Teman-teman

Saturday, August 11, 2012

Aku Tewas Akhirnya

Hari ini aku off duty. Pagi- pagi lagi aku dan isteri kepasar mencari sayur- sayuran untuk berniaga di pasar malam. Selesai membeli aku rehat sebentar sementara menunggu jam 12 tengahari dimana aku akan ziarah ibuku di hospital. Aku kesana dengan motosikal saja. Yang malang ialah bila saja aku sampai di traffic light terus lampu bertukar merah. Terpaksa menanti giliran. Cuaca di Pulau Pinang begitu terik sekali. Terasa kulitku seperti terbakar. Itu baru cahaya matahari yang begitu jauh dari bumi. Di akhirat nanti matahari berada sejengkal di atas kepala kita. Cuba bayangkan.

Jam 1 petang aku telah berada di hospital. Ramai adik beradik sudah berada disana. Aku biarkan mereka masuk dahulu. Bila aku masuk terus ibuku melonjak seperti hendak bangun dan pulang. Jenuh aku memujuk agar bersabar.
" Di rumah tak ada ubat mak. Mak bersabar dulu nanti bila baik kami bawa balik mak ya ". Kataku kepada ibuku yang hanya menganggukkan kepala saja. Jam 2 petang pengawal sudah beritahu yang masa melawat sudah cukup.

Aku bergegas pulang. Jam 3 petang aku harus membawa barangan perniagaan isteriku ke pasar malam. Kalau lewat alamat susahlah nak masuk kedalam. Setelah semua barangan diletakkan diatas meja, aku pulang untuk berehat sebentar. Selepas asar kami keluar ke pasar malam. Aku mulai merasa keletihan namun aku gagahi juga. Kasihan isteriku. Setelah semua siap maka pelanggang tak putus- putus datang. Jenuh juga menceduk nasi. Ada yang minta 5 bungkus dan ada yang 10 bungkus. Peluh telah membasahi kain tuala

Setelah berkurangan aku mengambil periuk dan lain- lain yang telah kosong lalu aku bawa ke basin untuk dibasuh. Terasa amat letih ketika itu. Ketika aku sedang membasuh entah kenapa terasa badanku melayang dan aku sempat memegang bangku. Aku terduduk tanpa siapa mengetahui aku hampir jatuh akibat keletihan. Isteriku datang dan tersenyum melihat aku. Aku beritahu isteri yang tenaga aku hanya tinggal 10% saja untuk pulang. Tertawa isteriku.

Azan berkumandang dan inilah pertama kalinya kami berbuka di pasar malam. Aku hanya membeli air kelapa monyet. Ketika meneguk air secara automatik aku bersuara
" Allahh akbar. Begitu nikmatnya berbuka ". Isteriku hanya tertawa mendengar kata- kataku. Bila pulang aku mandi dan solat. Selepas itu aku terus tertidur akibat keletihan. Jam 10 baru tersedar bila perut terasa lapar belum lagi dijamah. Tapi akibat keletihan aku dan isteri tidak memikirkan langsung tentang makanan. Akhirnya isteriku mengambil maggi kosong lalu menggorengnya. Alhamdulillah jadilah.

Nasib baik ini merupakan pasar malam yang terakhir. Minggu depan sudah masuk mood hari raya. Lega aku mendengarnya. Aku tabik spring pada wife aku sebab dia tidak nampak sangat keletihan. Balik darimpasar terus dia masak lauk yang beranika jenis. Lepas tu membawa ke pasar malam dan selepas asar kami keluar berniaga. Memang aku tiada bakat berniaga. Bakat membeli memang aku terror la.......

4 comments:

Bearcat said...

Air kelapa monyet tu apa? Monyet ka yang jual? hehe.

Paknjang jangan berteruk-teruk sangat ya. Paknjang bukan hero berumur 20an lagi :-)

Thirah said...

kuatkan semangat seorang wanita kan en ariff?hehehe...;)

Ariff Budiman said...

Bearcat.....he he silap. Air kelapa laut. Memang tenaga pakjang sudah semakin berkurangan berbanding dulu. Tapi inilah realiti kehidupan pakjang kini. Pakjang kena menyesuaikan diri dgn kehidupan sekarang

Ariff Budiman said...

Thirah.....Memang semangat kaum wanita melebihan lelaki. Lihatlah ibu kita maka kita akan tahu bagaimana kuatnya wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...