makan TengahariKU

Aku tugas malam. Sebelum pulang kerumah aku singgah dulu di gerai isteriku. kalau aku tak singgah sudah pasti dia akan menalipon aku. Bila pelanggan tak ramai sempatlah dia buat air untuk aku. " Abang nak makan apa tengahari ni. Nah nak beli ". Tanya isteriku.
" Tak payah beli lah. Abang masak. Bukannya susah pun ". Berubah muka isteriku bila aku kata nak masak. Memang dia tidak suka aku masak sebab malu katanya. Selalunya isterilah yang masak. Ini suami pula masak untuk isteri. Itu katanya. Sudah berkali-kali aku katakan padanya yang hidup berumah tangga kena ada sifat tolong menolong. Barulah ada keberkatannya.
" Abang tak rasa yang maruah abang jatuh bila ke dapur ". Tersenyum isteriku mendengar akan kata-kataku. " Bertuahlah Nah kahwin dengan abang ". Pujian yang membuatkan hidung aku kembang sekembangnya.

Hari ini aku beritahunya yang aku nak masak 3 jenis. Sambal tumis ikan kurau, goreng kacang buncis dan cincaluk. Geleng kepalanya dengan gelagat aku. Aku minta diri untuk pulang masak dan sempatlah aku baring sekejap sebelum solat Jumaat. Namun itulah aku. kalau tak singgah di gerai buah durian tak sahlah jawabnya. " Man ni dia ada lagi selunggok buah. RM10 sudah ". Katan rakanku yang menjual buah durian. Aku suruh dia buat 2 bungkus. Sedang asyik bersembang dengan rakanku tiba-tiba bapa angkat aku sudah berada dihadapan.
" Haa..pakcik. memang rezeki pakcik hari ini ". sambil menghulur sebungkus buah durian kepadanya. Tersenyum bapa angkat aku sambil mengucap terima kasih. aku melihat jam di tangan sudah pukul 11 pagi. Cepat-cepat aku bergegas pulang untuk memasak.

Sambal tumis ikan kurau

Inilah hasil kerja tanganku. Selalunya aku melihat isteriku yang buat sambal tumis ni. Kini aku pula yang buat. Aku bukan tengok saja tapi aku belajar. Ni aku bagi resepi dia. ini cara akulah

BAHAN-BAHAN
Bawan besar 2 ulas
Ikan kurau masin
cabai bo
Asam jawa

Cara buat
  • Goreng ikan kurau masin ( Letak sebelah dulu )
  • Goreng bawang besar yang telah dipotong
  • Bila sudah nampak lembut masukkan cabai bo kedalam
  • Bila hilang bau cabainya masukkan ikan kedalam dan gaul
  • Perahkan air asam jawa ( ikut rasa )
  • Sambal tumis ikan kurau sudah boleh di makan
Goreng kacang buncis + telur + lobak

BAHAN-BAHAN
Kacang buncis
Lobak masin
Cili padi
Telor
Kunyit serbuk

Cara buat ( Ikut cara WN )
  • Potong kacang buncis dan cili padi
  • Goreng kacang buncis sehingga lembut dan cili padi
  • Masukkan lobak masin yang dipotong halus
  • Masukkan sedikit sebuk kunyit Kalau mahu nampak kuning )
  • Pecahkan telor ke dalam
  • Akhirnya kacang buncis goreng boleh di makan.
Cincaluk

BAHAN-BAHAN
Cincaluk
Cili padi
Bawang merah
Buah limau kasturi

Cara buat mengikut WN
  • Potong bawang merah dan di cincang halus ( Macam dalam gambar )
  • Potong halus cili padi
  • Bawang merah dan cili padi di gaulkan.
  • Perahkan buah limau kasturi kedalam ( 3 biji )
  • Masukkan sedikit cincaluk ( Jangan banyak sangat. Nanti masin )
  • Sudah boleh dim makan.
Selepas solat Jumaat, kami makan bersama. Isteriku memuji akan ketiga-tiga masakan aku begitu sedap. Setaraf chef katanya. Woi...kembang lagi sekali hidung aku. Kepada pembaca semua selamat mencuba ya.....

Thursday, July 07, 2011

Rambuatan Tidak Mengapa

7 Julai 2011 - Khamis. Hari ini Pulau Pinang telah di istihar Public Holiday kerana menyambut Hari Penang Heritage. Aku masih lagi bertugas petang dan alhamdulillah rezeki juga buat aku kerana OT. Seperti biasa aku merayau ke tempat durian. Kali ini aku beli buah untuk orang lain yang telah memesan buah. Isteriku telah betul-betul surrender dengan buah durian. Bila aku membeli untuk orang lain maka rakan aku telah memberi 2 biji hadiah buah durian isi kuning. Isteriku hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu tetapi tetap berkata simpan buah di dalam peti sejuk. Akhirnya dia memesan buah rambutan yang terdapat di rumah ibu mertuaku. katanya buah rambutan tidak apa kalau di makan. pandai la. Doktor mana yang bagitau. Dah teringin sangat, aku pun ke rumah ibu mertuaku. masyaallah dari jauh sudah nampak kemerahan buah rambutan

Perkarangan rumah ibu mertuaku

Ini merupakan perkarangan rumah ibu mertuaku. Kelihatan pokok besar berhampiran pokok rambutan. Itulah pokok buah setui yang buahnya bewarna kuning. Pondok kecil yang kelihatan merupakan pondok dimana aku dan arwah Siti Aishah suka duduk. Kadang-kadang kami makan nasi tengahari di sini. Kini hanya tinggal memori saja.

Isi buah kelapa. Menjadi kegilaan keluarga

Buah ini di kenali sebagai buah isi kelapa. Memang rasanya rangup macam kelapa. Kadang-kadang buah tak sampai merah sudah di petik oleh kaum keluarga. Kira menjadi rebutanlah. Hari ramai yang bekerja maka aku yang untung bila tiada siapa yang ambil. Hari ini aku control semua pokok. Aku naik atas pokok sambil memetik sambil makan di atas.

kelihatan buah rambutan kemerahan

Dari jauh siapa yang melihat pasti tergoda dengan kemerahan buah rambutan. namun kebanyakan rumah di tanam dengan pokok ini. Ada pokok yang isinya kuning yang dinamakan rambutan gading. Mungkin lagi 2 tahun akan hilanglah kampong ini akibat pembanggunan. Ini bermakna nuah rambutan pun kena beli.

Rambutan masam. Sedap kalai di buat pajeri

Rambutan ini buahnya masam. Cukup enak kalau dibuat pajeri. Arwah isteriku cukup pandai kalau buat pajeri. Rasa pajerinya masam-masam manis. Dulu pokok ini tidak pernah berbuah. Suatu hari aku mengalami demam kuat. kata orang-orang kampong untuk meredakan demam panas, ambil daunnya lalu dipecah-pecahkan dan dicampur kedalam air. Kemudian mandi. memang airnya begitu sejuk. Alhamdulillah berkat ikhtiar arwah isteriku, demamku pulih. Semenjak itulah pokok ini berbuah tapi buahnya masam-masm manis. Itu sejarahnya

Isinya yang lekang menjadi kegilaan isteriku Rosnah

Inilah buah yang aku petik dari pokok untuk mengubati batuk isteriku. Aku tertawa bila mendengar katanya yang buah rambutan tidak batuk kalau dia makan. Jangan buah durian. Cukup bisa katanya.. Eh...manalah tahu kan. Lega betul batuknya

Wednesday, July 06, 2011

Abang Jangan Beli Dah

Hari ini aku tugas petang. Isteriku sudah beri warning. katanya kalau aku tawaf hari ini jangan beli buah durian. Batuknya belum hilang lagi. Ya lah tu. Aku bertekad yang hari ini aku hanya akan makan di kedai rakan aku saja. Cukuplah setakat sebiji buah. Itu sudah memadai. Aku ke gerai isteriku terlebih dahulu. Setelah menolongnya apa yang patut, aku melihat jam di dinding.
" Ala Nah tahu la. Abang nak lihat buah durian. Jangan beli bang. Batuk Nah tak hilang lagi. Kelmarin dah habiskan 2 ulas dalam peti sejuk ". Potong current betul bila awal-awal lagi dah beri warning. Aku senyum sambil berkata yang aku hanya akan makan sebiji di kedai dan tak akan bawa pulang buah durian. Aku tahu isteriku memang lemah imannya dengan buah durian. Senyum isteriku bila aku berkata demikian.

Dalam perjalanan ke kedai buah isteriku menalipon. Katanya anaknya mahu buah durian sebanyak RM20. Ada can ni. Aku terus ke kedai. kelihatan banyak buah sedang di turunkan.
" Him. Hang bagi dekat aku buah sempoi RM20 ". Kataku pada rakanku yang menjual buah.
Di pilihnya buah lalu di tebuk. Isinya ada yang putih dan ada yang kuning.
' Ok kita tambah lagi 2 biji buah tutup mulut ". kata rakanku
Kesemuanya 15 biji. Kira buahnya ok lah dengan harganya. Aku bawa ke gerai dan terkejut isteriku melihat buah yang begitu banyak. Sangkaannya hanya 5 biji saja.

Setelah menghantar buah kepada anak tiriku, aku kembali ke gerai kawan aku lagi seorang. Aku singgah sebab nak makan buah durian Hor Lorr atau lekat di tekak. Memang mengamcam buah tu. Baru-baru ni aku bawa pulang 2 biji. Dengan cepat saja sudah kehabisan. Siapa lagi yang menghabiskan. Tak lain dan tak bukan isteri dan anak-anakku. Kelihatan buah Hor Lorr, Ang Hae dan macam-macam lagi. Aku minta dia belah sebiji buah Hor Lorr. Katanya buah ini mahal sedikit. harganya sebiji RM10. Tak apa janji sedap. Sedang aku makan tiba-tiba...
" Man. Hang mau buah ni. Selungguk aku jual dekat hang RM6 ". Kata raka aku. Masyallah rezeki apa aku hari ini. Buahnya kecil-kecil tapi aku isinya memang baik. Tidak pernah rakan aku seorang ini menipu. Adalah sebanyak 10 biji.

Aku menalipon isteriku mengatakan yang aku beli buah sebab ada offer. Terdiam isteriku bila mendengarnya. " Tak apalah. Nak buat macam mana. Balik nanti Nah beli ubat batuk ". Ya Allah itu bermakna yang dia nak makanlah. Aku tertawa mendengar kata-kata isteriku.
" Sebab tulah Nah tak bagi abang beli. Nah lemah iman ". Ha ha ha. Lawak........dia

Memancing Di Pulau Jerjak

Bot nelayan berhampiran jeti

Ahad 3 Julai 2011 - Kami berjanji pada jam 7 pagi kami akan berada di jeti. Hujan pula turun dengan lebatnya. Selepas menunggu akhirnya pada jam 9.00 pagi kami menaiki bot menuju ke Pulau Jerjak. Dalam masa 15 minit kami sudah berada di pulau. Cuaca begitu sejuk sebab hujan baru saja turun. Kelihatan kabus menutupi bukit. Aku mula memasang umpan pada batang rod. Rasa tidak sabar menanti umpat di ragut dek ikan.

Sempat bergambar sementara menanti bot datang

Aku merupakan orang yang pertama melontar kail. Dalam masa beberapa minit terasa ikan sudah merentap kail. Apa lagi aku terus menjerit pada anakku. " Cepat-cepat ikan besar ". Akhirnya aku merupakan orang pertama juga yang menaikkan ikan. Ikan pertamaku ialah ikan duri. Sudah terbayang masak asam. Baru dapat seekor dan terbayang. Sebentar kemudian anak lelakiku pula menaikkan ikan kerapu. Yang anehnya bila aku naikkan ikan duri, anak saudara mulalah ketempat aku. Bila anak aku pula naikkan ikan kerap kami pula ketempatnya.


Begitu rendang pokok. Tempat kami bertenduh andaikata panas

Isteriku yang berada di rumah kerap menalipon bertanyakan khabar. Firasatku mengatakan yang dia terasa sunyi berada di rumah. Maklumlah selalunya dia berada di gerai. Bila hari minggu saja dia dapat bersama denganku andaikata aku tidak bekerja. Kini hari minggu pula aku berada di pulau seharian. Kadang-kadang timbul rasa kasihan padanya. Tapi bila sudah berjanji aku terpaksa menunaikan janjiku. Lagipun aku mengajaknya menemaniku namun dia menolak sebab hari itu dia berpuasa.


Kami memilih berhampiran sangkar siakap. banyak ikan terlepas di sini

Entah kenapa mata aku terpandang di sebuah rumah kosong yang telah di tinggalkan. Aku beritahu kepada anakku bahawa terdapat seorang wanita berada di dalam rumah. Panjang betul rambutnya. Kalau tidak silap aku itu ialah langsuir. Mata aku ini kadang-kadang nampak dan kadang-kadang tidak. Mungkin pandangan itu akan menjadi seperti dahulu dimana saja aku memandang pasti dapat melihat kelibat benda asing. Akhirnya anak saudaraku menjerit. kailnya seperti direntap. Teruk juga aku melihat dia mengarau tali. Terbeliak mata kami bila dia menaikkan ikan jenahak yang besar. Apalagi kami semua pun berubah tempat dimana ikan besar baru saja di naikkan. Aku dapat melihat ikan siakap, senangin melompat-lompat di atas air. Mahu saja aku menangkapnya dengan jala.


Ikan duri yang pertama aku dapat. Masam asam pedas memang best

Bila umpan kerap diganti maka penyakit boring pun mula menyerang aku. Apalagi mulalah terasa lapar. Jam sudah pukul 2 petang. Aku membuka beg lalu aku ambil nasi lemak yang dibekalkan isteri. Senua dapat seorang sebungkus. Masyaallah bila perut sudah lapar. Dapat pula tempat yang rendang maka bertambah lajulah aku makan. Sedar-sedar nasi sudah kuhabiskan. Yang menjadi masalahnya bila perut sudah kenyang maka mata pun terasa mengantuk. Cepat-cepat aku mengambil wuduk dengan air laut untuk solat zohor. Dimana saja kita berada solat jangan di abaikan. Insyaallah kalau kita jaga agama Allah maka Allah pula akan menjaga kita


Sempat bergambar dengan anak lelakiku Hermawan sebelum menaiki bot

Angin laut yang memukul badanku membuatkan aku terasa begitu sejuk sekali. Cuacanya yang redup disebabkan hujan diwaktu paginya tidak membuatkan kami berganjak dari tempat duduk. Dari jauh juga kelihatan jambatan kedua Pulau Pinang begitu rancak berjalan. Sangkar siakap yang berada di depan kami membuatkan kami begitu bersemangat menanti kail disambar. Ramai mengatakan yang memancing di sini amat baik sebab banyak ikan siakpa yang terlepas akibat pukat yang terkoyak. Ini dapat kami saksikan sendiri ikan melompat-lompat didepan kami. macam perli saja.


Salah satu daripada tempat membela ikan siakap.

Sedang aku asyik menanti ikan memakan umpanku, aku menerima panggilan talipon dari isteriku. Terdengar nada kesakitan. Apa hal pula ni. Bisik hati kecilku. Dia memberitahu aku yang dia mengalami sakit kepala yang amat sangat. kataku kalau sudah sakit kepala bukalah puasa dan makan panadol. Namun dia berkeras. katanya nak menghabiskan puasa yang hanya ini yang terakhir.
" Abang balik pukul berapa ". Tanya isteriku dan aku tahu dia sudah terlalu sunyi.
" Abang balik pukul 5 petang ". kataku dan jam ditangan sudah pukul 4 petang. Rasa kasihan pula padanya.

Ikan sebelah atau lebih di kenali dengan nama ikan sisi nabi

Aku mula mengemas peralatan memancing. Jam 5 petang bot akan sampai seperti yang telah kami janjikan. Akhirnya jam ditangan menunjukkan jam 5.30 petang. Bayang bot masih belum sampai.
" Abang dok balik dah ke ". Tanya isteriku. nada kesakitan semakin jelas
" Tak. Bot belum sampai lagi ". Hati aku semakin risau pula. Belum pernah isteriku merasa sakit begini. Aku menalipon anak tauke bot. katanya ayahnya sudah keluar menghantar pemancing. Ini akan mengmabil masa sebab jumlah yang datang agak ramai dan tempat yang dilih pun tidak sama.

Aksi mendapat ikan duri. macam pemcing professional. Rod pun baru beli

Akhirnya jam 6.30 petang barulah kelihatan bot sampai. Jam 7.15 petang aku sudah berada di rumah. Kelihatan isteriku masih terbaring kesakitan. Waktu maghrib semakin tiba namun hidangan berbuka masih belum disediakan. Aku terus menaiki motosikal mencari nasi goreng. Alhamdulillah tepat azan berkumandang nasi goreng dan siap. isteriku hanya minum air kosong. Katanya dia nak solat dahulu dan selepas itu barukah dia hendak makan bersama dengan aku. Tahu benarlah aku yang dia terlalu sunyi.

Menyamar aksi dengan ikan jenahak. Hasil tangkapan dari anak saudara

Selesai solat, kami makan bersama. isteriku nampak murung tatkala makan. kesakitan amat dirasainya. pengalaman aku tentang mereka yang sakit kepala dengan tiba-tiba ialah ada benda yang menumpang di atas kepala. Aku masih ingat bagaiman arwah Siti Aishah sakit kepala yang amat sangat. Bila aku membaca ayat suci Al-Mathurat terus arwah isteriku rebah. Apakah ini keadaan yang sama berulang. itu hanya anggapan aku saja. Belum habis nasi goreng, isteriku bergegas masuk bilik. katanya dia tak tahan sangat dengan sakit kepala. Aku mengambil air tapi lalu aku bacakan ayat Al-mathurat sehingga habis. Aku minta dia minum sambil berdoa agar redalah kesakitan dan yang lainnya aku gunakan untuk menyapu di tengkuk dan kepala.

Di mana saja kita berada. Solat jangan di abaikan.

Alhamdulillah dalam beberapa minit isteriku berkata yang sakit kepalanya semakin berkurangan. Selepas aku membersih ikan membuang segala isi perut. Isteriku beritahu yang hari Isnin dia tak berniaga sebab hendak rehat katanya. Aku pula ambil cuti hari Isnin maka aku ganti kembali hari Isnin untuk bersamanya. katanya ikan yang aku dapat nak masak kari. Ini bermakna kami akan dapat rasa kari ikan pelbagai. Jam 10 malam aku terlelap. Baru terasa letih. Sedar-sedar di surau sudah melaungkan azan subuh.

Berangkat pulang kerumah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...