Teman-teman

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada pembaca WN yang baik hati. Hari ini Sabtu merupakan hari terakhir kita semua berada di bulan Ramadhan. Hari Ahad menjelmanya Aidil Fitri. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembacaku dan aku Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Tahun ini mungkin tidak sama seperti tahun - tahun yang lepas. Yang pastinya hari raya pertama  kami akan berkumpul di hospital. Kami akan memohon ampun dan maaf dari ibu kami yang masih berada di dalam ICU.

Terasa sedih pula tahun ini bila mengenangkan ibuku berada di dalam ICU. Ini bermakna sudah 13 hari ibuku terlantar. Aku sudah menerima banyak jemputan rumah terbuka tapi entah le. Itu bergantung kepada tahap kesihatan ibuku. Setiap tahun aku pasti membuat rumah terbuka dan aku akan jemput kaum keluargaku. Tahun ini aku terpaksa batalkan rumah terbuka. Tidak sampai hati kami bergembira sedangkan ibu kami ternanti-nanti di hospital.

Kata doktor ibuku terpaksa bergantung seumur hidupnya dengan ventilator. Tanpa ventilator dia akan kepenatan. Kami akan terus berdoa kepada Allah agar ibu kami di permudahkan segala-galanya. Aku sendiri tidak membuat apa-apa persiapan. Baju tahun lepas itulah yang aku guna untuk tahun ini. Hasil dari tarbiah ramadhan kami akan terus bersabar dan berdoa kepada Allah agar ibu kami kembali sihat dan bersama dengan kami kembali. Kepada pembaca yang baik aku memohon semasa kalian semua berdoa untuk diri sendiri tolonglah titipkan doa sedikit buat ibuku. Mudah-mudahan ada dikalangan pembaca yang dimakbulkan doanya. Terima kasih sekali lagi kepada pembaca WN. Semoga Ramadhan dan Aidil Fitri tahun ini merupakan yang terbaik buat pembaca semua. Wassalam....

6 comments:

Unknown said...

As salam En Arif,

Sebak baca coretan ni.. insya'ALLAH kuasa ALLAH mengatasi segala2nya... Kami mendoakan yg baik2 buat En Arif sekeluarga insya'ALLAH... Salam lebaran... Mohon ampun & maaf... Taqabbalallahu minna wa minkum...

Kakcik Seroja said...

Assalamualaikum Ariff.

Allah di atas segala-galanya. Semoga Dia memberikan kesembuhan buat ibumu. Amin,

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Waalaikumussalam dan terima kasih. Selamat hari raya adil fitri

Ariff Budiman said...

kakcik...Amin3x. Terima kasih dan selamat hari raya aidil fitri

radziah AR said...

semoga ibu en. arif bertambah sihat hendaknya. selamat hari raya...

Ariff Budiman said...

radziah AR...Terima kasih banyak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...