Teman-teman

Monday, June 13, 2011

Selamat Ulang Tahun

Hari ini tanggal 13 Jun 2011 telah mencatatkan peristiwa dimana telah genap selama 2 tahun aku dan isteriku Rosnah bersama. Aku terkenang kembali saat-saat setelah seminggu aku berkahwin dengan isteriku, hati aku amat sayu bila mengenangkan betapa aku terpaksa menghadapi dugaan ini. Siang dan malam aku hanya termenung dan ini disedari oleh isteriku. Pada masa itu aku terlalu merindui arwah Siti Aishah. Walaupun ketika itu orang melihat aku tertawa tetapi jauh didalam sudut hatiku aku amat menderita sekali. Namun aku terpaksa memujuk hatiku agar dapat menerima takdirku ini. Aku rasa terlalu bersalah kepada Siti Aishah. Baru 5 bulan dia pergi aku sudah berkahwin lain. Rasa rindu kepada anak-anak yang terpaksa berjauhan dengan ayah. Ibu sudahlah tiada dan kini ayah pula sudah berpindah kerumah baru meninggalkan mereka berdua. Dalam hati, aku menangis ketika itu.

Hati aku ketika itu memberontak mengapa Siti Aishah pergi meninggalkan aku. Aku seolah-olah marah kepada Allah. Sebelumnya aku merupakan orang yang pandai dalam memberi tazkirah bila ada kaum keluarga rakanku meninggal. " Sabarlah. Ini semua ketentuan Allah. Ada hikmahnya ". Inilah ayat yang sering aku gunakan bila menziarahi mayat. Kini aku sendiri dapat merasai betapa siksanya bila dugaan datang. kemana perginya ayat-ayat yang aku gunakan. Manusia jenis apa aku ketika itu. Dekat orang pandai menasihati. Bila kena diri sendiri menjadi seolah-olah orang yang tiada iman. kini aku mengerti itulah hikmahnya bila Allah menduga seseorang.

Tapi alhamdulillah Allah kurniakan kesabaran dan sedikit pengetahuan agama yang kami terapkan membolehkan kedua-dua anakku berkorban demi melihat ayah mereka bahagia. Jauh disudut hati mereka juga merasa kehilangan 2 insan tersayang. kadang-kadang isteriku menegur aku bila melihat aku sering termenung ketika itu. Aku juga bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kepadaku anugerah kedua dimana isteriku Rosnah begitu penyabar orangnya. Hari berganti hari. Minggu bertukar minggu. Bulan bertukar bulan dan tahun juga bertukar. Aku telah menampakkan sedikit perubahan. Aku sudah mula dapat menerima kenyataan sedikit demi sedikit bahawa Siti Aishah sudah tiada lagi di sisiku. Hanya nostalgia saja yang masih terpahat di hati.

Hari ini pagi-pagi lagi mengucapkan selamat ulang tahun kepada isteriku sebelum dia ke gerai. Aku ke pekan mencari bunga dari cameron Highland. kata tauke cina bunga akan datang esok.
" Tauke you tolong wrap bunga itu kasi cantik esok sebab wa mau kasi sama wa punya bini untuk Aniversary ". kataku kepada penjual bunga.
Walaupun aku tahu tiada apa pada bunga namun itu merupakan tanda kasihku pada isteriku Rosnah yang telah menceriakan kembali hidupku. Semoga jodoh kami berpanjangan. Ami Ya Allah. Terima kasih tidak terhingga kepada pembaca WN yang bergelar saing iaitu kawan yang telah mengucapkan kepadaku Happy Anniversary. Terima kasih juga kepada semua pembaca WN yang tidak putus-putus memberi nasihat sehingga ke hari ini aku masih lagi dapat bertahan menulis.... Terima kasih semua. I Love You All....Tidak aku lupa kepada isteriku yang tercinta Rosnah yang sudi menerimaku dan kedua-dua anak aku yang sanggup bekorban demi kebahgiaan ayah mereka.

Dalam video yang aku paparkan, pembaca boleh melihat tatkala kadi sedang megatakan sesuatu kepadaku, aku hanya tunduk sahaja. Perasaan aku ketika itu berkecamuk sekali. Dalam hati aku berkata betulkah tindakkan aku ini. Namun begitu alhamdulillah aku berjaya. Dengan sekali lafaz saja he he aku sudah sah bergelar seorang suami lagi...Kini aku bertekad aku tidak akan mensia-siakan pengorbanan mereka semua. Syukur Ya Allah. Aku dapat mempelajari sesuatu dengan dugaan ini.

14 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga berpanjangan kasih sayang kalian ke akhir nyawa. :)

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff, semoga dilimpahkan kebahagiaan, kesihatan yang sihat dan rezeki yg melimpah ruah..Amin

insan marhaen said...

Ros tentu lebih memahami situasi insan yang kehilangan kekasih yang tersayang kerana beliau sendiri pernah melaluinya saat getir lebih awal dari itu.

Apa-apa pun, persefahaman dan saling mengerti adalah kunci rumahtangga berkekalan hingga hari ini.

Tahniah lewat ulangtahun perkahwinan.

AH belum pernah bagi bunga kat isteri masa ulangtahun. Tak reti la pulak bab bab macam ni!

Ariff Budiman said...

kakcik.Insyaallah. Terima kasih

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Mudah-mudahan begitulah. Terima kasih

Ariff Budiman said...

abuhanifah..Benar. Banyak saya belajar darinya. Dia begitu sabar. Beri bunga tidaklah dimestikan tapi kalau kita beri bunga lebih menambahkan keintiman kita. Itu yang saya lakukan.

saing said...

tahniah tahniah tahniah WN. agar cepat dapat anak baru..hehe

Ariff Budiman said...

saing...Kita merancang dan terus merancang. He he Thx saing.

Unknown said...

Tahniah En Arif...

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Terima kasih banyak2

bearcat said...

Happy Anniversary to Paknjang and Maknjang. May Allah bless you always.

mutiara bd said...

orang mukmin itu ajaib.

Apabila diberi nikmat dia tidak terlalu gembira.

Apabila ditimpa musibah dia tidak terlalu sedih.

Itulah keajaiban syukur.

Ariff Budiman said...

bearcat...Terima kasih G.

Ariff Budiman said...

mutiara bd...terima kasih di atas ungkapan yang penuh makna. Ramai manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat tuhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...