Teman-teman

Thursday, August 19, 2010

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan pula Bapa Ayam Dan Anak Kucing

Melihat pada tajuk diatas tentu dah suspen pembaca semua. Tak ada apa WN cuma nak buat gimik sedikit. Gambar yang dirakam adalah kisah hidup setiap hari sianak kucing yang kehilangan ibunya. Semenjak kecil lagi ibunya telah meninggalkannya. Anak-anak lain dipelihara dengan baik. Entah kenapa dia pula yang menjadi mangsa. Untuk menghilangkan kerinduan terhadap ibunya maka sianak kucing mencari alternatif lain. Akhirnya dengan kuasa Allah swt, sianak kucing bukan mendapat ibu tumpang tetapi mendapat bapa tumpang.

Kehulu kehilir anak kucing dan bapa ayam berduaan tanpa ada perasaan benci sesama sendiri. Inilah gambaran yang setiap hari aku saksikan. Sianak kucing akan menyondol bapa ayam dan sibapa ayam pula membiarkan saja. Subhanallah. Walaupun mereka berlainan rupa. Berlainan budaya namun tidak timbul perasaan permusuhan. Allah tunjukkkan sesutu untuk menjadi iktibar bagi kita yang mahu berfikir.

9 comments:

Anonymous said...

Good brief and this mail helped me alot in my college assignement. Say thank you you for your information.

Ariff Budiman said...

Anonymous..Tak sangka ya gambar ini banyak menolong.

ain fathihah said...

subnallah...Allah beri haiwan rasa kasih sayang...manusia boleh pula buang2 bayi...

Ariff Budiman said...

Betul ain..Nampak gaya binatang lebih mulia

Insan Marhaen said...

err... bukan ikan di laut asam di darat, atas bumi bertemu juga, ke?

Ariff Budiman said...

Im..Abu Bertemu dan akhirnya berpisah

Rafi said...

kenapa tak buat video cerita mesti lagi touching kalau saksi dari video..

Ariff Budiman said...

Rafi..Bagus juga idea tu. WN akan berfikir lain sebab selalu kelihatan berpasangan tetapi hanya menggunakan video camera digital saja la

zmah said...

Siapa kata gambar haiwan kita tak boleh jadikan cerita...ini lah buktinya..TAHNIAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...