Teman-teman

Sunday, September 27, 2009

Tazkirah Dari Ramadhan

Sudah 6 hari Aidil Fitri meninggalkan kita semua. Betapa pantasnya masa berlalu. Kelihatan masih ramai lagi orang islam yang mengadakan rumah terbuka. Maklumlah puasa sebulan maka raya pun sebulanlah. Itu kata mereka. Baru-baru aku dan isteri berjalan-jalan dibandar. Saja nak mengambil angin. Bosan dengan kerja yang tak henti-henti walaupun itu merupakan mata pencarianku. Minda perlu ditenteramkan juga. Maka pukul 6 petang aku mengajak isteri kebandar. Dia mengikut saja. Kataku Maghrib nanti kita singgahle dimana-mana.

Kami berlegar-legar di Maydin dan akhirnya kami menikmati cucur udang yang aku tak pernah miss kalau ke bandar. Chowrasta menjadi tumpuan pengunjung yang bukan dari Penang. Ketika Maghrib kami beredar untuk mencari masjid sebab Maghribnya pendek. Sampai saja di masjid sudah rakaat terakhir. Sempat juga aku masbuk untuk mendapatkan pahala jemaah. Malam itu pula ada kuliah Maghrib. Babnya tentang Tazkirah Dari Ramadhan. Aku beritahu isteri untuk mendengar sebentar kuliah. Sekurang-kurang ilmu dapat, pahala pun dapat.

Ustaz mengatakan selepas selesai Ramadhan dan kita melangkah masuk ke Syawal, kita akan nampak hasilnya dari Ramadhan. Kalau dalam bulan Ramadhan kita bertadarus. Masuk Syawal kita tak baca terus. Ramadhan kita rajin bertarawih. Masuk syawal dalam sehari bersolat jemaah pun susah. Dalam Ramadhan kita dapat control rokok. Masuk Syawal nak masuk pintu masjid masih lagi merokok. Dalam bulan Ramadhan kita menggalakkan orang untuk bersedekah tetapi kita sendiri tidak terlintas untuk bersedekah. 10 malam terakhir kita berebut untuk mencari Lalilatul Qadar tetapi dia berebut tiket dipanggung wayang. Katanya gambar bagus. Balik rumah boleh sembahyang. Namun keutamaannya dah lari.

Kalau ciri-ciri ini ada pada kita, kata ustaz kita hanya layak mendapat 2 sijil iaitu sijil lapar dan dahaga. Ruginya kita puasa selama sebulan, hanya itu yang kita dapat. Kata ustaz lagi, serupa dengan orang yang menunaikan fardhu haji ke Mekah. Kalau sebelum ke Mekah perangainya memang masyarakat tidak suka, ketika pulang dari mekah perangainya yang dahulunya dibenci bertukar menjadi baik. Menghormati orang, tidak mencari kesalahan orang lain, menjaga akhlak dan lain-lain lagi maka haji itu merupakan haji Mabrur. Jika dia pulang dari Mekah dan perangainya masih sama seperti sebelum dia pergi malah lebih teruk dari sebelumnya. Itu dinamakan haji malboro. Sebenarnya perubahan itu kita tidak menyedarinya. Masyarakat yang akan menilai.

Jadilah rugi kepada mereka yang berlapar dahaga didalam bulan Ramadhan namun tidak mendapat apa-apa. Rugilah mereka yang membelanjakan beribu-ribu RM untuk ke Mekah namun tidak juga mendapat apa-apa. Hanya title Hj dan Hjh saja yang dapat kata ustaz. Aku dan isteri sungguh terkesan dengan kuliah ini. Sebenarnya kuliah-kuliah beginilah yang banyak mendidik jiwa kita. Tapi sayang kita hanya pandai untuk menilai ustaz diatas popularitinya saja. Kalau ustaz itu kita kenal atau minat kita akan mendengar. Kalau yang tak kenal walaupun tinggal sebelah masjid pun kita buat dak saja. Bukan bagus sangat ustaz itu. Siapalah kita yang hanya pandai menghentam orang lain sedangkan kita tidak menghentam diri sendiri kalau satu hari kita tidak pernah solat berjemaah di masjid atau menjadi imam kepada isteri dan anak-anak tetapi bercakap tentang islam kitalah kedepan. Fikir-fikirkanlah. Ustaz mengakhiri kuliah maghrib.

5 comments:

zai said...

Salam En Diman..

Zai setuju sangat2 dengan tazkirah Ramadhan berkenaan sifat kita sebelum dan selepas ramadhan..segala2nya samada menjadi mabrur atau malboro semuanya akan terserlah selepas berlalunya bulan yang mulia tersebut sptmana dicontohkan org yg pergi melakukan haji..sifat2 mereka sebelum dan selepas menunaikan haji..mmg banyak yg boleh kita lihat dan buat perbandingan..

Semoga kesemua amalan kita diterima Allah dan diberi ketetapan iman sehingga kehujung nyawa...

maiyah said...

salam.. pas ramadhan pergi ni rasa mcm terlalu hampir pd masa.. entahlah bila solat rasa mengalir airmata seolah-olah tiada lagi esok :)

a kl citizen said...

assalammualaikum

tazkirah yang best...terima kasih berkongsi ilmu

kakcikseroja said...

Salam Sdr Ariff (saya lebih suka menggunakan nama Ariff dari Diman - tak mengapa kan?)...

walaupun tazkirah ustaz itu biasa kita dengar, tetapi elok juga di'refresh'kan otak kita ni, kan? Mengapa kita harus jemu mendengar sesuatu yang baik. Mendengar lagu raya pun tak jemu-jemu, kan? :)

bearcat said...

Manusia ni kena selalu diberi peringatan sebab Manusia Mudah Lupa....bukan orang Melayu saja mudah lupa hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...