Teman-teman

Saturday, August 21, 2010

Makan Lagi Tapi Utamakanlah Keselamatan

Pernah aku ceritakan pada isteri yang aku buat sambal tumis jawa dan selepas itu akan aku teruskan dengan menggoreng nasi baki dari minyak sambal tumis itu. Memang menyelerakan terutamanya didalam bulan puasa ini. Tetapi nasi goreng ni aku modified sikit. Tok guru tak ajar cara ini. Aku namakan Nasi Goreng Jawa Ikan Masin. ia hasil gabungan Nasi goreng jawa dan nasi goreng ikan masin. Bila isteriku mendengarnya apalagi teringin bebenor dia. Bila aku pulang dari solat tarawih isteriku dah menunggu. kuali sudah berada di dapur. Kesian pula aku menengoknya. Lantas sayang isterilah katakan maka aku pun menyalin apron. Seperti juga sambal tumis jawa, nasi goreng ini pun memerlukan cili padi untuk melazatkan lagi nasi goreng. Yang aku tak tahan sekali bila nak tumbuk cili padi, jadi terpaksalah aku gunakan kaedah keselamatan. Topi keledar yang ada wiser menjadi penyelamat. Tertawa isteriku bila melihat gelagat aku ketika menumbuk cili padi. Orang lelaki buat kerjalah katakan pasti satu dapur berselerak. Alhamdulillah dalam selerak ada yang mengemasnya. Akhirnya jadilah nasi goreng jawa ikan masin

Nasi Goreng Jawa Ikan Masin

Aku belum cerita lagi bagaimana nak buat sambal tumis bandung. Yang ini lagi berapi sebab ramuanya cili padi dan udang. Sanak saudara aku yang tinggal di Singapore memang pakar tentang sambal tumis ini. Bila mereka datang ke Penang pastinya tak terlepas dengan sambal tumis bandung. Masa kami makan nasi bersamanya pasti ada kain tuala untuk mengelap peluh yang meleleh akibat kepedasan sambal tumis bandung. Ia begitu menyelerakan. Nak resipinya. nanti aku bagi satu persatu ya.... Sabarlah

5 comments:

Insan Marhaen said...

WN, dah dekat pukul 7 ni, hang pi ceghita pasai nasi goreng ikan masin. huu... kegemaran IM nih...

betul-betul cobaan....

iBu...gUru said...

Salam........
sama2 kita tunggu ...sambal tumis bandung. Pasti sedap utk sahur......

pulasan007 said...

amboi,x penah bg anak menakan rasa pon.dok telioq dah ni...hehe

Ariff Budiman said...

Nasih le yob. Wau nampaknya kita serasi. kalau hang wanita dah lama aku masuk meminang. He he

ibu guru..insyaallah bila kena dengan waktunya maka resipi sambal tumis bandung akan dikirimkan

pulasan007..anak menakan tak mau tanya. pak menakan diam la

misz FaTiN said...

kenapa sampai pakai helmet tu..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...