Aku berlegar dipasar mencari apa yang perlu aku beli untuk sepupuku. Akhirnya aku membeli ikan kembung dan sedikit udang untuk mereka berbuka. Selesai membeli untuk sepupuku, aku mencari untuk keluargaku pula. Terlihat udang besar. tertulis sekilo RM30. Aku beli 1/2 kilo. kemudian aku beli pula ikan pari untuk dibuat kari. Terbayang aku wajah kari dan udang besar yang akan kami santap. Aku asingkan ikan yang aku akan berikan kepada sepupuku. Setibanya aku didepan sepupuku terus kuhulrkan barang kepada sepupuku. Gembira anak-anaknya melompat-lompat. " mak-mak hari ini kita makan udang mak ". Terharu aku melihat akan anak-anaknya. Mungkin baru dapat merasai makanan sedap.
Kalau buat kari atau asam pedas cukup berselera makan ni
Aku meninggalkan rumah sepupuku, Aku singgah dirumah mertuaku untuk mengambil daun kari. Aku tersentak bila melihat rupaya aku tersilap beri kepada sepupuku. Udang besar dan ikan pari yang sepatutnya kami rasai telah bertukar tangan. Kini aku pula yang mendapat ikan kembong dan udang kecil. Ini merupakan pengajaran buat diriku. Aku merelakan mereka mendapat udang besar dan ikan pari. Mungkin sudah tersurat bahawa hari ini rezeki mereka ialah udang besar dan ikan pari manakala aku dan keluargaku ikan kembong dan udang kecil. Sambil menaiki motosikal tidak putus-putus aku pasrah kepada Allah. Allah hendak mendidik aku rupanya. Sepatutnya kepada merekalah aku membeli makanan yang aku suka makan.
Aku singgah dikedai buah-buahan. Hajat dihati nak mencari buah betik. Aku bertemu dengan seorang pakcik. Katanya lama tak nampak aku disurau namun katanya kerja-kerja surau aku telah bereskan dengan baik. Sambil menimbang buah durian dia masih menceritakan hal surau. " Pakcik hari ini makan durian la, Bau wangi sungguh ". Aku menegur pakcik. Setelah membayar wang pakcik itu terus memberi buah durian kepadaku. Katanya dia tergerak dihati nak sedekah buah durian kepadaku. Aku terus terdiam. Tak terkata apa sebab memikirkan peristiwa hari ini. Allah maha besar. Itulah yang mampu aku ucapkan didalam hatiku

Durian siam. Isi kuning. Buat pulut durian sedap ni. Merasalah petang ni
5 comments:
assalammualaikum
memang benarlah sangat tu...
kalau bukan rezeki kita, pasrah sahaja pada Allah
Patutnya Jiman beli yang sama untuk sepupu dan untuk Jiman baru betul.
Tapi takpa itulah rezeki namanya. Selamta berkarya kami suka membaca cerita-cerita menarik dan banyak iktibar dari Jiman.
a kl citizen..Betul cikgu. Apa nak buat no
hrusli61.. Betoi juga kata cikgu rusli. Sepatutnya saya kena buat macam tu. Ini pengajaran buat saya
Salam En Diman..
Sebuah N3 yang sangat baik utk peringatan kita semua bahawa apabila kita berniat utk sedekah sebaik2nya sedekahlah bahagian yang terbaik.
Baru kemarin dengar cerita habil dan Qabil dalam jejak rasul mengenai hadiah persembahan mereka kepada Allah dan akhirnya Allah memilih persembahan Habil yang memberikan binatang peliharaannya yang terbaik seekor kibas yang gemuk dan sihat berbanding Qabil yang menurut nafsunya memilih seekor kibas yang kurus dan berpenyakit utk dipersembahkan kpd Allah...
N3 ini sangat mengesankan..
zai.. sebenarnya dalam kehidupan kita seharian ini penuh dengan pengajaran. Cuma kita saja yang tak sedar.
Post a Comment