Teman-teman

Tuesday, June 21, 2011

Tak Tergamak Pula

Jam menunjukkan pukul 12 tengahri. Rupanya waktu makan tengahari. Setelah pekerja kontrak berehat aku keluar untuk membeli nasi. Banyak pilihan kalau kerja di bandar. Sedap atau tidak saja. Padaku sedap tak menjadi hal asalkan kenyang sudah. Akhirnya aku mengambil kentang goreng masak dengan bawang, ayam masak kicap dan kerabu daun. Harganya RM6. Bolehlah tu. Pagi tadi aku makan mee goreng kicap. Isteri aku sudah tahu kalau aku bekerja di tempat sekarang sudah pasti mee goreng tidak akan terlepas. Namun dia juga berpesan agar dicampur dengan yang lain dan tidak semata-mata mee. Ya lah tu. Selepas membayar tiba-tiba seorang wanita berkata yang durian dihujung di jual dengan harga murah. Isinya elok belaka. Tiba-tiba rasa teringin pula dengan buah durian. Aku kesana. kata penjual, buah yang dijual adalah dari Balik Pulau. Aku melihat dulu orang lain membeli. Dibelahnya buah lalu dimakan disitu juga. Memang isinya merah. Harganya pun mahal dari buah biasa tapi taklah terlalu mahal. " Bang yang ini buah Ang Hae ( Udang merah ) ". Kata penjual. Aku ibarat orang yang sedang mengandung. Teringin sangat-sangat akan buah isi merah ni.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya. Tidak sanggup aku makan seorang diri ditempat kerja manakala isteriku di rumah hanya kuberikan durian biasa saja. Ini tidak adillah. Sengaja aku menalipon isteriku menceritakan kisah teringinnya aku hendak makan buah durian isi merah. Isteriku menasihat agar aku beli saja kalau sudah teringin. katanya dia tidak minat sangat dengan durian tapi kalau aku beli dialah yang akan menyerbu dan akhirnya 5 atau 6 ulas pasti clear. Aku tahu sengaja dia berkata begitu agar aku tidak terasa terlalu bersalah makan durian sedap seorang diri.

Akhirnya aku menalipon kepadanya mengatakan yang aku tidak jadi membelinya kerana tidak sanggup makan seorang diri. Hanya ayat ini yang keluar dari mulutnya, " Ugh..ugh.....abang ni ". Entah apa maksudnya dan anggapannya mempunyai suami sepertiku. Mungkin kurang waras agaknya.........

12 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff, akak tak pernah rasa durian warna merah tuh? Sedapkah Ariff? Tak pernah jumpalah pulak, kalau ada mungkin akak nak cuba try test sikit..he he he

saing said...

Perhatikan duri durian tu, tajam2 halus, mcm durian daun pun ada. Isinya, waaaa mengancam, montok2 dan montel2...kalernya, waaa...kemerahan..betul2 mggoda..haha.durian kacukan apa ye? x tya apek jual?

Murni Alfathunnisa said...

Durian balik pulau..terbaik! Baru ja buat entry pasal durian balik pulau kelmarin...:)

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..esok baru nak cari dekat kawan. Memang sedap dan lemak berkrim

Ariff Budiman said...

Saing...Durian kacukan jawa belanda. he he. saya tak tahu jenisnya. Yang tau ialah Ang Hae atau udang merah

Ariff Budiman said...

siti murni...Memang terbaik durian Balik Pulau

Kakcik Seroja said...

Dia suruh beli, kemudian bawa balik utk dimakan bersama, tu. :)

Ariff Budiman said...

kakcik..Betul juga. Tapi tak apa esok saya off. Boleh cari lagi. Tak kan lari buah di kejar

hrusli61 said...

Beli dan makan bersama isteri kan best. Jika dia tak lalu kita bedallah semua.

Jima biasa tengok isi durian warna purple (biji remia)?

Ariff Budiman said...

hrusli61..Yang tu bukan durian dari Sabah ka

insan marhaen said...

Aku beli durian tapi ibu_suri aje yang makan. Ntah kenapa, tak mahu ganggu keenakannya menikmati aroma durian..

Ariff Budiman said...

Abu Hanifah...Itulah suami yang prihatin. Susah dapat dalam Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...