Sebelum kami melelapkan mata, isteriku memandang aku dan berkata, " Bang habis Ramadhan ini abang boleh nampak balik ke makhluk ghaib ". Aku diam membisu tanpa jawapan. Apa yang harus aku katakan. Ternyata isteriku tak senang duduk melihat reaksi aku berdiam diri. " Kenapa bang diam saja ". Tanya isteriku. " Entahlah..nak cerita pun nanti orang tak percaya. Bulan Ramadhan pun abang ada nampak benda tetapi bukan yang menakutkan. Ia hanya berbentuk manusia yang normal seperti kita semua. Nak kata jin..abang pun tak pernah tahu tentang jin ". Jawabku. Sebenarnya aku malas nak bercerita tentang semua ini dalam blog tambahan bulan Ramadhan kita dituntut melakukan ibadah. Ni aku dok cerita tentang makhluk. Aku sendiri pun tak pasti apa yang aku lihat. Yang aku benar-benar pasti dia tidak mengganggu orang. Dia hanya berjalan sendirian menunduk wajahnya kebawah. Kadang-kadang susah juga orang atau aku sendiri hendak percaya.
Aku masih ingat ketika aku remaja. Kami bermain mercun ditepi perigi dimana suatu ketika pernah adikku lemas didalamnya. Tiba-tiba menjelma sekujur tubuh dari dalam air menampakkkan tubuhnya. Terkejut kami lari lintang pukang. Masing-masing hairan. Dengar kuliah kata bulan Ramadhan iblis dirantai. Habis tu apa pula yang kami lihat. Pernah anak saudara pada arwah isteri menceritakan kepada kami bahawa sewaktu pulang dari solat tarawih dia bertemu dengan makhluk halus tetapi tidak mengganggu. Akibat ketakutan dia berlari meninggalkan basikalnya.
Mungkin semua ini memerlukan penjelasan dari orang yang lebih tahu akan alam jin ini. Setakat dapat melihat sesekali bukanlah bermakna dia sudah hebat untuk membicara tentangnya termasuk aku. Ramai juga yang menalipon aku menceritakan di bulan Ramadhan ini pun ada keluarga mereka di santau. Tanya isteriku, " Bang bulan puasa pun boleh santau ke ". " Selagi manusia bernafsu selagi itulah perbuatan terkutuk ini masih diteruskan. Kalau nafsu menguasai seseorang itulah padahnya ". Aku mematikan terus perbualan kami dan sedar-sedar isteriku telah mengejutkan aku untuk bersahur.
Kepada pembaca sekelian. Aku dan keluargaku merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi menziarah blog yang menceritakan nostalgiaku. Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin kepada pembaca yang memberi komen dan nasihat yang berguna. Aku mendoakan agar keluarga kalian semua dalam keadaan bahagia dan mendapat keberkata dari Allah swt. Kalau berhari raya jangan lupa kepada saudara seagama kita yang masih lagi ditindas oleh orang kafir. Dalam doa kalian jangan lupa agar Allah memberi kemenangan kepada islam. Itulah yang mampu kita semua lakukan
7 comments:
Yang kena rantai Iblis dan Syaitan bukannya Jin (Jin pun ada yang beragama Islam)
Salam En Diman..selamat hari Raya..Maaf Zahir dan Batin kalau zai ada buat silap
ZOOO@TOD..Betul apa yang diperkatakan. Terima kasih
Zai..Salam Aidil Fitri juga kepada Zai sekeluarga. Semoga Allah terima amal-amal kita
Selamat Hari Raya sdr Ariff...
kakcikseroja..Juga selamat hari raya kepada kakcikseroja sekeluarga. Terima kasih
Salam lebaran.. taknak jumpe iblis heee.. setan pun dok slalu berdendang tepi tlnga.. camne ruper nyer yek :D
setan tu kena rantai je. bukannya masuk dalam penjara.
sebab tu dia masih boleh melilau jumpa kita.. eh... dak... jumpa Jiman la...
( selamattttt.... aku sebab belum pernah jumpa hantu. perrghh... aku pun bukan berani sangat... ?
Post a Comment