Teman-teman

Tuesday, August 31, 2010

Beli 2 Dapat 3

" Nah tahun ini kita buat rumah terbuka mau tak ". Aku bersuara kepada isteriku. Sudah dua tahun aku menyepi dari mengadakan rumah terbuka. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang isteriku Siti Aishah telah pun tiada. Puas aku cuba memujuk hatiku agar menerima akan kenyataan ini. Namun semakin aku cuba mengikis tragedi ini semakin galak ia menerpa kememoriku. Semuanya berubah apabila kami pulang dari melakukan umrah pada Mei lepas. Entah kenapa hati aku sedikit sebanyak menampakkan perubahan walaupun dalam jangka masa yang sama aku takut akan perubahan itu. Ajaib bukan. Takut dengan perubahan.....

Isteriku menampakkan minatnya untuk turut mengadakan rumah terbuka. " Nah belum pernah mengadakan rumah terbuka. Abang nak jemput siapa ". Tanya isteriku. " Ok kita buat macam ini. Selepas zohor kita buat jemputan sebelah keluarga Nah. Selepas asar kita buat jemputan sebelah keluarga Siti Aishah dan selepas maghrib jemputan sebelah keluarga abang. Ok tak ". Alhamdulilah akhirnya kata sepakat telah dipersetujui. Aku bersyukur sebab ini merupakan ramadhan dan Aidil Fitri kami yang kedua dan ternyata kali kedua menampakkan perubahan. " Abang halaman rumah kita ni nampak penuh dengan rumput. Jom kita buat gotong royong ".

Aku akur atas permintaan isteriku. Selepas solat asar maka kami berdua dan dibantu dengan anak-anak memulakan sesi gotong royong. Begitu semangatnya aku mencangkul rumput-rumput yang panjang. Akhirnya 3/4 dari rumah kami sudah menampakkan kebersihannya. Kami berhenti dan aku mengajak isteriku ke pasar ramadhan mencari lauk. Setelah sampai disana aku tidak berminat dengan lauk pauknya tetapi minatku kepada berbagai jenis jus dan sirap yang dijual. Terdengar dari jauh, " Offer..offer. Beli satu dapat satu ". " Takkanlah beli satu dapat 2 ". Rungut isteriku. Aku tertarik dengan sirap dari bunga kek wa. Aku cukup suka sirap ini. Entah kenapa isteriku juga minat juga dengan sirap ini. " Abang beli 2 dapat 3 " Balas gadis penjual sirap. Bertudung labuh dan manis orangnya. Memang aku nak beli 3. Dah offer maka beli 2 saja dan dah dapat 3.

Aku membelek-belek jus yang lain. Rasa macam tidak cukup sebungkus untuk aku seorang. Dahaga dari hasil gotong royong tadi amat terasa sekali. Akhirnya tanganku ditarik isteriku ketempat lain. " Amboi abang kalau dah offer tu tak mau dah ketempat lain ". Cubitan amaran isteriku walaupun tidak sakit perlu dipandang berat. Aku tertawa gelihati dengan isteriku. Tak sangka betul cemburunya dia terhadap aku. " Abang esok datang lagi ya. Abang beli 2 saya bagi 3 juga dekat abang ". Aku hanya mengiakan saja. Dalam lembut isteriku kadang-kadang ada juga garangnya. Setelah azan berkumandang maka air siraplah pertama sekali aku cari. Dahaga setelah bergotong royong amat ketara sekali. Selepas solat maghrib barulah aku menjamah cucur udang yang digoreng isteriku.

Sambil makan kami masih berbincang akan menu rumah terbuka. " Nah ingat nak buat pizza la ". Aku terus menyokong akan cadangan itu. Memang pizza yang dibuat isteriku amat lazat. Dikalangan rakan-rakan aku jenama Pizza Salam masih lagi terkenal. Dengan wang saguhati sebanyak 1/2 bulan gaji yang TNB berikan kepada pekerjanya sudah mencukupi untuk mengadakan rumah terbuka. Dengan baki ramadhan selama 10 hari lagi marilah sama-sama kita mengejar 10 malam terakhir. Malam lailatul Qadar merupakan kemuncak bulan ramadhan. Aku tidak mahu ketika datangnya Lailatul Qadar aku masih dibuai oleh mimpi. Rugi rasanya... Jom kita cari lalilatul Qadar. Tak kiralah samada program di surau ataupun masjid. JOM..............

5 comments:

a kl citizen said...

bestnya nak buat rumah terbuka....

Anonymous said...

asslmlkm ... AB, oghrang s'pore tak ley pi mari rumah terbuka kamu kah ??? maaaf guraw ajerk ...

Insan Marhaen said...

Wa...teh chrystinatum tea tu ka?.... sekali lagi kita sama citarasa.

Ariff Budiman said...

a kl citizen...Cikgu ini pun baru nak hidupkan kembali apa yang pernah saya buat sebelum ini.

Anonymous..Eh awak orang singapore ke. Tinggal dekat mana. Saudara saya dekat Bukit Batok.

Insan Marhein..Asal aku suka hang pun suka juga. Ni baru dikatakan oghang seni.

Anonymous said...

asslmlkm ... AB, benar oghrang s'pore tp sy duk bahgian utara, 'sembawang' kalu naik ketapi(MRT) makan masa dlm lima belas minit aje, TK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...