Teman-teman

Sunday, April 07, 2013

Program Hari Minggu

Awal pagi jam 6.45 pagi aku keluar menuju ke pasar. Aku suka pergi awal sebab aku tahu kalau hari minggu tentu ramai yang datang. Lagi satu kalau datang awal banyak ikan yang fresh akan kita dapat.


Memang betul tekaanku. keadaan pasar masih lagi tidak ramai. Aku mencari siput retak seribu atas permintaan anak gadisku. katanya nak masak lemak cili padi. setelah membelinya aku terus tawaf. Alhamdulillah akhirnya nampaklah selungguk telur ikan. Itulah yang aku cari. Niat dihati nak minta isteri buat kari dengan kelempung ikan


Bila pulang kerumah, isteriku sedang membancuh tepung beras dan ubi kayu. Katanya nak buat bengkang ubi kayu dengan magic pan yang di beli semasa kami berada di Langkawi. Teruja juga aku mendengarnya. Aku hulurkan bungkusan telur ikan kepada isteriku. Aku terus membuat kerja aku dengan laptop. Sekejap saja kari telor ikan dan kelempong sudah siap untuk di makan.


Ketika aku menjamah nasi, isteriku membawa bengkang ubi kayu hasil percubaan pertamanya dengan magic pan. Suka sungguh dia bila dia berjaya juga membuat bengkang ubi kayu.


Apa yang baik tentang magic pan ini ialah. ia senang di alihkan bawah atau atas. Aku yang tidak pandai memasak pun berkata yang magic pan merupakan pilihan terbaik. Kalau siapa yang nak ke Langkawi boleh dapat di Idaman Suri dengan harga RM80 untuk size 36cm. Memang murah.


Perut sudah kenyang jadi mata pun sudah mengantuk. Jangan ikutkan hati dan perasaan ini. Aku mengajak isteriku ke kuliah tafsir Dr Danial yang diadakan pada setiap hari Ahad. Kebetulan hari ini merupakan OFF duty untuk aku jadi bolehlah menimba sedikit ilmu dengan menghadiri kelas tafsir. Moga kami terus istiqamah dengan kuliah yang telah lama kami tinggalkan.



6 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum Sdr Ariff Budiman,
Pak Temuk mohon izin singgah. Seronok dengan cerita-cerita yang dipaparkan. Pertama kali dengar penggunaan tepung beras sebagai campuran untuk bengkang ubi. Bengkang itu memang kelihatan cantik. Pasti enak!

Ariff Budiman said...

Temuk....Terima kasih kerana sudi singgah di Warna Nostalgia

pB said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

telur ikan?waaaaaa sedapnya...!

Ariff Budiman said...

pB...Memangggggg

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Saya kalau ke pasar jumpa saja saya akan beli dan simpan. Bila dah banyak baru buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...