Teman-teman

Tuesday, August 24, 2010

Bila Gunung Sudah Meletup

Isteriku mengajak aku kekedai untuk membeli barangan untuk membuat kuih raya. Aku mengikut saja. Seperti biasa dan sebelumnya inilah kedai yang aku dan arwah isteri berkunjung. Maklumlah kedainya boleh dikatakan semuanya ada barangan kelengkapan membuat kuih raya. Bila kami sampai masih tidak ramai lagi pembeli sebab jam baru pukul 10 pagi. Didalam kedai cuma ada beberapa orang saja. Seperti biasa aku pasti memegang bakulnya sementara isteriku mencari barang. " Abang tak payah la masuk dalam. Biar Nah saja yang beli ". Aku tidak mengendah akan kata-kata itu. terus aku membawa bakul. Aku nak juga merasai bagaimana susahnya nak buat sesuatu. " Bang yang ni bagus ka atau yang itu ". Tanya isteriku. Ha..sebab itulah aku masuk bersama. Suami isteri mempunyai peluang berkomunikasi mencari barangan.

Diluar pula seorang ayah sedang gelisah. " Ayu suruh mak cepat sikit ". Sianak berlari mendapatkan ibunya. " Mak-mak, ayah kata suruh cepat sikit ". " Ya-ya ". Balas siemak kepada anak kecilnya. Berlari pula sianak kepada ayahnya. Aku hanya memerhati akan kelakuan siayah yang asyik merungut isterinya terlalu lama memilih barang. Rungutannya pula bukan didalam hati tetapi dapat didengari oleh semua orang. Maka wanita-wanita yang mendengar pun soksek-soksek. " Apa punya suami perangai tak sabar macam tu ". Kedengaran seorang wanita berkata. " Haa..tu mengumpatlah ". Bisik hati kecilku.

" Ayu suruh mak cepat sikit. Apa ni lama sangat ". Nada siayah sedikit tinggi. Berlari pula sianak mendapat ibunya. " Mak-mak ayah marah mak. Ayah suruh cepat ". "Ya-ya mak cepat la ni. Apa la ayah hang ni. Tak sabar langsung. Ingat senang nak cari barang. Suruh dia cari barang terkangkang dekat dalam kedai tak jumpa barang ". Luah siemak kepada anak gadis yang mengikutnya. Hati aku bila mendengar rungutan siemak mula la menjawab, " Betoi-betoi kata kakak ni. Apa punya suami ni. Tak ada timbang rasa langsung ".

Dalam aku sedang melayani fikiranku, tiba-tiba terdengar suara tempikan dari luar. " Oii mak hang. Tak cukup lagi ka. Awat hang nak beli dengan kedai-kedai sekali ka ". Gunung berapi yang sebelumnya mengeluarkan asap tiba-tiba memuntahkan isinya. Siasuami sudah hilang pertimbangannya. Sudah tidak ada perasaan untuk memahami akan keadaan sesuatu. Akhirnya sisiteri pula meletup. " Awat pak hang ingat senang ka nak cari barang. kalau suruh pak hang mai beli dah tentu terkangkang didalam tak tau nak beli apa. Ni pun semua untuk kawan dengan adik beradik pak hang. Kalau tak sabar jom balik. Raya ni adik beradik pak hang mai layan sendiri ". Itulah sarang tebuan jangan dijolok. Merajuk sisiteri lalu keluar meninggalkan barangan.

" Mah oii awat yang tak beli ". Pujuk pula sisuami. " Pak hang beli sendiri. Awat pak hang saja tau marah. Tau tempik saja. Mah malu tau ". Sambil menangis siisteri terus berlalu. " Yang tu pun nak marah ". Rungut suaminya sambil pergi kearah isterinya. " Ele.. siapa yang tak marah kalau dah menjatuhkan airmuka dikhalayak ramai ". Aku merungut didalam hati. aku sendiri pun tak sedar bakul yang aku pegang dah penuh. Punya asyik melihat drama pilihan. Setelah selesai membayar isteriku merungut akan peristiwa tadi. " Nasib baik la Nah dapat seorang suami yang baik dan penyabar ". Bagai nak pecah hidung aku akibat terlalu kembang mendapat pujian dari siisteri.

5 comments:

Insan Marhaen said...

kembang sampai ke telinga.

beruntunglah isteri yang dapat suami baik dan penyabar macam kita yee.. eh... macam WN.

ummiyati said...

Memamng bila nak beli barang perempuan ni teliti sikit. Benda mungkin sama tapi brand, harga tu yang diambil kira. tu yerpaksa berlama-lama bila pilih barang. Kalu tak ikut sama memang suami tak kan faham. Tapi kalau suruh suami beli memang kena bagi arahan yang tepat-tepat. Kalu tak betui kadang kuih yang nak dibuat tak menjadi.Suami juga merungut dan anak-anak pun tak mau sentuh.Last2 habuan tong sampah sudahnya. Komunikasi 2 hala memang sangat penting untuk harmonikan r/tangga.

Ariff Budiman said...

Insan marhaen..Aku ni syok sendiri la bila kena puji.

ummiyati..Betul seperti apa yang ummiyati tulis. Suami isteri perlu komunikasi 2 hala. kalau satu hala saja itulah yang terjadi.

bearcat said...

hahaha....kami pulak sebaliknya. tak sabag sungguh tunggu mr bearcat cari barang kat kedai...lama sampai mrs bearcat tumbuh janggut. adeihla.

Ariff Budiman said...

Apa yang Mr Bearcat cari tu. Jangan jadi macam gareh nasi sudah la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...