Teman-teman

Tuesday, August 14, 2012

Mana Aishah

Aku menerima sms dari abangku mengatakan yang doktor ingin bertemunya pada tengahari. Dalam keadaan mata yang mengantuk aku membaca sms. Maklumlah kerja malam. Terus aku bangun dan meilhat jam di dinding sudah pukul 12 tengahari. Aku tidak mahu terlepas dari perjumpaan ini. Aku juga ingin mengetahui perkembangan ibuku. Aku diarahkan bertugas lebih masa pada sebelah petang. Kalau ada hal yang serius tentang ibuku, aku akan batalkan kerja lebih masa. Ibuku lebih penting dari segalanya. Terus aku memecut motosikal. Alhamdulillah keadaan cuaca amat tenang walaupun jerebu masih tebal. Jam 1 aku sudah tiba di hospital. Rupanya kakakku lebih awal dari aku. Aku melihat keadaan ibuku terlalu penat. Matanya pejam. Amat payah sekali dia bernafas.Aku membaca Al-Fatihah didalam hati lalu aku sedekahkan kepada ibuku. Aku berdoa kepada Allah agar diberi kebaikan kepada ibuku. Aku keluar abangku sudah berada diluar. Hanya 2 orang dibenarkan masuk kedalam ICU. Aku dan kakakku hanya menunggu diluar sementara abangku berasama dengan doktor.

Sekejap saja abangku tiba. Kata doktor paru-paru ibuku amat payah untuk dipulihkan. Dari segi kedoktoran bermakna paru-paru ibuku tidak akan elok untuk selama-lamanya. Tiub yang dipasang dikerongkong tidak boleh dikeluarkan buat selama-lamanya dan ini bermakna kami tidak dapat mendengar suara ibu lagi. Kami menerima berita ini dengan perasaan sayau sekali lebih-lebih lago Syawal hampir tiba.Ibuku pula terpaksa bergantung kepada ventilator iaitu alat yang membolehkan ibuku bernafas dengan sempurna. Jam 2 petang kami pulang kerumah dengan perasaan masing-masing.

Jam 5 petang sekali lagi aku ke hospital. Bila masuk dalam ibuku telah sedar. Gembira hatinya bila melihat aku. Ibuku berkata sesuatu namun aku tidak faham sebab suaranya tidak kedengaran. Aku hanya meneka apa yang ibuku kata. Kalau salah dia akan terus bercakap dan jika betul dia akan mengangguk. Akhirnya barulah aku faham percakapan ibu. Ibuku merayu ingin pulang kerumah untuk berhari raya.
" Insyaallah mak. Kalau doktor kata emak boleh balik, kita balik ya mak ". Ibuku hanya anggukkan kepala saja. Airmatanya sudah mula mengalir. Aku menyapu airmata ibu dengan tanganku tapi airmataku pula yang jatuh. Kasihan ibuku.

Tidak sanggup aku berada didalam mendengar rintihan ibu agar dibawanya pulang untuk berhari raya. Aku minta izin pada ibuku untuk keluar sebentar. Bila berada diluar aku menalipon kakakku yang berada di Kelantan. Kakakku mengirim salam pada ibu dan berkata dia akan berdoa dari kejauhan. Aku masuk kembali kedalam dan beritahu akan salam kakakku. Ibuku menjawab salam dan airmatanya berguguran lagi. Entah kenapa ibuku bercakap lagi. Jenuh aku meneka. Aku sebut satu persatu nama anak-anak dan menantunya. Semuanya salah. Akhirnya aku meneka satu nama yang mirip-mirip bibirnya seperti menyebut Aishah.
" Emak sebut Aishah ka mak ". Terus ibuku mengangguk kepala dan memberi isyarat yang dia tak pernah nampak pun Siti Aishah datang. Ketika inilah airmataku terus jatuh. Aku terlalu sebak.
" Aishah tak sihat emak ". Terpaksa aku membohongi ibu. Kalaulah dia masih ingat yang Siti Aishah sudah lama meninggal sudah pasti dia akan bersedih. Terdiam ibuku dan mengaggukkan kepalanya.

Aku keluar sebentar untuk menenangkan hatiku. Disaat begini pun ibuku masih mengingati Siti Aishah. Bila terasa tenang kembali aku masuk kembali kedalam. Ibuku tetap merayu ingin pulang.
" Nanti Budiman tanya doktor. Kalau doktor izinkan kita akan pulang ". Aku memberi harapan palsu pada emak. Ampunkanlah dosaku Ya Allah kerana  membohongi ibuku. Aku melihat jam didinding menghampiri 7 petang dan masa melawat hampir tamat.
" Mak...Budiman nak keluar beli makan untuk berbuka puasa. Nanti Budiman datang lagi ya ". Ibuku mengangguk kepala.
" Assalamualaikum emak ". Ibuku menjawab salamku. Tatkala aku melangkah keluar aku melihat ibuku hanya memandang aku . Terasa sayu meninggalkan ibuku. Sewaktu membeli juadah berbuka airmataku terus mengalir bila mendengar lagu Sudirman Hj Arshad Dari Jauh Ku Pohon Maaf.....Sebagai seorang islam kami anak-anak akan terus berdoa kepada Allah. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Semoga ibuku diberi kemudahan segala-galanya. Apalah erti Syawal tanpa ibu disisi.

16 comments:

Thirah said...

ayat terakhir itu...apala erti syawal tanpa ibu disisi...sama2 berdoa en ariff.. semoga ibu-ibu kita semua kembali sihat walafiat...mmm...

Kakcik Seroja said...

Didoakan agar kesihatan ibu Ariff akan kembali pulih. Kuasa Allah adalah di atas segala2nya. Berdoalah.

Izza - Jiejah said...

saya doa ibu pakcik budiman akan kembali sihat . Allah juga yg maha berkuasa ..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff,

Mudah2an ibu Ariff sembuh dan dapat pulang utk berHari Raya disamping anak2nya. Amin

Anonymous said...

ya Allah semoga ibu en Budiman kembali sihat dan dipanjangkan umur amin3x..memang syawal akan terasa hambar tanpa ibu sisi..kerana sy telah pun mgalaminya 5x syawal yang pilu lebih lagi takala takbir bergema

nadinezuharra said...

Semoga ibu sdr Budiman semakin pulih dan dapat bersama2 meraikan lebaran di rumah. Sudah banyak kali diulangnya mana Siti Aishah, pasti rindu benar dia pada arwah. Al- Fatihah..

Unknown said...

As salam En Arif,

Maaf Marya terlewat... Berkat Ramadhan yg mulia ini insya'ALLAH doa En Arif adik beradik akan dimakbulkanNYA... Sedihnya saya... Dua tiga ni pun saya asyiklah teringat kat mak... Moga ALLAH lindungi mak yg jauh ditanahair... Tawakal pada ALLAH shj...

Ariff Budiman said...

Thirah...Terima kasih banyak2

Ariff Budiman said...

Kakcik...Terima kasih. Insyaallah kuasa Allah mengatasi segala2nya

Ariff Budiman said...

Jiejah @ Iza...Terima kasih di atas doa yang di berikan

Ariff Budiman said...

Nanie@NMS..Terima kasih akak. Mudah2an begitulah

Ariff Budiman said...

Anonymous..Terima kasih banyak2 ya. Semoga Allah berkati

Ariff Budiman said...

nadinezuharra...Terima kasih. Nama itu tidak pernah dilupai ibu

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Terima kasih dan semoga emak Marya juga dalam keadaan sihat

Al-Manar said...

Kita sekadar berdoa. Hari raya tahun lepas kami mengalami kehilangan seorang ibu tersayang. Salam hormat dan selamat berhari raya.

Ariff Budiman said...

Al-Manar
Terima kasih ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...