Teman-teman

Wednesday, September 16, 2009

Apakah Ini Dikatakan Sayang

Aku berjalan-jalan bersama isteri untuk membeli belah persiapan untuk hari raya. Terlihat dari belakang sebiji motosikal sedang memecut laju memotong kiri dan kanan. Apabila dia memotong kami alangkah terkejutnya kami sebab apa yang kami lihat sungguh mengejutkan. kedengaran banyak kereta yang membunyikan hon kepada penunggang motorsikal tersebut.

Isterinya dibelakang mengendong anak kecil. Ditengah-tengah mereka pula ada seorang lagi anak sedang tidur. Didepan pula seorang anak kecil sedang terlentok tidur. Yang membuat kami hairan ialah sikap kedua-dua ibubapa yang langsung tidak mementingkan akan keselamatan anak-anak mereka. Sisuami memotong kiri dan kanan manakala siisteri pula ketawa mungkin lucu melihat gelagat sisuami.

Aku tak sempat nak mengambil gambar mereka sebab sedang memandu. Kata isteriku adakah ini yang dimaksudkan sayang anak. Bayangkan hari raya akan menjelma tidak lama lagi. kalaulah berlaku sesuatu perkara, tentu sudah tidak bermakna lagi penyesalan. Banyak teksi yang boleh disewa mengapa memilih jalan yang berliku.

5 comments:

maiyah said...

salam.. kalo dah jadi baru nak nyesal.. org camni kan slalu rasa diri mrk takkan kena apa2.. mintaklah dijauhkan

kakcikseroja said...

Adakah mereka sedang cuba 'menghilangkan keresahan' dengan cara tersendiri????

bearcat said...

Kalau Paknjang nak tau, kami berdua selalu marah-marah dalam keta tengok sesetengah ibu bapa yang tak bertanggungjawab macam Pakjang cerita.
Ada sekali tu sampai G buka tingkap keta dan bagitau sorang lelaki yang bawak anak kecik di belakang motornya. Anak dia tidoq! Dah terhoyong-hayang nak jatuh ke jalan, tapi dia selamba bawak motor macam tak sedar ada anak kat belakang. Lepas tu baru dia berhenti dan pegang anak dia sambil sengih-sengih...Ya Allah, orang macam ni pun ada.

zai said...

Salam En Diman...

Tak dak akai punya bapak camtu tergamak memperjudikan nyawa isteri ngan anak2 yg tak berdosa tu..agaknya bapaknya muda2 dulu bekas mat rempit kot..kalau teringin sgt pun buatlah time sorang2...kalau apa2 jadi pun tak pala..bini boleh kawin len betul tak ?? hehehe

luth said...

ala, kalau org penang mmg macamtu. bawak moto loqlaq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...