Teman-teman

Saturday, September 12, 2009

10 Malam Terakhir Bersama Isteri

Akibat keletihan bekerja membuat aku tidak dapat kesurau untuk bersama rakan-rakan yang lain mencari lalilatul Qadar. Namun aku sempat ajukan pandanganku kepada isteri. " Nah malam ni kita buat qiamullail berdua. Abang rasa letih nak kesurau ". Isteri aku akur dengan ajakanku. Kami bangun jam 3,30 pagi. Kami bermula dengan membaca quran. Hati aku amat terharu ketika mendengar bacaan quran dari isteriku. Entah kenapa aku sendiri tak tahu. Selalunya apabila dia membaca quran, suaranya tidak kedengaran. Aku hanya terdengar seperti bisikan. Pagi yang hening barulah suaranya kedengaran. Mengalir airmataku terkenangkan arwah Siti Aishah sewaktu kami berqiamullail berdua. Airmataku tidak henti-henti mengalir dan esakankku dapat didengari isteriku. Akhirnya dia juga sebak menahan airmata.

Ketika kami berdoa agar Allah tempatkan orang-orang yang pergi mendahului kami bersama para syuhada, kedengaran esakan dari isteriku. Inilah kali pertama sejak berkahwin aku mendengar dan melihat esakannya. Mungkin dia juga sepertiku yang terkenangkan ketika bersama arwah suaminya. Kami melayani perasaan masing-masing. Ternyata doa dipagi yang sunyi amat menusuk kalbu. Kami berdoa agar jodoh kami ini diberikan keberkatan. Tatkala berdoa aku masih lagi membayangkan wajah Siti Aishah. Amat sukar untuk memadamkannya dan aku tak sanggup.

Aku masih lagi mengingati wajahnya dalam mimpi sambil berkata, " Abang jangan lupakan Siti ". Aku tak pernah melupakannya. setiap waktu yang terluang akan aku sedekahkan al-Fatihah untuknya. Itulah saja tanda kasihku kepadanya. Mahu saja aku berdoa kepada Allah agar diberikan peluang sekali lagi untuk aku bersama Siti Aishah. Tapi itu mustahil Allah makbulkan. Tak tertahan kerinduan aku kepadanya memandangkan Aidil Fitri tinggal beberapa hari lagi. Aku sendiri tak tahu macam mana aku akan menghadapi Aidil Fitri kali ini tanpa Siti Aishah. Walaupun aku tahu bahawa aku juga perlu luangkan masaku bersama isteriku namun kenangan lalu masih lagi membayangiku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar Allah memberiku ketenangan agar aku dapat menjalankan tanggungjawabku kepada isteri dan kedua-dua anakku. Masa akan memulihkan aku yang sedikit demi sedikit menampakkan perubahan, Itu kata anak-anakku. Apakah benar aku masih belum mahu melepaskan Siti Aishah............

Aku tidak mahu memberi alasan letih bekerja untuk aku melupakan terus 10 malam terakhir yang telah Allah janjikan keistimewaannya. Aku dan isteri akn terus berdoa agar Allah memberikan kami ketenangan dan memberikan kami kasih sayang yang berpanjangan. kita tidak tahu apa perancangan Allah seterusnya. Jadi janganlah lupa beramal sebab mungkin tahun ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita. Mari kita kejar 10 malam terakhir.

3 comments:

Maiyah said...

salam.. tapi tak dpt nak khatam Quran ler, byk juz lagi huhu

zai said...

Sedih baca N3 en diman ni..terbayng camne nak hidup tanpa suami yang dikasihi...tentu en diman sukar jugak kan walau dah berganti krn walapun berganti perwatakan pasangan pasti berbeza..

spy said...

saya baru trbaca cerita awak ni WN.Pada pandang sy istei awak nangis tu bukan kerana dia sedih tkenangkan arwah suaminya tpi dik kerana sikap awak yg melebihkan arwah isteri awak.

Nasihat sy(itu pun klau WN )boleh dengar nasihat drp orang yg bpandangan berlainan drp kawan-kawn awak yg sealiran dlm isu ini.

Awak dah ada mutiara yg akan menyinari hidupmu..tpi awak mcm tak tau adnya mutiara didalam rumah awak.

Berubahlah segera WN..jgn myesal dihari kmudian.

iklas dari SPY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...