Teman-teman

Sunday, August 15, 2010

Ambil kesempatan Cuti

Aku mengambil kesempatan cuti minggu ini untuk aktiviti aku. Pada mulanya niat dihati nak memancing, namun rod dah hilang lalu aku menukar aktiviti dengan menolong jawatankuasa surau bergotong royong membuat bubur kanji atau bubur lambuk bagi sesetengah tempat. surau kami setiap tahun hanya mampu membuat sebanyak 2 periuk besar. Itupun tak cukup. Masakan kanji wanita ini cukup sedap sebab bermacam ramuan dimasukkan maklumlah ketuanya suatu masa dahulu pernah menjadi chef. Tugas aku hanya mengacau saja bubur selepas dia panas. Sempat aku suruh seorang AJK wanita snap gambar aku. Kata seorang AJK wanita, " Ala kami tau hang tangkap gambar nak tunjuk dekat Rosnah. Baru dia percaya yang hang mai tolong kami ". Aku ketawa gelihati mendengar gurauan mereka. Aku pun tak kisah dengan gurauan mereka semua. Sudah berapa tahun kami bergurau begitu. Akhirnya aku diberi sebanyak 2 bungkus kanji. Sebungkus untuk buka puasa dan sebungkus lagi untuk sahur.

Buat menyebuk kacau bubur kanji

Pulang kerumah isteri aku mengajak aku kepasar batu Lancang. Pasar best sikit sebab dia buka bermula jam 2 petang. Jadi kalau terlepas pasar pagi masih boleh lagi dibeli pada sebelah petang. Kata isterik aku dia nak buat mee goreng. Huih..aku bila dengar mee goreng saja dah tak senang dibuatnya. memang favourite aku. " Bang hari ini abang buat sambal tumis untuk sahur ". Memang senang kalau sambal tumis dibuat siap-siap lalu disimpan didalam peti sejuk. bangun pagi terus hangatkan saja. Aku tunjuk lagi sekali kepadanya cara-cara nak buat. Katanya pass dia faham.

Sedang sibuk buat sambal tumis jawa

kali ini aku modified sedikit sambal tumis ni. Aku masukkan ikan talang masin dalamnya. Tak tahu lagi macam mana rasanya sebab time puasa. Entah la aku kalau buat kerja, jiran sebelah dah tahu cara bunyi lesung. kata mereka, " Budiman tengah masak apa tu ". Kata isteriku biasalah dia dengan sambal tumis. jadi kenalah bagi rasa sikit sebab jiran dah terbau. Tunggu esok baru tau apa komen mereka. Aku mendengar jiran sebelah berkata, " Untung la Rosnah dapat suami yang rajin kedapur ". Eh... tak tau lau terasa kembang hidung aku yang sudah kembang. Budiman jangan dok perasan..ini bulan puasa..astaghfirullah hal azim...

8 comments:

kapten said...

salam..abg diman,

Boleh tak kongsi resepi sabal tumis jawa..mcm sedap jer tgk. Buat la satu entry untuk resepi sambal tumis jawa.

bearcat said...

arwah tokwan ada ajaq G dulu mcm mana nak buat sambal tumis jawa ni. Tapi disebabkan tahap kepedasannya sampai berasap telinga, sampai la ni tak pernah try buat hehe.

Ariff Budiman said...

kapten..Insyaallah resepi akan disebarkan. Tunggu.

bearcat..jangan la bubuh cabai banyak-banyak. Resipi jawa memang lagu tu. Pedas-pedas. kalau orang singapura buat lagi pedas.

Insan Marhaen said...

isy.. taste kita ni memang sama la.. minat seni dan minat sambal tumis gak...

sambal tumis jawa ni bubuh petai jawa ke?

Anonymous said...

kalau depa(mmng oghrang s'pore) skrg, sambei tumis nya biasa2 ler sj, dan bubuh tempeh goreng di potong enam, powerrrr ...

Ariff Budiman said...

Insan Maehein..Sambal ni kalau masuk petai tastenya hilang sebab bukan lagi nama sambal tumis jawa tapi sambal petai.

Anonymous...Tempe saya suka goreng dengan kunyit. Ratah saja. Sanak saudara saya yang tinggal di singapore memang suka pedas. Kalau mereka datang penang pasti satu badan kami berpeluh disebabkan sambal tumis jawa yang pedas lagi terangkat

scr said...

sedap gila....kalo arwah tokwan buat dulu,berasap pun kinah telan gak...lg x bolei berenti ada la...tuh la skarang ni usus dah panjang kot...hehe

Ariff Budiman said...

scr..usus panjang sebab terlebih cabai la. Kalau teringin nanti pakjang buat tapi kena sediakan bahan-bahannya dulu. Maknanya duit kena keluar sikit la. He he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...