Aidil Fitri yang ditunggu akhirnya tiba. Pagi-pagi lagi ak kesurau untuk menyediakan peralatan untuk sembahyang hari raya. Walaupun taraf surau, jemaah melimpah ruah hingga keluar. Sememangnya solat hari raya memang penuh berbanding solat waktu yang hanya sekita dua atau tiga saf. Aku bertekad tahun ini aku tak akan menjadi ketua takbir. Biar saja rakan-rakanku yang lain bertakbir. Aku pasti sebak yang dah sememang sebak dari pagi lagi. Namun aku tak dapat melawan arus. Rakanku menghulur mikrofon memberi laluan aku untuk bertakbir. mengalir airmata aku sambil bertakbir. Tahun ini aku beraya bersama orang lain rupanya. Makcik-makcik yang berada dibelakang menangis bila mendengar aku bertakbir. Bukan sedap sangat suara aku tapi ingatan mereka kepada arwah Siti Aishah amat kuat. Selesai solat Aidil Fitri, anakku telah diserbu oleh makcik dan kakak-kakak. Terdengarlah teriak tangis mereka akibat kerinduan mereka. Dapat memeluk anakku pun jadilah seperti memeluk Siti Aishah setiap tahun. Sayang sungguh mereka dengannya. Itu memang aku tak nafikan.
Setelah itu mereka bertembung pula dengan aku. maka sekali lagi airmata mereka keguguran. Kataku, " Sudahlah makcik, Allah lebih sayangkan Siti Aishah. Janganlah menangis ". Eh wah.. pandainya aku beri nasihat sedangkan aku yang amat teruk sebelum ini. Alhamdulillah aku amat gembira hari ini menyambut hari raya. Begitu juga isteriku. Tahun ini dia mempunyai teman yang bersamanya. Selepas solat aku dan anak-anak menziarahi pusara ibu mereka. Tak tahan aku melihat batu nisan yang tertera nama Siti Aishah bt Zakaria meninggal pada 18 Disember 2008. Sambil memegang batu nisan aku berkata dengan perlahan, " Kita akan berjumpa diakhirat kelak ". Kemudian kami kepusara arwah suami isteriku yang juga merupakan teman karibku.
Anak saudaraku Omar yang merupakan peminat setia Warna Nostalgia. Dia tinggal di Johor. Yang tak seronok aku dikatakan macam wak si penjual satay bila memakai topi. Ada ka patut
Ni pula anak saudara dan anakku yang merupakan para blogger ikan bilis. Blog syok sendiri katakan. Sebelah kiri blogger
Aku..Dia dan Sesuatu.... Sebelah tu akulah. Sebelah aku ialah anakku, blogger
BiSikAN nuRANi yang tak pernah update. Sebelah tu pula blogger
uSus ItU paNjaNG yang rajin dok komen dalam blog aku. last sekali anakku blogger
bisik BiSiK. Juga tak pernah update.
Suasana hari raya di rumah mak aku. Pembaca nak tau itulah wajah Dr Danial yang cermin mata tergantung. Dia abang aku. Kerap muncul di TV9 dalam program Halaqah
Ni sekor pula yang menjadi tumpuan yang datang beraya. Kucing ni kakak aku bela. Depa bagi nama Yumi. Time nilah dia keluar. Maka berkerumunlah membelainya. Macam selebritila. Tengok posing dia. memang ramai cemburu sebab dia menjadi tumpuan.
1 comment:
Salam.. wah rakan blogger pun dtg beraya yerk..
Post a Comment