Teman-teman

Friday, April 19, 2013

Habis Madu Sepah Dibuang

!6 April 2013 - Selasa. Aku dan isteri telah menghadiri ceramah agama di masjid kariahku. Kali ini ceramah diadakan di perkarangan masjid. Aku dan isteri membawa tikar. Seronok dapat mendengar ceramah agama bersama. Tokoh yang dibawa ialah seorang pakar Motivasi dan kaunseling yang terkenal di TV Al Hijrah. Beliau ialah Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah.

Tajuk pula tentang trend perkahwinan masa kini. Ini sudah tentu melibatkan suami isteri. Ramai juga yang hadir mendengar. Aku membawa mp3 untuk merakam ceramah beliau. Akhirnya aku upload ke Youtube. Di blog ini aku turut paparkan ceramah yang telah aku rakam. Semoga pembaca semua mendapat manfaatnya dengan ceramah yang baik ini. Selamat mendengar.

 

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur saya dpt ilmu di pagi jumaat ini. Terima kasih Pak Ariff. Muga Pak Ariff dan keluarga juga dikurniakan ganjaran Allah atas usaha upload ini. Begitu juga doa saya untuk Dr. Robiah. Ameen

Ariff Budiman said...

Anonymous........Terima kasih juga saya ucapkan sebab di Jumaat ni sudah ada yang mendoakan untuk saya dan keluarga. Semoga Anonymous dalam rahmat Allah

Salwa said...

Terima kasih juga Pakcik Ariff kerana berkongsi ilmu ini. Semoga hidup kita dirahmati Allah SWT.

Ariff Budiman said...

Salwa....Sama- sama. Semoga kita semua dalam rahmat Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...