Hari ini si abang yang selalu menggunting rambut aku belum datang lagi agaknya. Si adik yang memulakan tugas dahulu. Setelah selesai gliran yang lain, aku pula duduk di atas kerusi.
" Abang nak rambut macam mana ". Tanya pemuda tersebut.
" Jangan pendek dan panjang sangat ". Kataku simple.
" Line clear bang. Saya faham ". Kata pemuda tersebut dengan suara stimnya.
Chap chap bunyi rambut aku dipotong olehnya. Disemburnya air yang membuatkan kesegaran dikepalaku. Setelah selesai mencukur aku terus bangun untuk melihat bagaimana keadaan rambutku. Ya Allah kenapa berpetak petak. Aku bertanya kepada pemuda tersebut adakah dia tidur sambil menggunting rambutku. Geram aku dibuatnya. Rambut yang cantik telah rosak akibat benda haram tu. " Cantik apa bang rambut tu ". kata pemuda tersebut dengan suara stimnya. " Cantik kepala otak hang ". Geramnya aku. Terus aku keluar ke gerai isteriku.

" Ya Allah bang. Pasai apa rambut jadi macam tu ". Terkejut isteriku bila melihat rambutku yang tidak sempurna bila di gunting. Aku cerita kepadanya apa yang berlaku.
" Tak boleh jadi ni Nah.. Abang kena bagi pendek terus rambut abang ". Kataku kepada isteri sambil berlalu pergi mencari kedai gunting rambut yang lain. Aku singgah kedai yang lain di pekanku.
" Bagi pendek rambut. Pakai mata no. 4 ". kataku kepada tukang gunting. Akhirnya zroop zroop rambutku di sagat oleh mesin. Sekejap saja sudah selesai. Bila aku lihat di cermin kulit kepala kelihatan. Namun aku senang hati sebab inilah rambut idamanku. Isteriku tidak mengizinkan aku membotakkan kepala. Katanya macam orang tua yang sakit. Aku terus ke gerai isteriku.
Bila sampai bertambah terkejut isteriku bila melihat kepalaku sudah hampir botak.
" Ya Allah bang. Rambut abang pendeknya. Sampai nampak kulit kepala. Hilang handsome terus ". Sambil tersenyum mengusik aku. Namun ini saja yang mampu aku buat. Seminggu lagi panjanglah ia kembali. Suatu perkara yang aku seronok ialah bila terkena air. Terasa segar hingga memasuki otak. Kepala jadi ringan. Berkali-kali isteriku menggelengkan kepala.
" Tak handsome dah...abang ". Sambil tersenyum bila melihat aku menyikat rambut yang tidak bergerak langsung.
7 comments:
Salam Ariff, potonglah rambut, janggut dan kuku ikut Rasullullah saw hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Cuba yea jgn lupa. Ada sebab2nya..
Marina Monroe..terima kasih di atas peringatan ini. Insyaallah akan di praktikkan
assalam..
camne le bdk tu buat keje, lain kali x yah gnting ngan dia :(
maiyah...Dah mufarakah selama-lamanya
Salam,
Patutnya awai-awai lagi kau mufarakah.
Nasi dah jadi benyai...
insan marhein..Ha ha ha. Nasib kepala
bojeng baru rupanya saing sy..hehe.setuju dgn blogger marina monroe
Post a Comment