Teman-teman

Saturday, June 25, 2011

Ke Pasar Petang

Setelah isteriku pulang dari gerai, dia mengajak aku ke pasar petang. Pasar ini lebih dikenali dengan nama pasar orang kaya. Terletak di Batu Lancang. Harganya tidaklah mahal sangat. Bagi mereka yang bekerja waktu pagi inilah pasar yang membolehkan mereka membeli bila pulang dari kerja. Aku dan isteri kerap kesini untuk mencari bekalan perniagaan isteriku. katanya disini harganya murah. Banyak juga ikan dijual disini. jenuh memilih. Disitulah ada ikan, sayur, buah-buahan, dan perkakas dapur. Kalau datang sini tak payah ketempat lain. Semua ada disini.

Terlihat telur ikan, teringat pada anak gadisku. Dia cukup suka dengan telur ikan ini. Masa arwah emaknya ada kerap juga emaknya memasak sambal tumis telur ikan. Kalau tidak pandai masak, telur ini akan pecah. Entahlah bagaimana arwah isteriku lakukan. Sambal tumis yang dibuat dimana telurnya tidak pecah. Berselera kami makan. Aku beli dengan harga RM8. Sekilo dijual dengan harga RM24

Sotong kurita atau sotong kereta kata orang Penang. Memang kesukaan aku. Dicicah dengan air asam atau jikalau malas hanya dicicah dengan sos cili. Memang enak sekali. Aku beli dengan harga RM4.

Siput Belitong atau siput sedut. Sungguh enak dibuat masak lemak pedas. Pastikan dibawahnya di potong. Kalau tidak jenuh menyedutlah. Tak akan keluar hasilnya. Aku beli juga sebanyak RM5. Hari minggu iaitu esok, aku nak makan puas-puas .

Berjenis-jenis siput. Jenis begini elok dibuat masak pedas beserta serai dan cili padi. Tapi aku tidak membelinya. Terlalu banyak makanan. Takut tak habis. Bila air surut teringin pula nak mengorek siput.

Ikan Sembilang. Ini aku tak boleh miss. Terketar-ketar tangan bila melihat ikan ini. Masak kari ikan Sembilang. Teringat tempat aku bekerja di Juru. Memang terkenal dengan kari ikan sembilang. Sehingga menjilat jari. Aku beli 2 ekor dengan harga RM4. Boleh simpan untuk hari isnin.

Buah laici. Buah ini juga aku tak boleh pandang. Sempat juga aku beli setangkai dengan harga RM3.50. Tak banyak sangat buahnya. Cukuplah kalau teringin sangat.

Waa....Buah durian Balik Pulau. Satu foam beharga RM10. Saja aku ambil gambar. Kalau aku beli di pekan 2 foam boleh dapat RM15. Ini dikatakan durian yang berkasta. Ada kelasnya yang tersendiri. Nama yang cukup sinonim dengan masyarakat Pulau Pinang. Ang Hae. Hor Loh, Khoon Poh, Seow Hon dan banyak lagi. Namanya tidak menjadi masalah tetapi nama itulah yang membuat durian Balik Pulau terkenal. Tak percaya. Mai la penang....

4 comments:

insan marhaen said...

Patutlah ikan di laut makin kurang. Rupanya usahkan ikan, telornya pun habis kena jual..

hu..hu.. nanti anak cucu kita nak makan ikan apa?

saing said...

memang kena g penanglah utk mnikmati durian ni kalu xblh thn sgt...pjual kata kat kl harga durian dijangka murah bln puasa ni.

Ariff Budiman said...

Insan Marheian....Habis ikan di laut. Kita cari ikan di darat pula.

Ariff Budiman said...

saing....Apa bulan puasa?. Pandai penjual. Tak apa selamat menunggu Ramdhan Al Mubarak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...